Hari ini dalam sejarah

Hari ini merupakan salah satu lipatan sejarah di dalam hidup aku yang akan aku kenang.Pertama kali aku melangkahkan kaki ke Parlimen Malaysia.

Sebelum ini aku hanya dapat memandang di dalam duit syiling atau gambar sahaja. Tapi pagi tadi aku menjejakkan kaki aku ke sana.

Tujuan aku ke sana kerana membuat semakan akhir untuk perbentangan Bajet 2010. Aku ke sana bertemankan 4 orang rakan sepejabatku.

Bayangkanlah betapa excitednye aku untuk ke sana. Ya lah bukan senang nak masuk Dewan Rakyat. Mak bapa aku pun tak pernah masuk dan aku percaya seluruh keturunan Endin dan Hawa pun tak pernah masuk.




Aku betul-betul teruja bila masuk Dewan Rakyat tu. Baru aku tahu macam mana keadaan sebelum perbentangan bajet. Sempat juga aku ambil gambar di tempat duduk idola aku. Cuma terkilan juga tak dapat ambil gambar di tempat dudul Perdana Menteri.

Kelakar rasanya bila baru-baru masuk asyik ambil gambar . Nasib bos aku ada kawan kat situ, memang boleh pun. Tapi tak kira apa orang nak kata, gambar aku kat kerusi DSAI tu memang smart gile. Thanks la bro yang ambil gambar tu.

Fuh..terasa macam nak masuk lagila..tapi missionnya lain plak..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

4 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin