Selamat depavali pada lelaki melayu


Hari ni hari jumaat.

Hari raya umat islam untuk setiap minggu. Sebab apa, sebab hari ni penghulu segala hari. Di sebabkan itu semua umat islam yang bersexkan lelaki diwajibkan menunaikan solat jumaat dua rakaat.

Siang tadi gua lepak dengan nono. Biasa la kat tempat feveret. MacD equine. Masa tu time lunch. Button hijau kan, kalau tak jumpa nono mesti tak hijau button gua. Bila nak masuk waktu zohor gua tinggalkan nono kat MCd.

Gua balik rumah dulu. Nak mandi dan tukar baju. (Kantoi, rumah gua kat dengan Mcd equine). Kebetulan member gua amid pun tengah bersiap. So kitorang gerak sekali.

Gua dan amid nak grak pergi masjid. Tetiba fariz(budak rumah gua juga) balik.

Lalu amid pun sound," dey macha! heppy depavali!"

Fariz tersenyum sipu.

Sampai di Surau al-munir seri kembangan( surau yang boleh dibuat solat jumaat) gua lihat ramai betul umat Muhammad dah berpaut di tangga surau. Lot parking penuh ya amat. Sehinggakan ada yang terpaksa parking sejauh hampir 1 km semata-mata ingin menunaikan solat jumaat. Dah macam dekat batu cave pula.

Bila khutbah habis, gua kelam kabut berlari nak cari tempat. Alhamdulillah dapat juga gua masuk dalam saf.

Habis story di surau.

Gua pergi balik ke mcD untuk bersama kembali dengan nono yang gua tinggalkan kejap di MCd equine.

Nono cakap kat gua," tadi ramai betul orang laki melayu lepak dalam mcD masa solat jumaat. Sebelah saya tadi pun ada orang laki tak pi masjid. Bila azan , saya baca doa. Dorang pandang je kat saya."

Gua ingat, dah ramai gile yang pergi masjid untuk solat jumaat. Tapi rupanya, kat luar lagi ramai yang tak solat jumaat.

Hadoi...nak salahkan sape ni?
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

14 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin