Entry301


Entry 301..

Banyak giler aku dah posting. Banyak cerita aku dah share. Memang sah dan jelaslah aku sudah menjadi blog addicter. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku post entry kat blog ni.

Blog ni dah macam jadi diary aku pula.

Aku terdengar Fadzilah Kamsah cakap, orang yang cemerlang mesti ada diary. So blog ni boleh di anggap published diary. Blog ni bahaya juga. 1st sebab orang baca. Pengaruh dari bahan bacaan ni kuat. Sebab tu tulis jangan pakai nafsu. Kena pakai otak.

Satu lagi, blog ni adalah cermin diri kita. Melalui penulisan pembaca boleh tahu pasal kita. Pula tu ada yang letak gambar dan video. Lagi la orang tahu.

Cikgu bahasa melayu aku yang bernama azeran bin osman pernah cakap," nak bagi orang, mestilah bagi yang baik-baik. Baru ikhlas."

Orang kata, blogger ni bodoh and every writting ni bodoh. Serius aku dengar sendiri dengan telinga aku. Alasannya sebab mereka menulis dengan penuh sentimen dan tergopoh gapah. Tanpa usul periksa.

Aku tak salahkan orang tu, sebab good listener is good speaker. Good reader is a good writter. Terpulanglah pada mereka nak kutuk dan mencerca blogger.

Blog dah jadi stu fenomena. So kepada mereka yang masih mengutuk blog, bukan aku salahkan mereka. Itu hak mereka. Kerana blogger juga ada yang mengutuk. Tapi, sekurang-kurangnya blog mendidik supaya kita rajin menulis dan membaca.

Kerana sifat ni semakin kurang. Ya, orang suka membaca. Tapi tak ramai yang suka menulis.

Okey, banyak mengarut pula. Aku ada satu pesanan, memandang aku adalah addict blogger, kalau korang perasan aku tak update dalam sebulan, better korang sedekahkan aku al-fatiha dan doa banyak-banyak kat aku. Sebab aku pun tak tahu mana aku masa tu.

Sebab adalah mustahil untuk aku tak update blog ni walaupun dalam masa 5 hari sekali. Pada teman yang kenal, korang try la call aku mase tu. May be something happen kat aku.

Dah la, meggy gua sudah kembang..so gua stop dulu..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

18 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin