Khamis, 2 Februari 2012

Iqra'....

Iqra'..maknanya bacala..

Itulah wahyu yang disampaikan pada Rasulullah s.a.w oleh Malaikat Jibril. Baca adalah kunci ilmu. Dengan membaca kita akan peroleh separuh dari kesempurnaan ilmu, separuh lagi adalah dengan kita berguru, dan beramal.

Nono amek baucer buku 1Malaysia die. Die cakap kalau wa nak buku ape2, amek jela. Mulanya wa cari buku Ustaz Azhar Idrus. Beb satu MPH wa pusing. Rupanya satu alamanda dah habis buku tu. Salut pada Ustaz tu, tu buku pertama beliau . Sampai clean stok buku tu kat kedai-kedai.

Wa terpandang buku kat atas. Wa selak-selak. Menarik gila pengisian buku tu. Cerita pasal Fardhu ain dan Fardhu kifayah.

Menarik sebab, kaedah penyampaian buku tu pada wa sangat berkesan. Dengan gambar yang real. Wa terbuka cara pengurusan jenazah. Jarang nak jumpa buku yang dedahkan pengurusan jenazah dengan gambar yang real. Mudah nak faham ajarannya. Ye la , belajar dengan gambar kan mudah untuk kita faham.

Saranan gua, buku amat baik untuk semua manusia. Islam ke bukan islam ke,yang Islam lagi la patut beli. Yang bukan Islam, jika nak ketahui pasal Islam, rasanya buku ni baik untuk anda.

Alangkah baiknya suasana seorang ayah mengajar sendiri anaknya akan tentang fardhu ain...

1 ulasan:

POSH76 berkata...

dari dulu lagi suka kalau ustaz ismail kamus yg ceramah...bess tak bosan