Hujung Minggu

Sabtu lepas.

Aku, abah dan ibu nak pergi rumah makdik. Mak dik ni Adik kepada ibu. Dia sekarang ni tengah suffer dengan cancer.

So kami bertiga membuat lawatan ke atas Makdik. (ayat nak poyo)

Pak itam follow kereta aku. Aku tanya pak itam, " Pak Itam tau ke jalan nak pergi rumah Mak dik?"

"Ala, ikut je signbord nak pergi Klang," jawapan yang begitu meyakinkan.

Ceh, terpaksa juga aku menggunakan khidmat GPS aku. Sempat juga abah tanya," GPS ni tak tipu ke?"

"Setakat ni ketepatan terjamin," balasku pada abah yang masih meragui GPS aku. Abah ragu dengan GPS sebab dulu pernah follow acik punya GPS, tapi sesat juga.

Dengan bantuan GPS , kami sampai dengan jayanya ke destanasi.

Cerita di seblah malam, ada kenduri baca Yaasin. Majlis bacaan Yassin tu abah yang lead.Aku selalu rasa proud bila abah yang jadi lead. Orang selalu menolak, tapi abah selalunya tak ada masalah . Anytime boleh. Mungkin sebab tu abah sentiasa di hormati kat taman perumahan aku.

Pernah dulu, ada orang datang rumah aku. Minta abah azankan untuk orang pergi haji. Di sebabkan abah kat Johor, orang tu minta aku ganti. Peh! nasib la dulu abah selalu suruh aku azan qamat sebelum sembahyang jemaah kat rumah.

Ok, cerita Klang. Busu Usop (abang ibu) sakit. Dia terkena buatan orang. Mak dik pula suffer dengan cancer. Serius sadist tengok dorang. Walaupun dorang masih boleh tersenyum, tapi aku tahu dorang memang tengah tahan sakit.

Sebab aku nampak mak dik menangis dan pucat. Busu Usop pula muka tak ceria. Asyik termenung je.

Aku doakan mereka tabah hadapi dugaan tuhan. Betul la, kita ingat kita susah. Kita ingat kita sakit. Tapi sebenarnya ada yang lebih derita tanggung semua tu.

Hari ahad, aku ibu dan abah pergi perjumpaan keluarga Endin Dan Hawa. Aduh, giler bosan. Nasib angah datang. Bila angah datang jer, abah ajak pergi minum air jambu sambil makan durian.

Hahaha..dorang sibuk meeting, aku, abah dan angah sibuk melantak durian.

Durian sekarang murah ye, rm 16 sebiji. Tak best pula tu...
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

5 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin