Menulis Bukan Kerna Nama

Sabtu, 19 Mac 2011

Kenapa gua macam tak puas hati tengok merong mahawangsa?


Entah, gua rasa macam kurang garam la cerita KRU ni.

Gua pikir balik, mana Melayunya di dalam filem tu? Adakah Merong mahawangsa ni memang bukan cerita melayu? Memang la kesahihannya untuk diclaim sebagai sejarah melayu masih di ragui. Tapi bukankah ia di terima sebagai khazanah negeri kedah. Apakah negeri kedah dulu bukan meayu. Tetapi lebih pada adat siam.

Kalau betul adat siam, mana siamnya di dalam Merong mahawangsa?

Yang gua nampak adalah orang putih di dalam Merong mahawangsa. Sudahlah pelakon merong tu sendiri pelat bercakap melayu. Sadist betul gua tengok stephen tu speaking melayu. Kenapa la Yusri pilih dia. Kalau Jehan Miskin jadi merong pun boleh.  Taough juga kan Jehan tu.

Bab aksi berlawan, memang kecewa la. Tak ada langsung silat. Kalau tak silap, dulu KRU pernah buat cerita yang bertajuk arjuna. Penuh dengan aksi. Tapi di kutuk sebab no silat there. Kali ini di dalam merong mahawangsa is same like before. Macam lanun je Merong ni berlawan. Kalau merong tu bersilat, nampak sikit melayunya.

Silat adalah khazanah melayu, kalau hilang ilmu tu, seurat identiti melayu hilang.

Satu lagi, Langkasuka ni kaum mana. Kalau melayu, mana melayunya pada pemakaian? Kenapa macam orang asli kat hutan amazon. Make up Rahim Razali tak payah cakap la, gua rasa nak tergelak je. 


So may be apa yang gua rasa ni tak betul. Tapi, sudah selama ni dalam sejarah gua di momokkan dengan elemen sejarah melayu. Jadi tanggapan gua setiap sekelumit sejarah melayu, pasti ada elemen kemelayuan. Jika tidak, ia bukan sejarah melayu.

Melayu datang dari mana? tu kita kena belajar sejarah.  Hopefully, lepas ni gua sangat mengharapkan KRU akan merealitikan dengan baik filemnya. Memang tokok tambah tu umpama penyedap, namun sejarah tidak boleh di ubah, kerana ia bakal di baca dan di kaji oleh anak bangsa.

Ai...rasanya gua boleh bagi 2 dari 5 bintang la untuk cerita ni.
Share:

2 comments:

HLiza berkata...

Kalau tak silap merong mahawangasa ni kat Langkasuka, Kedah-Langkawi rasanya..jajahan Siam masa tu, so Melayunya mmg takde. Tapi dah kau komen camni along jadi malaslak nak tengok.

Mr feckry berkata...

hliza:tunggu cd je la