aku tak ada masalah mengaku 'aku orang melaka'


Aku tak ada masalah untuk kata, " gua orang melaka beb!"

Tapi aku agak malu kerana ketika kejadian yang aku nak ceritakan ni.

Masa tu, aku baru daftar masuk kolej yang tertera namanya di belakang aku tu. Biasa la, baru masuk comfirm la ada sesi orientasi. Fasi pula macam singa baru keluar dari kandang.

Sesi orientasi yang aku rasa cam hawau je berlangsung selama 4 hari. Dari isnin sampai la khamis. Nak jadikan cerita petang khamis tu kami di kumpulkan seperti biasa untuk bersiap sedia untuk balik hostel.

Selalunya sesi ni fasi akan ambil peluang untuk membebel ikut suka hati dia, nak cakap apa. Aku tak ada masalah untuk dengar. Dan langsung tak terdetik pun kat hati aku nak dengar apa yang dia cakap.

Tiba-tiba,

"Amir, ada budak mencarut. Dia kata pukimak!" jerit lelana yang salah seorang fasi time tu. Amir pula ketua fasi yang tengah sibuk membebel.

"Siapa yang cakap tu," hangin satu badan si Amir tu.

Lelana pun tunjuk pada salah seorang freshy kat situ."Ni budak yang cakap pukimak kat engkau tadi Amir."

"Kau yang mencarut tadi?" dah tau tanya lagi si Amir ni.

"Saya tuan!" Dengan tegas dan beraninya budak tu bertanggungjawab atas kesalahan bodohnya.

"Kenapa kau mencarut?" tanya Amir.

"Saya budak MELAKA tuan! Orang melaka memang suka mencarut tuan!" jawapan yang aku rasa sengal gila.

Amir pun lepas tu panggil semua budak Melaka, tapi aku tak pergi. Pasal malu gila nak mengaku bila dia kata orang melaka kuat mencarut.

Come on, aku bukan nak bela orang Melaka, dan aku bukan nak kutuk orang Melaka. Pada aku, orang mencarut semua tempat ada. Cuma kaedah carutannya yang berbeza. Mestilah berbeza, dah loghat bahasa pun lain.

Tapi jangan la cakap yang orang melaka ni kuat mencarut. Sungguhpun memang orang melaka ni bahasa dia kasar, tak semestinya mencarut tu mainan lidah orang melaka.

Kalau ada sesiapa orang melaka yang kata orang melaka kuat mencarut, tukar ic. Jangan pakai 04.

Buat malu Negeri Hang Tuah je.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

5 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Takbir raya

Oh mat Ganja