Best 99(hoping story)-2


Taiko..salah seorang member aku..mamat agak giler sikit..

Masa orientasi plajar tingkatan 4. Masa tu lu orang tau la kan, bebudak tengah terejal. Korang tahu tak terejal tu pa?

Cari sendiri.

Biasala, masa orientasi bebudak form 4 di kuarentinkan dari pelajar lain. Cikgu tak bagi kelas lagi. Sebab takut nanti dah bagi kelas, bebudak ni tetiba pula nak tukar masuk sekolah teknik la, MRSM la, henry gurney la..tak ke nyusahkan cikgu nanti.

Part ni time Puan Maya nak present pasal syoknye english language kat bebudak ni. Malangnye bebudak dalam dewan semua dah lagak macam zoo negara.

Buat tak layan je dengan Puan Maya.

Puan Maya cakap," start from today , you have to learn how to speak fluently."

Masa puan Maya cakap, taiko tengah mengorat awek. Biasa la mamat tu menunjukkan handalnya pada aweks yang menggedik.

"Ha you come here!" tetiba Puan Maya panggil taiko. May be time tu dia antara yang paling obvios bising.

"Alamak cikgu ni panggil pula," taiko memang tak ada masalah kalau cikgu tak puas hati. Any time dia sanggup berdepan dengan mana-mana cikgu.

"Ye cikgu, nak apa," dengan tegak berdiri sambil bertentang mata dengan Puan Maya.

Lalu Puan Maya pun berkata," Now you speak in english."

Tanpa berlengah masa, taiko pun pergi kerusi sebelah puan maya dan memijak sebelah kakinya ke atas kerusi sambil menjerit," If you smellllll....what the rock is cookin'!"

Lalu bersorak bebudak dalam dewan umpama penonton WWF kerana mereka seolah-olah tgelah di datangi oleh wrestler terkenal, The Rock.

Selamat ulang tahun 9naga ke 25
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

12 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin