Prudental xcidental


Keletihan membara bila batuk tak berhenti. Hari ni hampir seminggu batuk gua (masih dalam orientasi menggunakan kata nama ini) tak hilang. Hampir nak tercabut urat perut ni akibat asyik terbatuk-batuk.

Dalam seminggu ni gua asyik terserempak dengan xcident .Semalam, tengah gua bawa kereta sambil menyanyi lagu halimah jongang, tetiba ada tow trac lalu sebelah gua sambil mengangkut kereta yang dah hancur separuh.

Dua second lepas tu, ambulans lalu dengan laju. Peh, sekarang ni memamg musim xcident.

Dulu gua pernah xcident. Xcident motor. Siap boleh tercampak macam Supermen. Masa tu gua kerja kat Jiki food court kat bukit baru. Kerja kat jiki hidup tak serupa orang. Malam berjaga, siang tido. Dah macam GRO.

Member, family pun susah nak jumpa.

Sebelum pergi kerja gua solat dulu, ingat tuhan . Tu pun selepas di kerah oleh abah gua. Gua pun memulakan perjalanan gua untuk ke tempat kerja dengan motor RG Sport abah gua. Gua kalau bawa motor, kepala mem ng tak reti duduk diam. Mesti nak mata ni melilau je kerjanya.

Nasib gua baik sikit, tengah bawa motor nampak awek mmu 2 orang tengah tergedik-gedik di kaki jalan. Gua rempt sikit bagi dorang perasan.PoooNNN..Pooonnn!

Tetiba nasib gua bertukar menjadi amat tidak baik, gua tak perasan kereta wira kat depan gua. Berdentum gua langgar belakang kereta tu. Gua tercampak dan muka telah terseret di atas jalan tar sepanjang 50 meter. Memang comfirm tercalar gila muka gua masa tu. Dah jadi macam 2 face dalam cerita batman. Hilang cute gua.

Masa terbaring, gua rasa nyesal gila pandang awek tu. Gua nampak awek tu lari kat gua seperti nak usha kat gua yang sedang kesakitan . Mungkin awek tu perihatin terhadap gua yang sedang xcident akibat memandaing dorang.

Tapi yang pelik, gua seakan-akan dengar suara awek seolah-olah lelaki. Gua pun gagahkan diri toleh pada awek tu. Ada halkum macam gua.

Cis, rupanya maknyah! Lagi gua rasa menyesal giler..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

18 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin