Cucu To' Eid

Angah masa silat olahraga
Silat adalah seni mempertahankan diri bangsa melayu. Rasa macam sedih kalau seni ini tak dipedulikan. Minggu lepas masa towing kereta angah ke bengkel, sempat borak-borak pasal silat. Aku story sikit dokumentri bumi di pijak langit dijunjung.

Cam best je segment tu. Aku ajak angah buka gelanggang balik. Macam dulu...tapi biasa la jawapannya "masa".

Aku tak tau samada cerita silat Cucu-cuc Tok Eid ni bakal jadi bahan sejarah endindanhawa agaknya.

Aku masa persembahan di IPN
Minat tentang silat masih mendalam untuk aku. Sampai hari ni aku masih berlatih walaupun takde partner. Partner aku biasalah..punch beg aku yang setia di sepak dan di tumbuk.

Aku hairan, bila sebut pasal warisan melayu, orang melayu mesti tak minat. Mungki pasal duit orang melayu tak berkemampuan belajar benda-benda ni semua. Tapi peliknya persatuan silat jarang mengenakan sebarang yuran ke atas ahlinya.

Atau mungkin sebab tak kenekan yuran, jadi nilai silat itu di lihat memang tiada lagi. Pelik tapi benar. Bila dikenakan yuran, mesti tak laku. Tapi bila tak kenakan jadi tak minat pula. Betul kata Che Det, " melayu mudah lupa."

Sedih bila anak melayu sanggup belajar martial art lain walaupun dikenakan yuran yang tinggi. Akhirnya silat melayu juga yang hilang umpama mutiara di dasar laut.

Percaya atau tidak, jika anak melayu pandai bersilat, bangsa lain akan hormat pada bangsa kita. Kerana kita mampu pelihara warisan bangsa.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

3 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin