Tadarus Atau Tidur Terussss


Antara yang paling aku suka waktu ramadhan ni adalah Program tadarus. Sebab boleh check balik bacaan quran aku untuk satu quran. Semak beramai-ramai. Antara telatah tadarus adalah bile bacaan sendiri kena tegur dengan geng . Macam-macam perangainya. Group yang setakat ni aku maintain , dekat surau Al-mizan. Sini kebanyakkannya berprofil tinggi dalam kerjaya dorang. Hah, sekali di tegur mau garu kepala dorang ni. Termasuk la aku sekali.

Paling menarik tahun ni tadarus kat Surau Al-Mizan, kami di bimbing oleh Imam-Imam terawih yang hafiz quran. Dan paling manis sekali , guru Quran aku Ust Rashid pun join sekali. Rase terharu kali ni Allah temukan kami dalam halaqah tadarus ni.

Aku memang respect kat die sebab , dia banyak ajar aku tentang pembacaan quran. Dari aku merangkak, hingga sekarang alhamdulillah , tak kelam kabut bacaannya. Target tahun harap la sangat aku dapat khatam 3x bacaan quran sendirian .

Sebab nak pahala sampai kat abah dah ibu aku. Ayuh, quran ku! sahabatku!

Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Dendang anak

Israel laknatullah