Melaka Maju 2010


Melaka Maju 2010. Tagline dia Negeri Bandar Teknologi hijau.

Wah, seyes best je. Tahniah pada Negeri Melaka. Gua sebagai anak kelahiran Melaka piau nisangat la rasa bangga dengan kemajuan melaka sekarang. Kalau dulu Melaka di anggap bandar yang mundur, tapi sekarang gua rasa Melaka more better than others state.

Tak percaya, satu contoh ye gua bagi. Bas Station Melaka sekarang ni. Melaka sentral. Gua rasa dalam Malaysia ni, mana ada bas station kat negeri lain yang secanggih Melaka Sentral. Haha tu baru satu. Yang lain kalau lu orang nak tahu, mari la menziarah Melaka.

Kenapa gua kat Putrajaya?

Sebab rezeki gua kerja kat sini. Tapi gua memang suka merantau. Sebab tu gua tak kisah kena kerja mana-mana.

Cerita pasal Melaka lagi. Sebelum ni tagline melaka adalah Melaka Bandaraya bersejarah. Tahu tak tagline sebelum bandaraya bersejarah tu?

Ha, kalau selangor darul ehsan, perak darul ridzuan dan negeri lain ada darulnya sendiri .

Melaka satu ketika dahulu adalah Melaka Darul Islam.

Lu orang tak percaya? cuba kaji sejarah Melaka. Asal melayu ada yang kata bukan melaka. Ada yang kata kerajaan Kedah Tua dulu. Tu kita kena belajar lagi sejarah.

Apa yang gua nak cakap satu je, Negeri Melaka dahulu majyu yang amat. Sehinggakan bahasa melayu dahulu di gelar Lingua Franca, sehinggakan selat Melaka menjadi pusat dagangan dunia. Melaka juga ketika itu menjadi pusat Ilmu.

Kaya, hebat, dahsyat dan apa lagi jolokan kehebatan semua ada di Melaka.

Kerana apa?

Kerana kerajaan negeri Melaka ketika itu menerima Al-quran seadanya. Mereka kaji Al-quran dari kulit ke kulit. Penggunaan al-quran di pakai sehabis-habis. Baik ekonomi, pentadbiran, cabang ilmu semuanya dari hasil pengkajian al-quran. Sebab itu Melaka maju. Sebab al-quran.

Kerana itu Sultan Melaka meletak Melaka Darul Islam.

Allah memberi al-quran sebgai petunjuk. Benar, sangat benar.

:- mesti lu orang tanya apa kene mengena gambar kat atas tu dengan entry gua.:-
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

18 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Flasher bodoh!

Silat Pengantin