"Saya nak tanya, siapa yang dalam surau ni, die comfirm
syurga?" sunyi surau. Masing-masing memandang antara satu sama lain.
"Ok, berat kot soalan tadi. Saya ringankan sedikit soalannya.
Siapa yang dalam surau ni dia tak buat dosa dari waktu sahur, hingga ke saat
ini? " audian surau masing-masing kelu senyap.
MC pun teruskan berkata," tuan-tuan, kalau kita sendiri tak
boleh comfirmkan diri kita ni masuk syurga ke tidak, kalau kita ni tak sedar
dah buat dosa ke tidak, agak-agak la lepas padang mahsyar nanti kita ni nak ke
mana?"
Itu persoalan yang MC tu timbulkan ketika ditugaskan jadi pengacara
majlis. Betul, mana kita nak pergi kalau syurga tu bukan milik kita. Sudah
tentu satu saja tempat yang tinggal untuk kita. iaitu NERAKA. Kita nak syurga.
Betul kita nak syurga, tapi bagaimana. Redha Allah. Andai Allah redha dengan
kita, kita comfirm syurga. Macam mana kita nak dapat redha tu?
Itu persoalan yang MC tu bangkitkan ketika program Mencari Redha
Ilahi tadi.
Jabatan ku jemput sahabat karib ku . Ust Redza Ahmad. Seorang imam
yang sangat berkaliber dalam usaha dakwahnya. Banyak perkongsian yang kami dapat
tadi. Antaranya, hindari perkara remeh yang boleh memberi dosa. Tingkatkan
ibadah, sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Semua itu adalah cara untuk kita dapatkan
redha Allah.
Dunia akan sentiasa menggoda kita dengan senang dan mewah. Padahal
senang dan mewah itu , tidak akan mampu bantu kita untuk berhadpan dengan
Allah. Namun, bukan dunia yang perlu ditinggalkan dalam keghairahan mencari
redha Allah. Tapi, jadikan dunia sebagai aset untuk kita menuai redha
Allah.
Jadi, jangan persiakan waktu yang ada, kerana kita akan rugi jika
tidak dapat redha Allah.
Ya Allah, aku tahu diri ini pasti akan diseksa di dalam kubur, aku
tahu aku akan ke neraka -Mu , aku takut itu semua ya Allah. Aku tak mampu
menahan segala seksa-Mu ya Allah. Tolong lah, Aku merayu agar Kau pandang diri
ini dengan Rahmat dan kasih sayang-Mu.