Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Flasher bodoh!

Hari ini aku keluar bersama rakan aku, Lina(gadis istimewa), Abe dan Fana. Sambil berborak Fana menunuk jalan shortcut dari rumahnya ke bandar.

"Ha.. jalan ni lah aku kene flash."kata Fana kepada aku.

"Flash? ragut?"tanyaku pada Fana.

Mereka menggelakkan aku. Lalu Lina menegur aku, "Flasher tu yang tunjuk ***** la".

Baru aku teringat. Dulu Lina pernah menceritakan padaku. Kakak aku yang sulong pun pernah cerita pada ku. Cepat benar aku terlupa.

Bodoh sungguh aku rasa tabiat tu. Tak sangka zaman sekarang pun masih ada orang yang buat perkara yang bangang macam itu. Nak buat jahat ke , perlulah bermaruah. Baru orang jahat yang lain nak respect.

Sebenarnya apa yang mereka dapat dari perbuatan itu. Aku rasa tiada apa keseronokan ataupun keuntungan dari perbuatan itu. Jadi tidak salahlah aku menghina golongan yang seperti itu.

1 buah fikiran!!!:

Sedih tapi bangga


Walaupun sedih aku tidak kecewa dengan keputusan Final Pesta Bola Merdeka. Sungguhpun kalah tapi bermaruah. Kalah dengan sepakan penalti bukan sesuatu yang teruk. Aku masih ingat lagi kekalahan Italy dengan France 10 tahun dahulu. Siapa yang akan menjangka akan tewan dalam penalti.

Hafiz Zamani Nisbah tidak harus dikecam. Biasalah David Beckham pun pernah gagal sempurnakan penalti. Penalti adalah pelawanan emosi antara penjaga gol dan pemain. Aku juga berpengalaman dalam menggagalkan sepakan penalti.

Bagi seorang penjaga gol sepakan penalti adalah ujian kelas satu baginya. Bacaan arah mana bola akan di sepak bukan melalui pandangan mata, tetapi hati.

Apapun tahniah buat Malaysia sungguhpun kalah tetapi semangat dan permainan kita tetap menang.

0 buah fikiran!!!:

Harimau Malaya Mengaum kembali



Hari ini aku rasa teruja dan kagum memabaca berita yang terpampang di dada akhbar. Malaysia membenam Myammar 4-o. Tambah lagi skuad Harimau Malaya ini mara ke final tanpa sebarang bolos. Satu rekod yang sangat membanggakan.

Malam sabtu ini perlawanan final antara Malaysia dan Vietnam. Menurut rekod di pringkat kumpulan Skuad Harimau Malaya ini telah menewaskan Sieera Leonne 4-0.(Tumpas dengan Vietnam semi final secara penalti)

Di sini aku selitkan juga kenangan ketika pertama kali Pesta Bola Merdeka di anjurkan dan pada ketika itu Malaysia muncul menjadi juara.

Sama-samalah kita nantikan malam minggu ini..

0 buah fikiran!!!:

Sesuatu yang menarik tentang USANA









Menarik sekali setelah kita lihat video ini.

1 buah fikiran!!!:

Malam minggu

Malam minggu merupakan malam untuk bersiar-siar bagi anak-anak muda. Namun ada juga yang berkeluarga memabwa anak-anak mereka bersama.

Semalam aku pergi ke Uptown Melaka Night Market. Seronok juga aku melihat suasana di sana. Aku amat tertarik dengan persembahan tarian dari briged seni melaka. Mereka mempersembahkan pelbagai tarian.



Tamabha lagi dengan penari-penarinya yang cun-cun belaka. Aku juga teringin nak ada kebolehan menari tarian melayu. Tapi sudah terlambat. Selepas aku di Uptown, aku pun ke Jiki untuk minum.

Sudah lama aku tak ke Jiki. Teringat aku ketika semasa sekolah. Di sinilah tempat aku berjinak-jinak bekerja. Banyak betul kenangan manis di situ.

Kenangan manis......?

1 buah fikiran!!!:

Nyanyian dari Penjara



Hayati lagu ini. Lirik dan melodi. Ramai yang komen cerita lagu ini di dalam youtube adalah dongengan. Tetapi apa pun cerita dan peristiwa semua telah tertulis oleh Yang Maha Berkuasa. Allah yang mencipta manusia. Setiap peristiwa di beri pada manusia adalah untuk pedoman.

Setelah aku mengkaji latarbelakang lagu ini ada yang mengatakan banduan ini bernama Hazwan.
Samada benar atau tidak itu tidak penting. Ikhtibar dari lagu ini adalah lebih penting dari kebenaran lagu ini.

Jika cerita lagu ini benar...Al-fatihah untuk Hazwan

0 buah fikiran!!!:

Satu Bulan 2x Demam

Bulan ini sudah 2 kali aku demam. Perkara yang paling aku tidak suka adalah demam. Bapa aku juga demam. tapi berat sikitlah. Chikunggnya @ demam saraf. Sekarang ni aku tgk makin ok. Tapi aku pula yang terkena demam. Mungkin dua tiga hari ini aku selalu masuk hospital masa melawat bapa aku. Virus-virus kat hospital tu pun berjangkit.

Lagi dua minggu aku duduk di Melaka. Rasa macam nak rehat serehatnya saja. Aku percaya bila di Putrajaya nanti aku mesti tak cukup rehat.

Masuk minggu ni sudah hampir 2 minggu aku diet. Target aku 31 /12. Aku nak turunkan berat sedaya yang aku boleh.

1 buah fikiran!!!:

Aku teruja...

Semalam aku teruja menonton filem kami. Percaya atau tidak aku hampir menitiskan air mata di kala watak Abu dimatikan. Aku tidak mahu menceritakan jalan ceritanya di sini. Cuma yang boleh aku katakan sesiapa yang mempunyai sahabat sama-sama berkongsi susah senang di dalam hidup tontonilah filem ini.(yang takde, boleh blah.)

Filem ini membuat aku terkenang zaman aku ketika SPM. Dan aku hampir menitiskan airmata apabila menonton filem kami adalah kerana aku juga mempunyai sahabat seperti Abu dahulu dan dia juga telah arwah...

Biarlah aku simpan kisah sahabat aku itu..

Kerana itulah apabila aku berhadapan dengan detik perpisahan aku akan sangat-sangat terasa.

Pagi tadi aku terima surat lapor diri untuk kerja ku. Aku di minta untuk melaporkan diri di Jabatan Akauntan Negara di Putrajaya 3 November ini.

Dari Melaka ke Putrajaya!!!!!

2 buah fikiran!!!:

E-mail yang baru aku baca



Komen Ustaz?


Nauzubillah.

Tolong sebarkan kawan2 ku.....

Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara
yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut di Pulau Langkawi
dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti Wilayah
Persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa "segala tugu-tugu itu
Serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan
melawatnya juga adalah haram.."

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan
undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!
Tetapi sayang... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka
disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang
Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan
telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa
sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil... Menurut kupasan Ust.
Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... "
bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi, "walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha'
atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa
tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini
ialah nama negeri Perlis iaitu Perlis Indera Kayangan... " Menurut
kamus dewan Indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud
tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah Perlis tempat
tuhan hindu bersemayam.."

Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...
Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...
Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan
Bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia
bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan
termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA
ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawabku.

Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli
AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah
palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah :
1) AL-IMAN
2) AL-WASAYA
3) AL-TAJASU
4) DANAL-MUSLIMOON

Jangan sesekali layari laman web www.thequran.com (Father Zakaria)
kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat
Islam seramai yang mungkin!!!

Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM....



0 buah fikiran!!!:

Akhirnya datang juga



Hampir 3 minggu aku menunggu kehadiran moderm baru. Setelah aku medesak habis-habisan tmnet supaya datang baiki moderm.

So lepas ni bolehlah aku blogging kembali...

1 buah fikiran!!!:

Aidilfitri

Tahun ini aku sekeluarga merayakan 1 syawal di kampungku batu pahat. Suasana yang agak meriah. Anak saudaraku lebih seronok beraya di Batu Pahat.

Setiap detik di satu Syawal akuaku rakam di kamera handphoneku. Untuk dijadikan kenangan di kemudian hari.

Ini gambar family aku di satu Syawal. Kurang family angah. Kalau ada, mesti lagi ramai.

1 buah fikiran!!!: