Langkau ke kandungan utama

espert11.blogspot.com


Sejak dua menjak ni, gua dah tak dapat update hari-hari cam seketika dulu. Ini sebab, gua sebok review World Cup kat blog bola gua. Dalam World Cup 2010, gua telah dengan sukarela minat team England dan Argentina.

Sebelum ni gua pernah post yang gua buat satu blog bola. espert11.blogspot.com. So kalau perhati kat situ, hampir setiap hari gua ada post. Gua cuma post pasal England dan Argentina je. Team lain gua tak layan. Sebab dua team tu je yang bayar gua dengan harga yang lumayan.

Kalau senang lu orang jenguk la kejap kat blog tu.

Sepanjang World Cup ni berlangsung, gua perasan satu benda. Wanita pun buka paper baca pasal bola. Sebelum ni fenomina ni sangat jarang berlaku.

Lalu gua cuba jalankan satu ujikaji dengan menemuramah seorang staff office gua yang bernama Sufiah atau lebih di kenali kak Pe'ah."Kenapa akak baca cerita pasal bola? Dulu akak tak pernah pun bersikap demikian. Mengapakah sekarang ini seolah segalanya telah berubah?" agak terlalu panjang soalan gua.

Jawab kak Pe'ah," ala, akak tengok result je. Laki akak suruh cek. Semalam dia terlepas tengok bola."

Begitulah kesan dari fenomena bola.

Namun yang paling gua rasa cambest, pasal isteri mengejutkan suami untuk menonton bola. Seman citer kat gua semalam," bini aku kejut aku soh tengok bola. Katanya meggi ngan air kopi pun dah siap. Syahdu aku dengar macam kata-kata bini aku."

Gua yang mendengar story-story macam tu sendiri pun rasa syahdu, begitu baiknya kaum ibu ni. Ni yang buat gua rasa cam lagi tak sabar nak berumah tangga ni.Haha..

Nanti masa World Cup akan datang tahun 2014, gua nak tengok dengan bini gua. Kalau dia ngantuk gak, gua soh dia tidor kat riba gua. Pastu gua dodoikan lagu rama-rama...

Camne ek lagu dia..dari ulat jadi kepompong...lalala..

Life is beutifull...

Ulasan

HonEyBuNNy berkata…
alallalal...so suwitnya....tgk dgn wife....cian dia kna tgu jugak tg...tah2 time tu dah dodoi anak kot..hehehe
Mr feckry berkata…
honey:mayb..
y@n@ M!B berkata…
gurl skrg mmg supportive maa..huhu~

lagu rama²??haha shuweetnyeee~ ^_^
l0lly pom sok2 nak teman hubby tengok bolaa.

we we gooo alee alee aleee
Mr feckry berkata…
yana:lu tau tak lagu tu?
Mr feckry berkata…
miss lolly:malam ni la. england ada main.
::cdot the dot:: berkata…
selamat utk lu..
HLiza berkata…
Nasib baik abang saya tak kisah sgt nak berjaga malam tengok bola..
Mr feckry berkata…
cdot:selamat
Mr feckry berkata…
hliza: kira bernasib baik
enyheartsdiamond berkata…
eny pulak update pasal germENY jaaa :))
enyheartsdiamond berkata…
sweetnya bagi bini tidur atas riba :)
Mr feckry berkata…
eny:tunggu lawan england nanti
Mr feckry berkata…
eny:ha..nak tiru le tu
ayut berkata…
kalau aku, rasanya, laki aku yang siapkan megi dan kejutkan aku tengok bola..hahah
Mr feckry berkata…
ayut:ko memang pemalas
Nazatul shima berkata…
haih...bola aje kejenye..pening kepale..isk3..hehee..
Mr feckry berkata…
nazatul:dah gile bola
annfrendly berkata…
walaupun tak mnat bola tapi kalau orang yg kita sayang suke bola.. mesti terkena tempias world cup nye..hehehee
Mr feckry berkata…
ann:power ek itu impak kasih sayang

Catatan popular daripada blog ini

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…