Langkau ke kandungan utama

Bagaikan berkuntau awal pagi tadi


Tajuk tu besau benau la. Nampak umum sangat.

Padahal story die sikit je. Hari ni opis gua buat potluck. Kalau dulu masa bujang, gua cuma seorang budak pembacuh kopi je di ketika adanya makan-makan macam ni.

Tapi sekarang dah lain.

Gua dan no2 secara berjemaah pukul 5 bangun . Kami dengan bertungkus lumusnya membuat satu lauk untuk di bawa ke potluck opis gua hari ni. Gua bagai bersilat sendeng, no2 pula umpama membuka langkah taekwando yang bertali pinggang dan 2.

No2 membelah ayam dengan begitu dasssat sekal. Sekali tetak, terus terbelah 20 ketul ayam tu. Begitu hebat sekali gaya tetakan no2.

Gua tak mau kalah. Lalu gua mempergayakan jurus seni silat sendeng yang ke tujuh yang di beri nama, gaya awan berarak mendung berlalu untuk menumis rempah asam pedas asli karya ibu gua. Gua tumis sehingga naik bau teratak kami.

Ketika tiba masa untuk memasukkan asam keping, no2 memasang kekuda taekwandonya yang ampuh. Lalu no2 pun mencampakkan asam keping...gedebuuuuusssss! macam tu bunyinya ketika asam keping tu mencecah kuah asam pedas.

Maka kami berdua umpama uda dan dara, hang tuah dan puteri gunung ledang, bersilih ganti mengacau asam pedas ayam sehingga siap untuk di bawa ke opis gua.

Amacam style tak story gua?

Haha, buat asam pedas ayam je. Gua takut gak orang komplen lauk gua bawa tu tak sedap. Tapi alhamdulillah, komen yang diberikan semuanya positif. Malah itulah lauk yang pertama habis.

Len kali wa bawa pi opis lagi ye kengkawan. Opss, gua dah cite tak tadi saat no2 mengelap peluh di dahi gua? ade kan..kalau tak ade maknanya terfoward le tu...

Bezakan dah kawen dengan belum kawen..

Ulasan

YanaMIB berkata…
haha kiranya aku dh kawen sok kena bersilat kt dapur dgn laki aku jugak la eh..huahuahua~ =P
Mr feckry berkata…
yana:tau tak ape
makdara TERdiva berkata…
jarang dah bersilat di dapur sjak anak2 jauh.. sob..sob..
Mr feckry berkata…
makdara:nanti dorang balik, buka la langkah
delarocha berkata…
org bujang klu join potluck... sponsor air kotak jee
Nazatul shima berkata…
hahaha..sengal...entri dh mcm nk gi bersilat..hahaa...
Redbloodsnow berkata…
hehehe...itu lah perbezaan bile dh kawen n dh nikah. aku ni coming soon akak gnie² gak...hiksss

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…