Balik melaka


Hari ni aku berpuasa di Melaka. Lama tak puasa bersama keluarga. Rakan aku bagi gambar baru aku ketika menganjurkan Kejohanan Futsal. Sebut pasal futsal, bulan lepas aku baru menganjurkan Kejohanan Futsal Merdeka Piala Pekida Negeri Melaka. Percaya atau tak berjaya juaga kejohanan ni. Bagi aku ada dua sejarah aku dah catat. Sempena 50 tahun negara aku merdeka aku sambut dengan menganjurkan kejohanan futsal merdeka. Satu lagi akulah satu-satunya ahli pekida yang berjaya menganjurkan kejohanan futsal.Bila aku fikri balik, aku tersenyum. Sebab Aku dah catat sejarah. Sejarah sempena 50 tahun malaysia merdeka. Kira oklah, penyertaan pun boleh tahan. 50 pasukan yang masuk. Kalau dulu aku asyik masuk tournement futsal, tapi kali ni aku pula yang anjur.(riak la pula).Tapi apa-apa pun geng-geng aku yang bertungkus-lumus macam nak mati support futsal ni, gua tabik la kat korang. Kita cipta sejarah woi!

Cukup pasal futsal...

aku masih berminat bercerita pasal business. Aku hairan bidang pertanian dan peternakan ni selalunya di terokai oleh orang yang tak tahu pasal apa yang mereka tanam atau ternak. Baru-baru ni aku dapat info pasal peternakan lintah. Banyak usahawan muda yang mula melabur ke bidang ini. Mungkin pasaran baik. Sekarang ni aku tengok Malaysia mula membangun. Ramai yang mula teroka bidang baru. Mungkin satu hari nanti malaysi boleh mencapai tahap ekonomi seperti US. Sebab orang Malaysia sudah mula berfikiran bebas. Kalau dulu orang yang belajar jadi doktor, akan jadi doktor lah sampai tua. Tapi sekarang kita dah dengar Doktor yang mengeksportkan herbanya ke luar negara.

Mungkin sekrang orang kecoh harga barang naik. Ekonomi dah gawat. Tapi sedar atau tidak, kita mampu menangani masalah ekonomi. Tuhan bagi kita masalh untuk kita jadi bijak. Sekarang Melaka dah tak macam dulu. Mungkin akan capai kemajuan macam KL.Aku kagum Student UTEM di Ayer keroh, habis belajar terus buka business.

Aku tertarik dengan kata-kata kawan aku, bila kita dapat money freedom,bolehkah kita dapat time freedom? Adakah sepuluh orang terkaya di Malaysia dapat time freedom?
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

2 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin