Simpang Ampat


Pagi ni di corang radio dengan putaran ke haluan Hot FM menarik minat gua.

Cerita hot chat pagi pasal mistik. Ni semua pasal ada kaitan dengan kawasan kemalangan ngeri ahad lalu. Sebelum tu gua nak ajak lu orang semua sedekahkan al-fatiha kepada arwah yang terkorban di nahas jalan raya simpang Ampat tu.

Cerita pasal Simpang Ampat.

Ni bukan kali pertama gua dengar excident yang ngeri kat situ. Dulu masa tahun 2004, gua telah kehilangan dua sahabat gua di situ, arwah saiful dan arwah khalid. Mereka dulu naik motor jaguh. Kalau tak silap time dorang excident lebih kurang sama dengan time excident bas ahad lepas.

Actually, kawasan tu memang kawasan angin lintang. Kalau sebut pasal unsur mistik, mana-mana pun ada. Tapi gua tak tolak faktor tu juga. Namun harus di ingat, ajal maut di tangan Allah. Walaupun iblis, jin atau apa sahaja mahkluk yang nak membunuh kita kalau mereka tidak mendapat izin Allah, tak akan jadi juga.

Setiap manusia, Allah dah tetapkan kaedah mana untuk hamba-Nya mengadap.

Gua cakap macam ni sebab, pasti lepas ni ada mulut-mulut yang cakap simpang ampat tu macam-macam. Malah nanti ada pula yang takut dengan laluan di simpang ampat. Jangan macam tu. Seharusnya kita patut takut kepada Alllah.

Mereka yang terkorban tu semua adalah ketetapan Allah. Bukan sebab apa-apa. Satu hari nanti kita juga akan mengadap Allah.

Jadi, sarananan gua , tak perlu la di tahyulkan laluan simpang ampat tu. Gua ucapkan takziah pada keluarga-keluarga yang terlibat dengan kejadian kemalangan ahad lepas.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

19 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin