Miskin ke kita kalau evry month kita sumbang rm 10 pada mereka?


Jom support depa!

Nama AkaunMAAHAD TAHFIZ AN-NUR
No Akaun562478123076
Emailsupport@tahfizannur.com
Tel013-3990239


Meh kita kenali MAAHAD TAHFIZ AN-NUR


1.0 MUQADDIMAH
Usaha-usaha untuk melaksanakan sistem Pendidikan Islam yang syumul berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah memerlukan kesepaduan dan kerjasama semua lapisan masyarakat samada pemimpin agama, pemimpin negara, ahli ekonomi serta para cendekiawan ke arah menyokong cita-cita dan semangat perjuangan Islam.
Pada Januari 2007, AJK Pentadbiran dan Pengurusan Maahad Tahfiz An-Nur (MaTan) telah menyusun peranan dan fungsi bagi merangka sistem pengajian yang cekap ke arah melahirkan sebuah Pusat Pengajian Islam yang terbaik dari aspek pengajian dengan mengambil kira pandangan daripada penasihat-penasihat yang dilantik. Di samping itu, MaTan juga telah merangka sisten pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz Al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya melalui teknik pengajian "Talaqqi dan Musyafahah" serta "Tarannum" yang kurang dititik beratkan dalam kebanyakan sistem pendidikan moden.
Bermula dengan keperihatinan inilah terbinanya MaTan dengan harapan akan lahir generasi Al-Quran di celah-celah kemerosotan akhlak dan nilai di kalangan remaja masa kini sebagaimana yang berjaya dilahirkan oleh Rasulullah SAW pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan pelbagai pihak.

2.0 MATLAMAT MAAHAD TAHFIZ AN-NUR
  • Melahirkan generai Ulama' dan Hafiz Al-Quran yang berketrampilan, mahir dan beramal dengan isi Al-Quran.
  • Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh bermandiri dalam menghadapi arus modenisasi.
  • Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
  • Menjadi pusat penghayatan Al-Quran yang bersepadu.
  • Ke arah membentuk generasi Al-Quran yang syumul.

3.0 OBJEKTIF
  • Membasmi buta Al-Quran di kalangan kanak-kanak sebelum baligh.
  • Melahirkan pelajar yang dapat menamatkan hafazan dalam masa 3 tahun.
  • Melahirkan para Hafiz yang serba boleh.
  • Menghidupkan tradisi pengajian Al-Quran berasaskan Sunnah Rasulullah SAW yang menekankan 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayati)

4.0 SEJARAH RINGKAS
Pada Januari tahun 2008 AJK Pentadbiran dan Pengurusan Maahad Tahfiz An-Nur (MaTan) telah memutuskan untuk menubuhkan pusat pengajian berkenaan serta menyusun peranan tugas dan fungsi bagi merangka sistem pengajian cekap ke arah melahirkan sebuah sekolah tahfiz yang terbaik dari aspek pengajian dengan mengambil kira pandangan daripada penasihat-penasihat yang dilantik. Di samping itu, MaTan juga merangka sistem pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz AL-Quran dan ilmu-ilm yang berkaitan dengannya, di mana ianya amat kurang dititik beratkan dalam kebanyakan sistem pendidikan moden.

5.0 MAKLUMAT MAAHAD
Nama MaahadMaahad Tahfiz An-Nur
AlamatNo 21, Jalan 11,
Desa Subang Permai,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Emailsupport@tahfizannur.com
No Telefon013-3990239
Tarikh Bermula Operasi1 Januari 2008

6.0 KURIKULUM
Kurikulum Maahad Tahfiz An-Nur adalah mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada sebelah pagi para pelajar dipertuntukkan masa untuk pelajaran Hafazan dan Agama, manakala pada sebelah petang pula para pelajar akan mempelajari subjek akademik mengikut sukatan matapelajaran yang ditetapkan oleh KPM. Ini bermakna di samping para pelajar menghafaz Al-Quran, mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti pendidikan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM selaras dengan kehendak KPM.
Berkut adalah jadual waktu pengajian:

JADUAL WAKTU HAFAZAN
JAM
6.30-
7.30am
7.30-
8.30am
8.00-
10.00am
10.00-
10.30am
10.30-
12.30am
12.30-
2.00pm
8.00-
11.00pm
HARI
ISININ
H
I
N
G
G
A
JUMAAT
HAFAZAN
AL-QURAN
(BARU)
REHAT/
SARAPAN
PENGULANGAN
HAFAZAN
(LAMA)
MINUM
PAGI
QIRAAT
&
TAJWID
REHAT
HAFAZAN
BARU &
LAMA

JADUAL WAKTU AKADEMIK
WAKTU
2.00-
3.45pm
3.45-
4.15pm
4.15-
4.45pm
4.45-
5.15pm
5.15-
6.00pm
6.00-
6.45pm
HARI
ISNINB.MELAYUSAINSRB.INGGERISPENDIDIKAN ISLAMRIADHAH
SELASAMATEMATIKB.ARABEB.MELAYUSAINS 
RABUB.INGGERISPENDIDIKAN ISLAMHMATEMATIKB.ARABRIADHAH
KHAMISB.MELAYUSAINSAB.INGGERISPENDIDIKAN ISLAM 
JUMAATMATEMATIKB,ARABTB.MELAYUSAINSRIADHAH

Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin