Menulis Bukan Kerna Nama

Rabu, 23 Mac 2011

Syakir - Bersyukur, pengenang budi

Sambil duduk atas  riba..

Macam orang nak tidur..pastu ade plak orang bercerita..aa'ah..macam bed time story...

Ceritanya begini..

Ada seorang hamba- Allah, selalu berdoa untuk melihat malaikat proses doanya. Ya la, dia khuatir yang doanya tak sampai kepada Allah.

Suatu hari dia bermimpi. Dia terbang ke langit. Bukan macam supermen, spidermen? lagi la bukan. Its like an angel. Dia terbang ke atas langit. Terpegun dia melihat setiap aras langit tu. Dia tengok, sebuk betul malaikat ni. Tak ada pun masa untuk minum kopi atau pun lepak sambil blog walking. Kesemua malaikat sibuk memproses doa.

Situasinya lebih kurang macam pejabat pos la, cam ada yang tukang susun, ada yang tukang cop, ada yang tukang daftar. Banyak betul permintaan dari hamba-hamba Allah.

Dia terbang lagi ke langit yang lain. Kat aras lain pun macam tu juga, setelah dia penat memerhati umpama supervisor, die terlihat ada satu malaikat yang macam sedih je. Tak banyak keje. May be department die tak sibuk kot. Sebab malaikat tu siap ada masa untuk menunggu kerjanya sampai. Tak macam malaikat lain. Busy je memanjang. Agaknya kalau malaikat tu main FB sempat je kot. Lalu hamba-Allah ini dengan perasaan ingin tahu p la usha , keroje ape yang malaikat ni jaga sampai sedih dek kerana terlalu sikit kerojenya.

Rupanya departmen doa kesyukuran...tak ramai yang hantar doa mengucapkan syukur pada Allah.

Kenapa ek..rezeki kita minta hari-hari, tak minta pun dapat.

Andai Allah kurniakan gua seorang anak lelaki, akan gua namakan dia, Mohd Syakir...

Share:

8 comments:

YanaMIB berkata...

smoga ko dpt ank laki =P

tia berkata...

klu anak perempuan bole x letak syakira ? ;)

Mr feckry berkata...

yana:tq

Mr feckry berkata...

tia: waka-waka!

bojie_boboy86 berkata...

InsyaAllah..adala rezeki tu nanti nak dpt anak lelaki...

ardinihumaira berkata...

InsyaAllah
:)

syafiqakarim berkata...

insyaallah ada rezeki dpt anak lelaki.
nanati namakan dia syakir ;)

mie berkata...

moga sudah bersedia segalanya..
ehehehee