Semoga...


Gua tulis jiwang sikit ek..sikit je..

Cinta ada 3...

Yang pertama, cinta syaitan. Bertemu, kemudian berzina. Kemudian mengandung dan melahirkan anak sebelum nikah. Lepas itu baru nikah. Tapi lagi teruk kalau tak bernikah.

Yang kedua, cinta jin. Usha bagai nak rak seorang gadis tu. Tekel punya tekel, tak dapat-dapat. Lepas tu bomohkan awek tu sehingga dia terima untuk kawen.

Yang ketiga, cinta Allah. Bila mata bertentang mata, jatuh menusuk ke kalbu hati. Kemudian meminang gadis itu, lantas di terima dengan hati yang terbuka. Kemudian di ijab kabulkan dengan penuh tertib mengikut lunas agama. Dan ia kekal bahagia sehingga akhir hayat.

Itulah syurga cinta.

Satu masa dulu gua selalu menerima kad kahwin dari kengkawan. Bila terima je, gua buka, gua selit kat tepi pc meje keje gua. Setiap kali gua buka, nama orang lain. Tak pernah pula gua buka nama yang sama, contohnya nama laki sama, perempuan lain-lain. Maksud gua laki tu kawen dua la.

Tapi hari ni, gua memegang kad kahwin yang tertera nama gua sendiri. Gua terasa something. Something yang tak boleh diluahkan melalui kata-kata. Kalau boleh gua nak titiskan airmata. Air mata kegembiraan. Kerana apa gua perlu titiskan air mata? bukankah air mata seorang lelaki itu mahal.Gua ada sebab tersendiri.


Sebab, setiap hari gua doa begini, " ya Allah, jadikanlah nur hazwani bt hashim isteriku yang soleha." Dan doa ini tidak akan putus selagi gua masih bernafas.

Insya Allah gua akan edarkan kepada semua. Gua baru dapat semalam.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

33 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Dendang anak

Ada apa sama KEBAL