Transfomers baru opis yang jahanam

Office gua baru dapat mesin photostat yang gedabak besar giler. Kebesarnnya adalah sebesar kereta. Kalau nak tidor dalam mesin tu pun boleh.

Kedatangan mesin ni juga di iringi dengan kata-kata yang mengtakan mesin ni adalah sangatla power sehinggakan mampu melakukan apa saja. Tapi bila gua tanya ," mesin ni boleh buat binding sekali tak?" terus tak terjawab.

Setakat mampu photostat banyak-banyak je. Lebih-lebih je boleh stepler sendiri.

Mesin ni office gua sewa je. Tau tak berapa harganya? Ala setakat rm 2080 sebulan. Murah je kan. Berbaloi la dengan kepenggunaannya.

Tapi hari ini adalah hari kedua mesin tu dibenarkan untuk penggunaan umum.

Akibatnya.......

Dah rosak.


Ni ha, cc gua tengah cek. Mana tau ada daging ayam terselit ke celah-celah mesin ni. Berpeluh-peluh dia cuba merungkai komplikasi mesin tu. But, to no avail.

Menemui jalan buntu. Sebab asyik jem je.

Sedang mereka-mereka cuba dengan penuh semangat membaiki dan menggodek mesin yang jahanam tu, gua pun menyelit untuk memberi bantuan sepenuh raga gua.

Ha gambar ni adalah bukti gua sedang membantu.

Dan akhirnya masih lagi menemui kebuntuan. Haram besar je mesin ni. Tapi baru guna dah rosak.

Bos gua dah call supplier supaya datang cek balik mesin ni. Katanya, pukul sepuluh nanti dia datang. Tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak lagi. Haiyo, kata gomen selalu buat kerja lambat, tapi private sektor pun sama.

Gua rasa dorang dah dapat duit, terus malas nak layan. Masa nak dapat kontrak tu, kalau boleh melutut. Tapi dah dapat , buat bodoh je bila rosak.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

26 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Filem susuk

Band Rimba Bara

Silat Pengantin