Cerita Kedua - Di Marah Iblis Dek Kerana Membantu Nono
Waktu beli buku ini , tidak tahu pun sebenarnya ini jilid yang telah dicetak rompak |
Semenjak mengetahu keadaan isteriku, Nono yang sering mengalami sakit mata akibat gangguan iblis, aku cuba ikhtiar mengkaji dan mencari kaedah untuk merawat dan membantunya. Aku terjumpa buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit keluaran Darussyifa di rumah Mak Dik ku di Klang. Waktu itu sebenarnya Arwah Mak Dik juga sedang berikhtiar untuk mencari kesembuhan penyakit rohaninya. Ramai yang kata Arwah Mak Dik disantau orang.
Setelah melihat pengisian di dalam buku tersebut, minat timbul dan merasakan aku juga perlu ada buku ini bagi membantu isteriku untuk ikhtiar kepada sakit matanya.
Alhamdulillah jumpa!
Pengisian yang paling menarik miniat aku di buku ini adalah Bacaan Asas 10 yang pertama.
Setiap malam sebelum tidur aku pasti akan membacanya sambil menyapu kelopak mata isteriku. Sebenarnya, aku perasan yang mana aku suka baca bacaan asas 10 pertama ini kerana adanya Doa Nabi Sulaiman.
Kompenan akhir di Bacaan Asas 10 Darussyifa |
HUKUM BERUBAT DENGAN PERAWAT ISLAM DAN MEMINTA PERTOLONGAN JIN :
Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Surah al-Jin: 6)
Lihat Maqalah Syeikh Dr Abdul Qader bin Muhammad al-Ghamidi bertajuk Hukm al-Isti’anah bi al-Jin fi al-Mubahat (Hukum Meminta Pertolongan Dengan Jin Dalam Perkara Yang Harus).
Sebuah institusi fatwa iaitu Lajnah Daimah ada menjawab di dalam fatwanya apabila ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum meminta bantuan jin:
“Tidak boleh bagi orang itu meminta bantuan jin, dan muslim tidak boleh mendatanginya untuk mengubati pelbagai penyakit melalui perantara jin, atau (tidak boleh) untuk memenuhi permintaan lainnya dengan cara tersebut. Perawatan melalui doktor yang menggunakan ubat yang diperbolehkan merupakan usaha yang harus dilakukan dan ini selamat dari pembomohan. Dalam riwayat sahih daripada Rasulullah SAW bahawasanya beliau bersabda: “Sesiapa mendatangi bomoh kemudian menanyakan sesuatu, maka solatnya tidak diterima selama empat puluh malam. Diriwayatkan daripada Muslim dalam kitab Sahihnya. Para perawi hadis yang empat (Abu Daud, al-Tirmizi, Nasaei dan Ibn Majah) dan Hakim -- dan yang terakhir ini mengatakan hadis ini sahih -- meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mendatangi bomoh (ahli sihir) kemudian membenarkan perkataannya, maka ia telah kufur (ingkar) terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad. Lelaki ini dan kawan-kawannya daripada kalangan bangsa jin termasuk dalam golongan tukang ramal dan bomoh, maka mereka tidak boleh diminta bantuan dan tidak boleh dipercayai ucapannya.”
Berdasarkan pandangan-pandangan ulama di atas, maka kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengharamkan meminta pertolongan dengan jin.