Menulis Bukan Kerna Nama

Selasa, 8 Mac 2011

Lantai Merah - 7


Warung Pak Jabit. Pukul 3 petang.

Biasanya, pukul 3 petang mesti di kaitkan dengan bad luck. Sambil kene nes cafe 3 layers..gua teguk perlahan-lahan.

Lepak warung tak buka laptop. Bukan macam tren budak-budak sekarang, asal lepak je kuarkan notebook atau pun laptop. Kononnya buat reseacrh and developement. Ya, research in Facebook developement. Kalau mamat misti nak search awek. Kalau minah, misti nak search balaq's.

"Nak bagi ke tak nak ni," gua terdengar keriuahan dari sisipan kiri telinga gua.

"Pak cik tak de duit nak. Meniaga tak untung lagi. Mana la pak cik ade duit nak bayar duit perlindungan tu," rayuan si tu yang bernama Jabit kepada 3 orang mamat yang nampak macam style ganster yakuza.

Pang! di tampar kepala pa' Jabit oleh salah seorang gangster tadi sehingga jatuh terseret. Terseret beb...!kalau jatuh terduduk tak ape. Ini terseret. Takkaan punggung gua tak panas tengok benda Allah ni lalu camtu je depan gua.

"Bro, tak boleh ke amalkan budaya 'yang tua di hormati yang muda di kasihi ' yang di sarankan oleh kerajaan kita ha?" bingkas gua bangun dengan lagak sang pembela pa' Jabit.

"Lu ape hal, mau jadi hero ka? Manyak langsi ha...!" aik sleng cina pula gangster melayu kampung dusun (bukan tempat sebenar) ni.

Mamat yang macam muka spark dalam filem KL menjerit - 1 tu datang ke arah gua, lalu mencekak koler baju gua. Ala macam  samseng cekak baju orang la.

"Bro, baju gua ni bukan lu bagi bro. Bukan juga mak ngan bapa gua bagi ataupun bukan pa' Jabit yang bagi. Jangan la main sesuka hati  cekak je," sahut gua lepas tindakan gangster tu.

"Ooo, lu loyar buruk sama gua ye. Nah amik ni!," mamat tu melancarkan tumbukan tangan kirinya yang gua rasa itu lah tumbukan terkuat yang dia .

Dengan spontan, tangan kanan gua menangkap tumbukan tangan kirinya. Kire macam silang la. Dia kiri, gua kanan. Dush..dush...dush! gua lutut kelengkang mamat tu macam dalam citer filem ong bak, lalu jatuh tertonggeng dan tersujud gangster tu depan gua.

"Ini baju gua, yang beli, lu tak ada hak nak sentuh walau secebis sekali pun!" amaran keras dari gua dan bukan dari kerajaaan.

Lalu 2 ekor gengster yang jadi pendamping mamat tadi mengepung gua. Ingat gua takut . Gua apa lagi, buka la kekuda sambil mempamerkan seni silat harimau berantai. "Heyaaaa!, takkan ku harungi lautan berapi kalau tidak ilmu di dada," laungan gua pada dua ekor mamat tadi yang tengah standby nak pukul gua, tapi tak standby dengan kekuda.

Masa tu orang ramai mula beri tumpuan pada situasi gua, pa' Jabit? entah. Dah sembunyi tepi meja lipat agaknya.

Gua kelek ke kiri dan ke kanan. Pepatah guru gua, ' menyerang sebelum diserang'. Belum sempat mamat2 tu menumbuk, gua pun melancarkan serang yang di panggil, ' rimau berantai menerkam helang'. Eyaaaah!

Bedeeeeebush!!!!!!! gua di simbah air sejuk. Gua rase serangan gua tadi belum kena kat mamat2 tadi . Kenapa penonton simbah air pula ni? Terbantut pula serangan gua

Tiba- tiba gua seolah  terdengar seorang wanita yang gua kenal sangat suaranya, Laungan suara itu berkali-kali dan bergema." Adiiiikkkkkk...bangun...sekolah...pukul berapa dah ni.... ko tak bangun-bangun....!'

Suara ibu gua la...Mana pa' jabit dan 3 ekor gangster tadi.?

Oh..ah..gua mimpi rupanya..
Share:

5 comments:

ardinihumaira berkata...

lorrrh mimpi hehe

bojie_boboy86 berkata...

la....ingat betul2 tadi....hahaha

Isteri Yang Comel berkata...

adeh tipah tertipu....

HonEyBuNNy berkata...

ala...mimpi la pulak....heheh

hamzah ian berkata...

cissss