Langkau ke kandungan utama

Motorkukaukunci!!


Semalam yang hangat,

Nak pergi bangi gateway. Nak cari baju raya Uwais. Naik motor. Kalau aku pergi naik kereta , comfirm sesak punya. Pasti ramai yang setujuan dengan aku rasanya. Perjalanan lancar, walau dibasahi hujan rintik-rintik. Suhu bumi pun cool je rasanya.

Sampai bangi gateway, mudah saja park motor. Naik motorkan. Masuk dalam bangi gateway, tawaf sekali, terus grab dua baju. Baju aisyah dan baju uwais. Wow! mudahkan. Setttle payment, aku terus gerak keluar, pergi kat motor. letak barang, pakai helmat, start motor, everything is ok. But when i tried to strat that motor, tayar tersekat. " Aik,? pehal pulak ni," bicara hati membuak didada ku.

"Adui, siapa pula solex kata tayar depan motor aku ni," berkata hati lagi diri ni.

Aku tanya security, tak tahu jawabnya. Ku tanya seorang lagi security, dia kata, " kami tak lock motor encik, encik park kat tempat yang betul. Semua ok.."

Wah, kacau ni . Dah tu siapa pula yang kunci ni. Security tu kat mungkin ni salah satu strategi nak orang nak curi motor aku ni. Dia pun carikan cutter di stor security. Sambil aku menunggu cutter, aku pun terus menunggu cutter. Sempat juga sepage dua android quran ku baca.

Tiba-tiba, berjalan satu pasangan pakwe makwe depan aku. Oh, motor mereka park sebelah motor aku rupanya.

Aku terdengar , sang pakwe tu cakap, " ai pelik, tadi dah solex tayar ni. Mana perginya solex tadi?"

Spontan aku bertanya," maaf ye, dekat tayar motor saya tu solex encik ke?"

Dengan tidak semena-mena sang pakwe tadi meraung-raung seakan-akan dirasul oleh jin kepala toncit. "Ya Allah bang, maafkan....maafkan ....maafkan saya bang. Saya tak sengaja kunci motor abang, Memang betul-betul tak sengaja. Ini bukan olok punya tak sengaja. Betul punya tak sengaja. "

Sang pakwe tu pun berkata lagi," lama ke abang tunggu?"

Rasa-rasa lah, apa yang perlu aku buat ka budak ni?


Ku buka langkah kipas senandung baru tau!!!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…