Asyik sukan

Petang tadi gua pergi gym. Biasa la, hari pertama untuk setiap minggu gua akan lakukan exercise dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ianya biasanya mengambil masa sehingga dua jam lebih sikit.

Tadi gua cuba jog. Gua buat 2km dalam 10 minit. Tak sangka gua dah boleh capai. Masa jog gua tak rasa penat sangat. Tapi bila gua workout, gua macam mencungap sikit. Memang gua rasa penat.

Baru gua perasan, hampir 2 minggu gua tak rest langsung. Patut gua penat. Hujung minggu mesti gua ada aktiviti sukan. Paling tidak gua akan ke gym. Letih pula rasanya. Tapi gua rasa gua dah mula fit. Lutut pun dah ok. Cuma pergelangan tangan je yang selalu salah urat.

Kadang-kadang gua fikir balik, kenapa sampai macam ni punya teruk guabersukan.

Tahun 2007, selama setahun guatak bersukan. Gua pun tak buat. Bola, gym apa saja sukan. Masa tu lutut aku masih injured.

Mungkin sekarang gua macam nak lepas gian kot.

Tahun gua rasa macam nak join macam-macam sukan. Sampai gua fikir selagi tak patah kaki gua, gua tak akan stop.

Sebab tu dalam 3 bulan lu orang perasan gua banyak post aktiviti sukan gua.

Tu la, dulu taknak jadi atlet. Ni dah tua baru beriya-iya nak sukan. Mad Zul...Mad Zul....
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

10 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin