Selasa, 29 September 2009

back 2 IPN

September 29, 2009

Fuyooo..tempat jatuh lagi dikenang...aku datang balik k ke IPN..setalah aku rasa hampir 6 ke 7 bulan aku blah dari induksi dulu baru sekarang aku datng balik..


Tapi kali ni datang untuk bekerja. Bekerja sambil melawat..dn terkenang pristiwa di induksi dulu. Aku asyik terpandang kat dewan sri buana tu . Macam-macam aku pernah buat katsana dulu. Mungkin bagi semu peserta kusus induksi macam aku dulu mseti terkenang bende-bende ni kalau dtang sini.



Kerja yang banyak menanti aku kat sini. Yang tak bestny aku kene setelkan dalam masa 3 hari tanpa dapat membut apa-apa claim.

Tadi jumpa balik Syukur dan Khomeini. Haha..dorang masih tak berubah. Pasti dorang kenal aku sapa.

Lepas kawen nanti nak minta pindah transfer sinilah..mesti nanti anak ramai..?

Ahad, 27 September 2009

2-0 cukup untuk Red Devil

September 27, 2009

Giler gempak..Mamat berbetov ni score sebiji. Memang rezeki die lah nak kene puji sedunia hari ni.. Mesti Sir Alez belanja di makan chow kuew teow tengah hari nanti. Aku terkejar-kejar ngan membar aku ni nak tengok man utd main.

Tapi hanya di mamak Astro Stadium la kan...

Mane taknya, baru aku teringat kakak aku dah buang chanel sukan akibat astro dengan miskinnya menaikkan harga untuk chanel sukan. Sapa yang untung sekarang? Mamak juga untung.

Paul Scholes malam ni pungut kad lagi nampaknya. Die ingat yellow kad tu macam kad kahwin sedara die ke..Apa pun fan chelsea mesti bengang gile. Giler punya mangkuk chelsea kalah dengan wigan..

Fan Man Utd...mari gelakkan Chelsea...hahahaha...

Sabtu, 26 September 2009

Bowling Raya 2009

September 26, 2009
Bola ni aku nak buat curve. Tapi die macam...

Masa jalan raya hari tu, bebudak ni sempat juga ajak pi main bowling. Orang sibuk berjalan raya dorang ajak pi main bowling. Dah la lame gile aku tak main bowling ni. Tapi sekali sekala ok juga kan.


Seingat aku last sekali main bowling dengan family along kat perak hari tu. Bowling sukan seronok-seronok aku je. Aku tertarik dengan cara balingan nik. Bola die curve. Aku pun minta lah dia ajar aku cara balingan macam tu.

Hahaha..setelah puas aku belajar, akhirnya aku dah biasa dengan teknik balingan bola curve. Kire macam Shalin Zulkifli la. Cuma baling aku tak cukup mantap lagi sebab rata-rata pin akan tinggal 2 or satu yang tak jatuh.

Lama betul Tak keluar dengan bebudak ni. Rasanya hanya hari raya je yang dapat buat kitorang berkumpul macam ni.

Aktiviti bowling ni kire mengimbau zaman kitorang masa budak-budak dulu la. ya la masing-masing dah ade life sendiri. Yang dah jadi bapa pun ada. Cepat betul masa berlalu. Anyway goodlucks kat they all...yang jual keta tu..harap-harap dapat jual banyak supaya boleh belaja aku lagi lepas ni.




Slidshow bawah ni antara cebisan gambar masa bowling hari tu. Untuk kengkawan semua..selamat hari raya. Maaf Zahir batin. Kalau ada tersilap kata kire kosong-kosong. Semoga kita jumpa lagi.

Khamis, 24 September 2009

Kerja Kosong

September 24, 2009

Aku baru balik berjalan raya dengan ibu. Tengah on da way balik, terdengar berita kat hot FM. Persatuan Bina Badan Melaysia sedang mencari ikon Bina Badan baru dalam masa 5 tahun akan datang.

Ini berikutan kenyataan Ikon Bina Badan Negara Sazali Samad akan mengundurkan diri dari arena bina badan. Terus aku terpikir nak masuk gym balik. Nampaknya ada satu mission untuk negar perlu aku sahut ni.

Minggu depan start trainning...!

Melawat Galeri Tun Ghaffar Baba

September 24, 2009


Dua hri sebelum raya, aku dan acik pergi ke Bazaar ramdhan di peringgit. Parking sume full giler. Kat terpi tu ada galeri Tun Ghaffar Baba. Tetiba pak Guard rtu panggil suruh parking dalam Galeri tu.

Lepas parking aku dan acik terasa macam nak masuk. Lepas minta permission dorang pun bagi. Ye la mana pernah masuk galeri ni kan.

Menarik. Cerita pasal perjuangan politik beliau untuk tanah Melayu. Tun Ghaffar ni tak ada pendidikan tinggi, tapi beliau membuktikan yang beliau mempunyai semangat juang yang tinggi sehingga berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Perjuangan pemimpin dulu-dulu memang patut dipuji. Tak sama dengan yang sekarang. Sentiasa ada cerita coruption. Mungkin kerana belia datang dari keluarga yang susah.

Ha, sebut pasal keluarga.. Tun Ghaffar ni tok sedara aku. Sebalah Tok Said aku punya bapa. Kira sepusat sepusing juga la ni. Bangga juga aku ada Tok Yang macam ni.

Setiap insan di muka bumi ini ada melakukan kesilapan. Namun apa yang patut kita pelajari dari Pejuang Melayu ini adalah semangat juang yang tulen memabngunkan bangsa sendiri.

Al-fatiha..

Rabu, 23 September 2009

kenangan pagi Syawal

September 23, 2009



Ini antara kenangan di pagi raya yang sempat aku ambil. Yang lain kat kamera lain la kalau nak tengok

1 Syawal tahun 1430 hijrah

September 23, 2009

Salam lebaran buat keluarga, sahabat dan rakan-rakan. Aidilfitri kali ini disambut meriah di Melaka. Berjumpa dengan saudara dan kawan-kawan memang satu kewajiban yang mehiburkan.

Raya tahun ini, best. Sebab, punuh rumah aku dengan family angah dan along. Thanks kat dorang sebab tolong ibu masak. Kalau tak aku juga yang kene tolong. Tahun solat aidilfitri , kitorang solat di Masjid Mitc melaka. Ramai kawan-kawan lama aku jumpa kat situ.


Tahun ni, aku memilih baju colour ni. Nampak macam kuning, tapi picth. Samping ni aku salah beli la rasenya. Kalau aku beli warna hitam mesti kene dengan songkok.

Kalau cerita bab songkok, haha..lagi mahal dari baju beb. Tapi harga di rahsiakan. Kalau korang tau memang korang terkejut. Setakat ni acik je yang tahu harga tu. So agak bergaya la aku tahun ni. Macam kate kak lia, " macam artis la adik ni."

Khamis, 17 September 2009

Lagi 40 jam

September 17, 2009
40 jam lagi akan bergemalah takbir raya untuk 1 syawal 1430 hijrah. Rasanya hari kemenangan itu adalah betul-betul kemenangan bagi orang-orang yang bertakwa. Namun adakah kita tergolong di dalam golongan itu?

Ataupun tergolong di dalam golongan menang membeli alah memakai?

Samada tarbiyah ramdhan yang diberikan oleh Allah s.w.t kali ini memberi kesan atau tidak terhadap diri kita, hanya kita sahaja boleh mengukur. Bagaimana?

Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata, ketakwaan itu akan bertambah jika berlaku 4 perkara ini.

1-semakin takut kita pada Allah s.w.t
2-beramal dengan apa yang allah beri
3-sentiasa merasa cukup dengan pemberian Allah s.w.t
4-sentiasa bersedia dengan mati.

Jika dapat rasa ini semua, insyaallah kita tergolong bersama orang bertaqwa. Tazkirah malam tadi membuat aku rasa sayu je. Pejam celik dah tinggal lagi 2 hari untuk raya. Rasa belum puas dengan ramdhan.

Tapi apapun raya tetap raya. Ramadhan tetap akan pergi juga. Kali ni nak makan kuih bebanyak, duit raya Najib bagi RM 250 tu nak beli lemang 25 batang. Fuhhh..ni boleh kasi badan aku build up ni jadi macam malek noor. Alah lepas raya diet je la..

Actually baju raya kat atas menjadi pilihan aku rasenya tahun ni..

Rabu, 16 September 2009

Stand By

September 16, 2009

Lagi dua hari nak balik Melaka. Cambest je nak sambut raya. Tahun aku rasa best la puasa ramadhan ni. Aku punya Mis Neo pun dah siap servis. So die rasenye dah ready nak meluncur ke Exit Ayer Keroh.

Tahun ni mengikut perancangan aku akan sambut di Melaka. May be tak sambut kat batu pahat kot. Semalam aku dah borong banyak kerepek untuk di bawa balik ke rumah.

Cuma ada masalah sikit. Persiapan aku sendiri untuk raya belum siap lagi. Baju raya pun tak beli lagi. So aku ingat jumaat ni nak pergi cari baju kat Melaka.teringin nak belikan abah dan ibu sesuatu untuk raya.

Walaupun raya ni ada kelainan dalam sambutan aidilfitri, tapi bagi aku sudah pasti kegembiraan untuk diri aku sendiri. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya ni.

Isnin, 14 September 2009

Kelip the lamp.

September 14, 2009

Sekali pandang ofis aku dah macam bintang walk. Pandang atas je penuh kelip-kelip. memang meriah. Gambar kat atas ni dept. aku. Penat juga aku dengan Pok Le ssetelkan. Ni 1st time aku sambut kat sini.

Kire happening juga la...rupanya beginilah meriahnya dorang menyambut hari raya. Memang bersemangat nak raya.

Ha...ini lagi mengejutkan. Power men la Cik Raub ni. memang serba boleh. Jarang nak jumpa jejaka malaya boleh menganyam ketupat. Mereka berdua ni telah bersungguh-sungguh dalam bahagian menganyam ketupat.

Aku pun belaja juga buat ketupat. Dapat la buat satu. tapi aku rasa kalau brush up lagi mesti boleh jadi punya. Lagi 6 hari lagi nak raya. Ayo..baju tarak lagi..macamane ni...

Bila tengok kelip-kelip ni aku teringat may father la. Tiap raya dia mesti sebuk mengejas lampu kelip-kelipnya...

Kagum dengan apa terjadi pada Leader Rabbani

September 14, 2009
Orang alim memang tuhan sayang. Sentiasa akan diberkati oleh Allah s.w.t. Pagi sabtu, aku pergi sentul beli ferring motor. Balik dari tu, terasa macam nak jenjalan kat Jalan Masjid India. Memang ramai. Macam ada konsert je aku tengok.

Parking kat sebelah bazaar...

Tetiba aku terpandang kedai jual buku agama. Saja aku pergi tengok. belek punye belek terbelek cd Rabbani. Aku jumpa CD terbaru Leader of Rabbani ni. 'amalan perisai ghaib'.

Terkezut juga,sebab aku penah terbaca blog die yang dorang tgh plan benda ni 2 hari sebelum arwah meninggal. Dah release dah rupanya. Tabiklah pada dorang yang produce benda ni. Ini idea arwah.

Hadis Rasulullah ada menyatakan, selepas matinya sesorang itu putus segala apa yang dia dapat di dunia melainkan 3 perkara,

1-doa anak yang soleh
2-ilmu diajar di amalkan oleh muridnya
3-sedekah amal jariah.

Dalam CD arwah mengajar tentang amalan-amalan pendinding diri. Tak tahu samada benda ni kebetulan atau tidak, selagi cd ini dipelajari selagi itu arwah Ustaz Asri akan mendapat pahala. Betul Allah sayang pada arwah.

So, aku dah beli..memang best sebab ni 1st time aku jumpa cd macam ni. Sangat berguna untuk mempertahankan diri, keluarga dan bangsa. Aku promote benda ni supaya semua umat Islam beli CD ni.

Berbaloi-baloi....

Rabu, 9 September 2009

Lubang apakah ini?

September 09, 2009
Gamabar ini aalah gempa bumi di sumatra. Agaknya apakah yang di bawah lubang tu. Adakah gozilla yang akan muncul. Kedalaman lubang ini masih lagi misteri sebab tak ada yang berani pergi bawah ukur lubang ni.

Nasib tak jadi malaysia.. Cuak juga kalau duduk kat tepi lubangn ni. Kuasa tuhan, kalau Dia berkendak, semua akan terjadi.

Minta tak jadi Malaysia la hendaknya.

Isnin, 7 September 2009

Dah macam bukan orang melaka

September 07, 2009
Padang bola yang telah mencungkil bakatku

Hujung minggu lepas balik melaka. Nak tunaikan permintaan ibu tercinta. Aku malas nak balik pasal takut terkenang cerita lama. Balik aku terus jumpa Amy, lepak dengan dia kat rumah fir. Pastu ajak arif pergi sahur kat asam pedas power.

Lama pulak rasa tak lepak dengan dorang. Cam biasa la cerita pasal dulu-dulu. Nampaknya Arif giat mengembangkan Usananya, Amy pula dengan kedai Hanphone la. Dorang ni memang otak business. Aku doa korang berjaya lah hendaknya.


Event yang cambest bile berbuka dengan member-member PV 225. Dorang ni kepingin nak makan ikan bakar. ang dorang tahu UMbai. Fuck la umbai bukan best pun. Mahal pula tu..

So...Alai la...

Memang puas hati makan kat situ. 1st time aku makan lala bamboo. Sebelum ni nak makan cam tak sure je boleh makan. Giler makan samapi nak muntah tu. Ape-ape pun thanks la kat Abe, die open table.

Peliknya sekarang ni aku bile balik melaka selalu salah jalan. Dah macam bukan orang melaka pulak aku ni. Hopefully dapat jadi bukan orang melaka.

Balik tadi aku dengar ceramah Dato' Fadzilah Kamsah. satu topik yang menarik, kenapa mesti pilih murung kalau boleh ceria. Satu key yang menarik, maafkan semua orang hati akan lapang.

Tapi adakah orang akan memaafkan aku...

Jumaat, 4 September 2009

Lu pikir la sendiri!

September 04, 2009
video

Sempat ke pikir sebelum mati. Tapi bagi mat-mat rempit, dorang mesti dah pikir punya sebelum mati. Sebab dorang relax je nak mati.

Kan Bagus iklan tayang kat malaysia. Mesti kurangnya kes rempit..

Khamis, 3 September 2009

danau kota

September 03, 2009

"Bro lu bawa la kite lu, takkan nak bagi minyak hitam beku," luahan ipin pada bro mie.

Malam tadi kitorang bertujuh akhirnya keluar buat kali pertama bersama-sama samapi cukup korum. Memang susah nak buat kejadian macam ni.

Samapai downtown aku , ipin dengan kebal dapat parking. Si mus and the rest boleh sesat sampai kat Jalan Chan Show Lin. Ayo...macam mana boleh sampai situ..

" Musa, ko katne sekang?" tanya si kebal dengan handset buruknya.

" Kitorang dah gerak pergi danau kota, si Mus tak tau jalan la," explaination mudah dari musa.

Hawau si Mus, kate dulu duduk kat maluri, jalan KL pun sesat. So, danau pun danau la..

Giler punyer ramai manusia yang qiamulail kat danau kota tu..sampai parking sesak. " Mana nak cari dorang ni," tanyaku dalam kesangsian yang teramat.

"Alah cari kepala faris je," jawapan ringkas dari Ipin. Serius memang itu kaedah terbaik . Kitorang jumpe bebudak ni pasal kepala faris memang nampak dari jauh.

agak-agak aku beli bende ni letak dalam rumah ok tak?

Daripada pengamatan aku tentang Uptown Danau Kota, barang memang best, pastu murah-murah giler. Baru aku perasan yang Downtown veledroom tu mahal nak mampos. Pompuan kalau pergi danau kota ni alamtnya tak mau baliklah selagi duit tak habis.

Sebelum balik, kitorang pekena chow kuew teow Mali's kat setapak. Bapakbest! Terkenang aku dulu pernah lepak ngan bebudak PV225 dulu kat situ lepas main futsal. Cepat je rase mase berlalu.

Kat sane jumpe meber lame aku, Pierre Andrea n Maya Karin.

Rabu, 2 September 2009

Bosan-bosan

September 02, 2009

Bulan puase ni , masa rehat adalah masa paling boring sekali. Ya la, dulu boleh juga pergi minum ke makan ke. Jadi dah takde mende nak buat aku pun layan PSP la.

Nasib dia boleh hilangkan boring. Kadang-kadang aku fikir, samapi bila aku asyik nak main game je, takkan sampai tua aku nak layan benda-benda ni sampai aku dah beruban. Aku bajet sampai umur aku 30an je la.

Aku teringat anak buah aku yang giler main bende ni. Asal jumpe aku je minta benda ni.

"Pakdik nak bagi najib PSP?" tanya si Najid.

"Aah, pakdik nak bagi, tapi masa umur najid macam pakdik baru pakdik bagi ek," jawaban yang musabahkan dan Najid terus mengangguk.

Selasa, 1 September 2009

Lawa masjid besi ni

September 01, 2009
Jumaat malam Sabtu, aku berkesempatan untuk berterawih di masjid ini. Memang awa dalam masjid tu. Kagum juga aku dengan senibina dalaman.

Rasa macam bangga juga dengan keperihatinan umat Islam sehingga menaikkan martabat Isla sehebat ini.


Walaupun ramai yang bersungut tentang pembikinan yang menelan kos berjuta, tapi aku tak kesah, biarlah apa diaorang nak kata. Dah la tak nak menyokong dah tapi merungut pula. Jadi aku mengajak umat Islam yang berkesempatan, marilah kita imarahkan rumah Allah ini.



Sesungguhnya sudah menjadi kewajiban kita mengimarahkan rumah Allah. Lebih-lebih lagi sekarang ni bulan ramadhan.

Aku benci betul kes pijak lembu yang kecoh-kecoh ni. Eh, tau tak diorang Islam ni agama ape? Tolong jangan letakkan martabat Islam tu ke bawah disebabkan perangai dua tiga kerat yang nak sangat jadi hero la. Sebab nila setitik, habis susu sebelanga. Bodoh sungguh dorang tu.

Tunjukkanlah contoh yang baik supaya Islam dihormati. Aku rasa umat Islam sedunia ni malu la dengan tidakan bodoh korang tu!