Selasa, 12 Ogos 2008

Tersilapkah aku?

Ogos 12, 2008
HAri ini aku menghadiri temudaga di wisma negeri. Jawatan yang di tawarkan adalah pembantu akauntan W17. Aku pun bersiap sedia dengan segala nota untuk aku baca sementara menunggu giliran. Banyak juga yang aku hafal. Memang kali ini aku prepare lebih sikit. dengan harapan dapatlah kerja tu.

Tiba giliran aku. Risau pun ada juga. Masuk sahaja aku seperti biasa memperkenalkan diri aku. Ada dua pegawai yang menemuduga aku. Perempuan dan lelaki. Lelaki tu agak kelakar sikitlah. Selalu cuba trick aku. Setiap jawapan aku dia cuba untuk menyangkal seolah-olah nak menguji keyakinan aku.

Soalan daripada yang wanita tentang isu semasa. Aku tidak menyangka di akan bertanyakan tentang harga minyak. Lama kelamaan dia beralih pada isu debat DSAI dengan Shabry Chik tu.

Soalan cepu emas..." Antara pedebat malam itu siapa yang menang?"

Aku agak tergamam. Mahu jawab yang benarkah atau pun yang hipokrit. Aku percaysa tentang kejujuran. Aku menjawab DSAI. Perbualan kami lebih hangat setelah mendengar jawapan aku. Soal ekonomi, soal petronas, dan harga minyak. Aku seolah-olah menjadi klon DSAI.

Tetapi aku mula risau keran takut itu hanya umpan mereka untuk tahu samada aku menyokong dasar kerajaan.

Soalan tentang akaun hanya diberi soaln yang mudah. Credit sale dan credit purchase. Aku juga di tanya sangguokah aku bekerja dengan kerajaan jika Pakatan Rakyat yang jadi kerajaan. Secara berseloroh sku menjawab hayna bekerja untuk negara Malaysia.

Sampai di rumah aku sangsi, walaupun dalam keadaan gelak semasa temuduga tadi mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tadi. Bismillahitawakaltu alallah....

Sabtu, 9 Ogos 2008

Karaoke beb...

Ogos 09, 2008

Baru sebntar tadi aku berjalan-jalan dengan rakan-rakan ku. Bosan-bosan kami pun planlah untuk ke karaoke.

Apa lagi sinaran la beb...

Hampir dua jam juga kami melalak kat sana. Antara lagu favourite aku , lamunan terhenti, memburu rindu, bayangan gurauan and banyak lah lagi. Sampai kering tekak di buatnya. Aku ingat macam nak terai masuk jangan lupa lirik saja.

Teringat aku tahun lepas berkaraoke dengan acik and angah di k-box Melaka sentral...

Jumaat, 8 Ogos 2008

Filem susuk

Ogos 08, 2008

Petang tadi aku berjalan sambil merasmikan diriku ke GSC baru di Dataran Pahlawan. Aku pilih untuk menonton filem susuk.

Biar aku mulakan cerita tentang GSC baru ni. Besar giler !!!!

Macam dewan anugerah bintang populor aku rase. Skrin pun besar. Kerusi pun best. Aku rasa kalah MBO.

Berbalik pada cerita susuk. Pada aku cerita itu bosan. Aku cuba untuk menghayati dengan betul. Watak seram yang di nantikan macam hantu budak-budak. Garapan cerita yang sangat longgar. Rasanya drama bersiri susuk lebih sepuluh kali ganda best.

Tapi nak buat macamana aku memanglah ikhlas dengan kenyataanku..

Kerja di Kebun Sg Pulai

Ogos 08, 2008

Aku baru saja sampai dari Batu Pahat. Biasalah, kerja petik sawit. Kali ini hasil di kebumnku bertambah sikit dari yang lepas-lepas. Di kebun Sg Pulai aku dan abah ambil masa sampai dua hari nak habiskan.
Aku kagum dengan abah. Sebab tak ramai orang sebaya dengan dia boleh petik kelapa sawit lagi. Tapi itulah abah yang tenaganya tak pernah kunjung habis. Aku dan abah berganti-ganti memetik sawit di Sg Pulai.
Gambar ini di ambil sebelah petang selepas petik sawit di kebun Sg Pulai. Hari ini harga sawit jatuh lagi. Dulu sebelum pilihanraya harga sawit 70sen. Sekarang dah tinggal 50 sen saja. Ada khabar angin yang mengatakan nak turun lagi sampai 35 sen.

Aduh...makin miskinlah golongan petani macam ni. Agaknya sampai bila golongan petani dapat rasa manisnya kesenangan.

Sebelum balik aku sempat ambil gambar ni. Ladang nenas. Tapi ni bukan aku punya. Orang kampung aku yang punya. Aku suka lihat pokok nenas ni melaut. Nampak macam rezeki tuan punya kebun ni juga melaut.

Hari ini sehari berhujan, esok lusa siapakan tahu....

Ahad, 3 Ogos 2008

Pendekar melayu

Ogos 03, 2008
Tanpa silat bangsa melayu sudah lama tergadai. Mungkin orang akan menjengkel kenyataan itu. tetapi jika kita imbau kembali sejarah orang melayu, mereka menganggap silat adalah pakaian mereka.

Dato' Meor Abdul Rahman.
Salah seorang pendekar ulung di zaman 70'an. Sehingga kini ilmu persilatan beliau masih terus berkembang. Beliau juga memartabatkan ilmu persilatan melayu di peringkat antarabangsa. Persatuan Pusaka Gayong adalah hasil titik peluh beliau.

Tuan Guru Omar Din.
Soerang lagi pendekar melayu yang sehingga kini menjadi ikon dunia persilatan Malaysia hari ini. Persatuan Seni Silat Lincah merupakan antara persatuan silat yang kukuh di tanah air. Ramai anak murid beliau telah menjuarai pertandingan di peringkat dunia.

Selain daripada mereka, ramai lagi nama pendekar melayu yang masih hidup atau mati tersenarai sebagai pejuang silat melayu. Seharusnya kita berbangga dengan warisan kita. Memang tidak salah kita belajar seni mempertahankan diri yang lain. Tetapi jangan biarkan warisan kita jadi barang lapuk di rumah usang.

Jumaat, 1 Ogos 2008

Lawak ke sedih?

Ogos 01, 2008
Pagi tadi aku rasa bengang sebab kunci van bapa aku hilang. Puas aku mencari. Stu rumah aku geledah. Mcam nak gile jadinnye.

Tiba-tiaba aku dapat satu panggilan yang mengatakan rumah kawan aku Amy kene langgar. Biar betul? Aku bergegas ke sana. Betul da...Negro mabuk langgar rumah member aku. Tapi dengar cerita makcik ni negro tu blah je...



Pertama kali dalam sejarah taman aku rumah kene langgar dengan kereta. Bodoh pubye negro. Nak berlatih drift agaknyer. Dah la kereta pinjam. mampus owner dier tau.

habis certita pasal negro ngok...

Tadi aku jumper kawan aku. Semalam dier dengan aku pergi minum. Aku cuba tanyakan hal kunci. Memang sah aku tertinggal kat motor die..