Meniaga Larut Malam

Sampai masuk wad mental budak tu.

Bayangkanlah, kita beli gula dengan harga rm 1 pastu kita jual balik rm 100. Nak tak keuntungan macam tu?

Itu la meniaga larut malam kalau Lu orang nak tau. Gua bukan nak salahkan lu orang buat meniaga larut malam macam tu, tapi please la pilih orang dulu.

Korang peningkan intro aku macam tu.

Ada tak sesiapa yang rasa rimas bagai nak gila bila tetiba kawan lama call ajak jumpa bagai, then bila jumpa tetiba dia promote meniaga larut malam (MLM).

Satu situasi yang biasa buat lelaki terperangkap, bila ada awek cun dengan sengaja mengofferkan diri untuk ajak makan la, atau ajak pergi tengok wayang la,last-last nak propose meniaga larut malam dia. Lagi macam sial. Padan juga la kat lelaki tu cair sangat dengan awek-awek yang macam tu.

Oh dunia tolonglah.

Tak salah kalau nak buat meniaga larut malam, pakai taktik bersih la bro. Ni tak , datang jumpa sembang kencang pastu campak kredit kad lu yang gua rasa nak patahkan je. Pastu tanya soalan yang macam bangang," kau suka duit tak?"

Tak ke buat orang menyirap.

Eh, aku rasa korang yang buat macam ni kasi busuk hadis Nabi s.a.w yang mengatakan 9/10 punca rezeki datang dari perniagaan. Lu orang paham ke tidak riba' tu apa.

Lepas tu tanpa segan silu bila prpopose kat orang govermment then lu selitkan sekali borang loan.

Aku ada member, yang telah di butakan matanya dengan cerita indah kekayaan untung MLM ni. Dah la budak ni sengal dan lurus. Ofcoz la dia tersangkut. Di janjikan pula dengan guide group yang mampu membawa kekayaan pada dia. Konon boleh support cari orang la. Nak jadikan cerita, member aku ni memang tak pandai cakap. Pastu, camne nak present. So group MLM ni pun kononnya cakap boleh carikan orang, janji masuk and dump kan duit.

Korang tau berapa amount die? rm 46k beb!

Kalau rm460 aku tak kisah. Dengan sengalnya kerana jujur percaya pada dorang ni, dia pun buat loan. Untill now selepas hampir setahun, sesen pun tak dapat balik. Janji yang kononnya akan tolong carikan orang ni pun lesap je.

Eh, kalau aku jumpa memang korang cari nahas la. Tau tak apa dah jadi kat member aku ni, tak ada duit nak pergi kerja, pastu masuk wad mental pula tu.

Come la. Group macam ni kasi busuk orang mlm cari makan tau tak. Sebab korang la , masyarakat tak suka MLM. Aku ada ramai kawan-kawan yang cari makan guna MLM tapi dorang tak pakai taktik bodoh ni. Kalau dah janji nak tolong cari, carikan jela. Kalau tau korang punya prospect tu tak boleh buat kerja, jangan la tarik dorang. Kalau nak tarik, train la betul-betul.

Bukan dapat duit lesap je, bodoh!

K, meh aku bagi tau, kalau korang nak join meniaga larut malam ni boleh. Tapi jangan menipu, nanti rezeki tak berkat. Korang plan bebaik business plan tu. Pilih la company yang berpotensi product die.

Ini tak, product takde. Pastu klon product orang. Pastu product tak jual, tapi untung dapat. Tak busuk namanya tu.

Berniaga tu sunnah nabi s.a.w. Tapi jangan korang rosakkan sunnah nabi.s.a.w. Hidup tak lama. Bila-bila boleh mati tau tak! Bertaubat la group meniaga larut malam yang asyik jual liur dengan menipu.

Kalau yang buat dengan betul tu, teruskan. Aku doakan korang punya rezeki bertambah.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

4 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin