Apa guna bangsa jika agama tergadai?
Ha, siapa nak jawab? Sayangkan bangsa? Pernah tertulis sesebuah bangsa itu di hapuskan oleh Allah kerana kebiadaban mereka. Jadi bagaimana? Agama penting atau bangsa penting.
Gua melayu. Melayu. Melayu. Melayu. Gua petik ucapan Persiden Umno semalam, tahun 2011 adalah tahun penting kerana genapnya 500 tahun selepas 1511. Apa jadi pada 1511? Tahun kemusnahan empayar kesultanan Melayu Melaka?
Gua tak mahu cerita pasal potlitik. Gua bukan nak menongkah arus perdana mengubah wacana. Tetapi gua nak kepastian, di manakah Melayu tanpa Agama?
Ya, di mana Melayu tanpa Agama.
Agama Islam, gua beragama Islam. Bangsa Melayu, gua berbangsa melayu. Rakyat Malaysia, gua berkerakyatan Malaysia. Itu semua cukup di Ideniti kad gua. Apa mahu pertikai lagi kan?
Ah, itu kata orang yang sombong bak pendokong bahan malaikat maut.
Bangsa, bagaimana sesebuah bangsa itu maju dan lenyap. Babylon, pernah dengar? Ah jauh sangat kalau nak cerita Babylon. Yang dekat. Paling dekat. Melaka Darul Islam. Bagaimana boleh musnah dalam musnah dek bedilan meriam tentera Serani? Lemah ke Melaka ketika itu?
Baca sejarah, jangan baca 1 buku. Kena baca 100 buku. Kalau kita baca 1 buku, kita hanya tahu satu cerita saja. Buku sejarah adalah tulisan hamba Allah. Jadi pasti ada cacat celanya.
Gua mahu mengajak rakan blogger, dalam satu kertas di bahagi 4
Ya lebih kurang begini. Kemudian lu orang keluarkan sendiri wang syiling. 10sen, 20 sen 30 sen, dan wang 1 ringgit.
Nilaikan gambar di atas mengikut naluri hati lu orang dengan menggunakan duit tadi. Contohnya jika yang paling bernilai itu adalah keluarga, letakkan rm 1 pada gambar itu.
Lepas lu orang letak syiling-syiling, percayala, itu la diri lu sendiri.
Sekali-sekali isu serius, nampak macam gua seperti guru disiplin kan?