Harimau ke Kucing





Padah bercakap sebelum berfikri. Tidak kiralah siapa yang harus di persalahkan. Sedih betul dengan skuad kebangsan kita ini. Kenapa sampai jadi begini. 5-1 kalah dengan China, 5-0 kalah dengan Uzbekistan. Lepas ni skuad kebangsaan akan bertemu dengan Iran yang memang semua orang dah tahu hebatnya pasukan itu.

Marah, geram, sedih, malu semua ada. Memanglah benar berat mata rakyat Malaysia memandang, berat lagi bahu Norizan jurulatih Malaysia tu pikul. Tetapi orang tidur pun ada masa dia bangun. Takkan nak mundur sampai 500 tahun. mungkin benar sifat pilih kasih ataupun sifat dendam punca masalah ini terjadi.

Tahukah anda?

  • Tiada pemain pasukan utara untuk skuad kebangsaan di Asia Cup.
  • Pemain di pilih atas dasar pilih kasih
  • Pemain veteran yang dah terbukti dulu pernah main untuk kejohanan luar tapi gagal, masih di pilih(mungkin atas sifat pilih kasih)

FAM perlu berubah. Jangan biarkan maruah Malaysia tercalar sekali lagi. Kalau tak mampu berubah, bubarkan sahaja. Kita masih boleh naikkan nama negara dengan sukan lain. Bola sepak anak emas Malaysia. Sukan lain di anak tirikan. Jangan sampai Bola sepak jadi anak derhaka.

Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

1 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin