Bonus daripada penaja utama


Tajuk entri tak ada kene mengena dengan posting aku kali ini. Tajuk tu aku hanya copy dari inbox Xpert 11 jer.

Apa perasaan korang bila nak bayar tol tetiba korang perasan wallet hilang?

Ceh! Aku terkena minggu lepas. Jumaat lepas aku balik Melaka. Perjalanan petang jumaat memang memaksa pemandu kereta banyak bersabar dan berzikir. Jem gila highway nak ke Melaka. Bayangkan, aku bertolak dari pukul 6.30 petang dari putrajaya pastu aku sampai tol ayer keroh pukul 9 malam.

Selalunya aku hanya perlu ambil 30 ke 45 minit je dari tol kajang ke tol ayer keroh without speedtrap. Korang bayangkan je betapa sangap aku dalam kereta masa tu.

Sampai dekat RnR ayer keroh, aku berhenti solat jap. Jamak je terus dengan isyak.

Aku teruskan perjalanan. Sampai la tol ayer keroh, dengan keadaan kaget aku perasan yang wallet aku tak ada. Dengan sepantas kilat aku drift ke tepi jalan. Drift yang aku buat masa tu hampir kepada aksi donut yang aku belajar dari tengku jan .Cari-cari punya cari tak jumpa. Aku menjadi semkin hampa sehampa-hampanya.

Terfikir juga masa tu nak follow kereta yang nak bayar tol tu dekat-dekat pastu bila kereta depan dah bayar tol semestinya palang terbuka. Dan aku akan pecut time tu.

Last-last, alternatif yang ada, call acik suruh dia datang bagi duit untuk bayar tol.

Lepas acik datang, aku turn balik kat RnR Ayer keroh. Puas aku cari. Tetapi masih berkeputusan hampa. Aku menjerit sambil melaungkan, " mengapa ini semua terjadi pada ku?" Tapi cuma dalam hati.

So tak ada cara lain. Aku tanya orang kat situ pun tak tau. Kebetulan ada pekerja bangla kat situ. Aku cuba tanya Bangla tu," Assalamualaiku, tumpang tanya . Ada tak u nampak wallet warna putih jatuh kat area sini?"

Bangla tu jawab," Wa'alaikumusalam.Owh, ada-ada. Mari-mari."

Lega aku aku masa tu. Masa tu aku terasa sinar kembali pada hidupku.Tetiba bangla tu tanya lagi," Mana u punya kereta?"

"Kenapa dengan kereta?" Aku tanya balik dalam keadaan yang musykil.

"Kata mau tukar itu tayar," jawaban yang buat aku rasa nak ghembat je bangla ni. Rupanya dia tak faham apa aku cakap.

Aku pulang rumah dengan penuh kehampaan. Di dalam kesedihan, aku terkenang kehilangan rm 50,000 di dalam wallet ku dan juga beberapa kad yang boleh mengeluarkan kertas bertandatangan Gabenor Bank Negara. Gambar nono pun hilang. Dan yang paling sedih, lesen aku yang mengandungi gambar aku yang cute.

"Besok kena pergi balai polis jawabnya," pesan acik. Kerana kebengangan aku, aku telah membuat keputusan untuk pow acik double prosperity burger.

Esoknya.

Bangun tidur. Aku dapat mesej dari nono, " awak, akak jumpa wallet awak dalam kereta."

-wallet kat atas tu amacam, cool tak?-
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

6 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Filem susuk

Band Rimba Bara

Silat Pengantin