Maggi aku dah kembang

abah selalu pose macam ni bile amek gambar

TB=Tegak berdiri=Tegas Berani-Takut Bini

Walawei..malas gile nak masuk office (walaupun time taip ni aku dekat office). Sungguhpun malas tapi aku bagun dan tegak berdiri.

Rasa macam baru bangun dari tidur.

Mimpi pergi melayang kat kg tok jiring. Adui..kenapa aku kena bangun ni? rasa macam nak tidur je lagi . Tapi macam mana pun aku kena bangun menghadapi dunia realiti.

Seronok pergi terengganu. Jumpa family nono. Banyak giler aku makan kat sana. Kalau korang tengok gambar aku kat atas tu macam aku dah membesar, paham-paham la. Sebab hasil latihan gym selama 3 minggu le...

Tanpa aku sedar, aku sambut sekali Valentine day kat Terengganu. Aku tak sambut pun hari tu. Dan memang aku sungguh trak terniat nak sambut valentine day.Cuma secara kebetulan aku kuar dan jalan-jalan sambil di pandu oleh jurupandu yang comel pada hari itu.

Nono tanya aku," nak pergi mana?"

Aku jawab," Taman Tamadun Islam". Peh Islamic answer aku.

Destinasi pertama, Taman tamadu Islam. Best tempat tu. Sebab dapat tengok duplicate bagunan islam yang bersejarah. Tempat ni memang memenuhi cita rasa aku sebagai seorang yang pecinta sejarah. Paling aku suka tengok adalah Kubah As-Sakhra. Taman Tamadun Islam Terengganu copy hampir 100% dengan yang original yang dekat palestine.

Kalau korang tak tau apa kebenda kubah As-Sakhra, pergi tanya makcik yang jual nasi lemak yang terdekat dengan korang.

Aku usha yang copy pun dah rasa takjub, kalau dapat pergi yang betul-betul punya lagi aku rasa takjub. Kat Taman Tamadun Islam, aku dan nono memaksimumkan agenda bergambar. Rugi kalau tak bergambar kat sana. Sebab bukan selalu nak pergi.

Sebelum belah dari taman tamadun tu, aku singgah masjid kristal. Setakat solat zohor je kat sana. Aku tak nak komen apa-apa pasal Masjid Kristal Cuma aku nak cakap," masjid tu lawa."

Lepas taman tamadun Islam nono tanya lagi," nak pergi mana?"

Jawapan ringkas," Pasar Payang."

Pasar payang memang favourite manusia yang datang melancong kat terengganu. Aku tak tahu kenapa. Harga sama juga . Mahal juga. Tapi setiap orang yang pergi, mesti bawa balik plastik beg yang sarat berbondong-bondong. Aku pun membeli juga kat sana. Sempat capai baju terengganu dan baju kelawar untuk lelaki dan kain pelekat yang dah di jahit jadi seluar.

Antara tujuan ke sana, beli baju batik. Aku beli baju batik dekat pekan Batu 6. Serius harga lain dari yang lain.Nak tau apa yang lain korang pergi sendiri. Sebab mak nono tak bagi aku announce harga dia.

Aku beli dua helai. Dua-dua cun dekat mata aku.

Sebelah petang aku ke pantai. Family nono bawa. Best lepak pantai. Ombak besar. Tak macam kat pantai klebang. Rasa macam nak surfing je. Tapi apa kan daya, tak ada orang buat kat situ.

Lepak tepi pantai ni betul-betul boleh hilangkan stress kat kepala. Bunyi ombak sesah pantai memang satu terapi yang sangat baik. Sakit kat kepala aku boleh hilang kejap.Sesuatu yang menarik kat sepanjang pantai tu, pesta layang-layang. Belambak giler orang main layang-layang kat sana. Macam-macam jenis ada.

Ok, cerita di terengganu aku hold sampai sini. Sebab maggi aku dah kembang..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

5 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin