Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Flat giler..

Penangan nasi beriani. Jangan di cabar kestonannya kalau tak mampu.

Semalam, aku pergi ke bazaar equine mencari juadah. Dengan payung di tangan aku mencari nasi dagang untuk di makan dengan asam pedas.Satu menu yang mencampurkan masakan dari dua negeri. Aku tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ni aku asyik gia dengan asam pedas. Makan ape pun nak dengan asam pedas. Haritu makan murtabak pun dengan asam pedas. Ayoo..

Punyala lama aku tawaf, semua nasi dagang dah habis. Aku pun ambil tidakan drastik membeli asam pedaas dengan ansi briayani. Masa buka memanglah nikmat rasa juadah berbukaaku tu. Memang tak rugilah aku beli tadi walaupun harga agak mahal.

Malam tu aku memang bersemangat nak ke masjid. Sambil menunggu isyak, aku pun baring sekejap. Kuyu je mata aku ni. Tutup kejaplah jawabnya. Tiba-tiba hanphoneku berbunyi..

"Pukul 5.08 a.m!"

2 buah fikiran!!!:

Hari yang panas


Kata orang makna ramadhan tu panas. Memang betu panas semalam. Bagi pembonceng motor macam aku ni, perlukan ketahanan mental yang kuat. Mana taknya berhenti kat traffic light tu macam menyalai daging sendiri kat bara api.

Tiap-tiap bulan kalau time gaji je, orang suka beratur. Kat ATM la, kat pejabat pos la. Asal ada tempat nak melunaskan hutang je memang ramai yang beratur. Agak tension dengan kejadian tu bagi aku. Sebab aku pun jadi salah seorang yang beratur...ramai gile kat pejabat pos...

Hari ni kalau buka murtbak cicah dengan asam pedas pun care juga..meletuupp.

2 buah fikiran!!!:

ade beze ke gambar ni

Ni gambar aku sekarang


Aku terjumpe gambar ni mase semak-semak mail aku. Gambar ni kalau tak silap aku mase umur 19 tahun kot. Mase tu belajar kat KPTM bangi. Agak-agak same tak muke aku dengan sekarang..

Same kan aku dulu kini dan selamanye

7 buah fikiran!!!:

aku yang kuat


Kisah ini menunjukkan aku yang sangat kuat. Suatu hari yang sangat indah di AG untuk 3 hari yang lepas. UPKK buat potluck. Dorang jemput la geng SPP makan sekali.

"Aku rase pelik dah kalu si zul lambat nak pergi makan,"kata hazrile.

Padahal time tu memang la sangat busy bagi aku. Walaupun dijemput oleh geng UPKK berkali-kali, aku tetap dengan pendirian ku. Tiba-tiba perutku berbunyi.

"Aduh lapa plak, semalam dah la aku makan last tengahari," bisikan hati telah berbunyi dan hidungku terbau-bau bihun goreng dorang.

Tanpa melengah-lengah masa, aku pun mengankat punggungku dari tempat duduk dan terus menerpa ke makanan yang telah terhidang. Kata orang nak melangkah tu biarlah dengan kaki kanan.

Prraappp!" Menatang ape plak kat kaki aku ni..,"aku terpijak sesuatu.

"Alamak, zul charge saye la,"kata cik Tul semacam nak menangis.

Ayo...nape la AG ni buat power supply kat lantai. Memanglah aku tak nampak. Sie-sie je dah kene pijak dengan aku. Ni sape aku nak salahkan, aku ke lantai ni?

Semalam along kate aku paling kuat, umur 5 tahun dah start puase.Haha..patutla charger dengan extension CIk Tul pecah aku pijak. Memang dari kecik aku ni dah kuat.

(aku ganti dah charger die....)

2 buah fikiran!!!:

PEJUANG SEJATI

Bahasa melambangkan bangsa. Inilah yang perlu kita ingat. Kita kena dengar kata 'orang tua ni'

Lalu, aku sayu dan aku pilu;

lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …

Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.


0 buah fikiran!!!:

Selamat menyambut bulan ramadhan

Yes! Jumpe juga juga bulan puase tahun ni. Tahun ni peraaan aku menyambut bulan ramadhan lain betul. Teringat tahun lepas aku puase kat Melaka. Selalu pergi bazaar.

Kalau boleh tahun ni aku nak lagi best sambut puasa. Hopefully jadi puase yang terbest dalam hidup aku ni.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Lagi best puase, lagi best sambut raye.....

0 buah fikiran!!!:

Terkejut Man utd KALAH!


Bengang dengan Man utd mala tadi. Ayo macam mana boleh kalah ni deng Burnly plak tu. Memang suwei la ronaldo kuar man utd.

Aku tau man Utd kalah mase pagi tadi. Aku baca paper. Seorang pasangan suami Isteri bertumbuk di dalam rumah meraka di kepulauan Muritius akibat bininya tidak mahu menerima kekalahan Man Utd.

Aku kene bakar beb pasal Man UTD ni kalah...

1 buah fikiran!!!:

Pandang ke hadapan!

future 2nd finacial minister

Pandang terus ke hadapan. Jangan toleh ke belakang lagi. Sejarah jadi pengajaran. Itulah kata-kata ku apabila aku melangkah keluar dari MOF.

Bengangnye! Bonus Raye takde. Hampeh! Apa sudah jadi ? Tunggu dan lihat angan ku jadi kenyataan suatu hari nanti.

3 buah fikiran!!!:

IP Man


IP MAN. Sebutan biar betul, 'yip man' bukan I.P Men. Yip Man ni name orang. seorang pengamal wushu yang memang power. Toksah cakap la, tengok cerite die je dah gempak. Tapi bile orang kite tengok, ala dalam filem boleh la.

Memang dari kecik aku suke bace majalah Bela Diri atau komik-komik yang ada unsur martial art. Yip man ni popular dengan wushu jenis wing chun. Tapi die buka pengasas kepada wing chun. Pengasas sebenarnya adalah seoran wanita. Sebab tu kalau tengok betul-betul pergeraka wing chun ni ade macam lembut skit. Memang lembut pergerakannya.

Bebrape minggu yang lalu aku pergi ke Every Body Martial Arts. Aku dilayan oleh seorang apek tua yang memang kalu aku tendang memang comfirm keiok la. Aku berbual dengan die tentang wing chun. Die pun tunjukka langkah wing chun. Memang dahsyat! Sebiji dengan filem IP Man tu.

Kate orang , tak tengok tak tau. Memang power. Sejak tu aku berfikri. Adakah pengamal silat mampu menandingi pengamal wing chun. Memang betul kita harus bangga dengan warisan kita. Tapi cuba kita lihat sekarang ni silat sendrii suda terpinggir.

Ade satu sebab saje yang mebolehkan silat itu menjadi terhebat. Kebatinan. Jika betul ilmu yang kita ambil tu, maka kire oklah. Tapi sayang zaman sekarang ni kalau cerita sikit pasal kenatinan ni sume kate sesat. Tepuk dade tanye iman.

Cubae kite pikir betul ke sami sholin kat tu bole terbang macam dalam TV tu? Betul sebenarnye. Aku berbual dengan zack member yang baru aku kenal, katanya guru die pernah pergi buat resech kat shaolin temple. Macamana sami-sami ni boleh terbang.

Sami tu pu suruh die pergi ke sebatang pokok, ade pasu dan cuba lihat rahsia di dalam pasu Apabila die buka yang ada adalah surah al-ikhlas!

Aku tabik dengan penggiat silat yang bertungkus lumus menaikkan nilai silat di mata dunia, contoh macam rozaidi abd rahman, jak osman, cikgu awang daud, pak majid dan yang lain-lain lagi. Mereka korbankan keringat untuk warisan melayu ini.

Pernah aku membayangkan, kalau lah ada rancangan realiti untuk silat apa akan jadi agaknye. Andai aku mampu nak sangat aku buka kelab silat sendiri. Buka Gym yang ade kelengkapan untuk training silat. Setakat ni yang famous cume gym Jak Osman dan rozaidi abd rahman.

Terkenang mase aku belajar dengan haji mokhtar di solok gaung . Pada aku itulah gelanggang silat yang terbaik pernah aku jumpa. Walaupun tidak moden, tetapi ianya sangat membanggakan.

Adakah silat Pukula Melaka masih hidup? aku sendiri dah tak mendengar ceritanya...

0 buah fikiran!!!:

Rancak


Ada dua benda yang tengah rancak dekat ofis aku. 1st, cerita selsema babi. Patutnye dorang bagilah tpeng free ke. Pasal ape, kat farmasi dah habis tau tak. Nasib topeng ni ade awek cun yang bagi tau. Aku ingat best la pakai topeng ni.

Tapi, mulut lenguh la...


Satu lagi yang tengah rancak kat ofis aku ni, tetibe je macam dilanda demam indoor game. Tiap-tiap time lunch bilik komputer ni jadi macam kopitiam.

Meriah la jadinye tempat ni. Semalam bos tanye aku, " ko masuk chess ke zul? Jage-jage Tuan Hj pun masuk.

Saje nak saiko aku la konon. Tak dapat beb. Sekang ni aku tengah cube menggiatkan trainning chess aku ni. Tiap-tiap hari aku friendly dengan pc aku. Tapi kalah juga.

Lagi 4 hari dah puase. Aku terkenang puasa tahun lepas. Bile aku kenang bende-bende yang lepas ni aku rase sayu je. Tahun ni aku berpuase di tempat orang. Tapi pada aku biasa je semua ni. Dulu hampir 4 tahun aku tinggal di KL semua ni dah lali bagi aku.

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR…………

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir………
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat
yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
……………..
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
……………
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
……………..
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
……………..
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
……..
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...

kami lah hamba yang mengharap belas darimu

"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..

ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin......

andai benar ini ramadahn terakhir buat saya , MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN..

0 buah fikiran!!!:

Posisi tercabar dicabar?


Apakah legendary of super gol keeper akan kehilangan tempat? Berehat terlalulame mengundang pasukan mencari penjaga gawang yang baru. Ketika rasa dirinya tercabar, lalu legend goal eeper ini tampil menunjukkan kehebatannya yang sudah lama tidak ditonjolkan.

Kebal, itulah nama pencabar terbaru yang cuba mengisi kekosongan. Kekabalannya menjaga gawang baru pasukan zizou membuka mata ramai spekulator. Lalu malam tadi menyaksikan legend keeper turun padang. Kembali ke posisi yang menjadi rebutan itu.

Kehebatan legend keeper masih terserlah walaupun namapak sedikit letih mungkin kerana kurang latihan dan selalu maka nasi dagang di rumah namun ketangkasannya masih menjadi igauan pemain-pemain futsal tempatan ahupun antarabangsa.

Ceh..macam masuk selection bola je..lame tak, main pancit pulak malam tadi..hahaha..

1 buah fikiran!!!:

sukan BPOPA


Ayuh semarak sukan di opis aku. Sukan lagi. Tapi kali ni sukan dalam BPOPA. Sume game jenis yang dalaman le. Yang bestnye chess pun ade. Tau tau la chess ni meamng faberet aku. Ni dua orang pencabar terdekat aku.

Otai chess ni kalau tengok dari gambar dah comfirm tau. Yang rambut putih le tu. Aku dah buat lebih kurang 100 friendly dengan die, tapi haram tak penah menang. Betul la kate orang, lagi tue lagi banyak makan garam.

Aku masuk pingpong, dart, dengan chess. Pingpong esok. Tapi aku tak dapat main. Ade exam JPA. Game lain lepas raye.

Teringat aku mse mule-mule belaja chess, my sibling beli chess yang kecik tu. aku pon lorat la nak main juga. Rasenye mase aku umur 8 tahun la agaknye. Lepas dah tau main , aku lawan la dorang. Kalau kalah aku terus menangis nak buang chess tu.

Rasenye penah terbuang kot..hahaha..

3 buah fikiran!!!:

Hujung minggu yang lalu

Hari minggu yang lalu..pergi karok dengan member. Lame dah tak training vokal ni. Sekali dapat lepas, kulepaskan jua suara ku ini. Ramai yang tak suke karaoke ni. Aku pun pelik. Tapi dorang suke nyanyi, dalam bilik air dorang melalak, dalam kete pun dorang melalak. baik pergi karaoke.

Lepas tensen...

Ha..gamabr ni ade sesuatu yang menarik. malam minggu lepas, aku tengah syok tido amid ngan abe kejut aku. Ajak pergi pusing-pusing. Aku peduli ape. Dalam kete pun aku tido juga. Sekali dorang pergi Lorong Haji Taib.

Bile name jalan tu disebut, mesti orang ingat nak buat keje tak elok. Abe bawa kitorang jumpe Pak Dien tukang urot. Best juga die urot kaki aku. Memang sejak dua tahun kaki aku problem sket. Pak Dien kate kaki aku terseliuh.

Tapi best die urot. Terase macam nak jerit pun ade juga. Keberkesanan die memang nampak la.
Kalau ade mase, nak juga pergi lagi. Cube perhatikan betul-betul gambar ni. Ade ape ditengah-tengahnye?

Seseorang yang cun tengah mencari rezeki dengan cara haram. Kenapa la dorang buat macam ni, muke cun tapi akhlak buruk otak singkat. Nak care senang je dapat duit. Jual badan dah boleh dapat 2,3 ribu sebulan.

Bengong, pergilah buat kerje yang halal. Nak cepat kaye je. Ape tak tau ke yang duit tu tak berkat.

Haritu aku bacae anak pak cik usin nak hapuskan kerje ni. Tapi makin belambak ade laaku tengok. Cakap tak seberapa bikin la dorang ni.

2 buah fikiran!!!:

Karma


Best betul perkataan tu. Ape agaknye maksud karma tu ek. Orang selalu sebut tapi aku tak dapat makne sebenarnya. Mngkin pepatah ni sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua adalh maknanye.

Kenapa orang dulu-dulu cipta perpatah tu ek...nak jadikan teladan?

Ade orang kate hidup ni umpama kapal yang berlayar, kalau tak terror kemudikan memang comfirm hanyut le jawabnye. Aku faham pasal karma, adalah takdir. Sebenarnya aku cuba mengelak untuk percaya pada takdir, sebab ape kite nak mesti dapat kalau kite usaha. So ape maknenye takdir.

Ketentuan illahi, ya tak boleh lawan kuasa tu. Pencipta seuluruh alam. Kadang-kadang kite terlupa dan malah cuba jadi sombong dan boongkak. Kononnye boleh lawan kuasa tuhan tapi tak tau sebnarnya lembik nak mampos.

Same lah aku, pernah aku rancang tapi aku lupe tuhan yang jadi penentu. Kalau melawan takdir memang takkan dapat.

hidup umpama roda. tapi biar la roda yang baik. Kita selalu takut diperhatika orang, tapi ade orang suka jadi perhatian. Kenapa kita tak sukadiperhatikan?

Privacy. Itulah jawapannya. Kita tak boleh lari dari itu semua.

Berat ape yang aku ngarut ni..

0 buah fikiran!!!:

semalam yang best

Denagan bangganya aku telah mengibarkan jalur gemilang sebanyak 7 keping di petition tempat aku. Bile orang lalu je semua tanye ," dah merdeka ke?" apelah dorang ni ka sekarang ni bula keerdekaan.

Ade plak yang tak perasan plak tuh.. so marilah kite mengibarkan jalur gemilang kita !


Semalam aku bercadang nak berbuka puase makan asam pedas. Muse pun ajak aku pergi pasar besar selangor. Pasar ni memang le dekat gile nga uma aku. Tapi haram aku tak pernah pergi. Mission kami adalah mencari ikan pari. Entah kenape tetibe aku boleh teringin nak makan asam pedas.

Muse masa memang ump la! licin siut...sayang aku tak dapat amek gambar asam pedas tu. Mane taknye siap je sume lauk azan dah berkemundang. Aku ape lagi, lantak la cepat-cepat.


Lepas dah pose seharian, makan sedap-sedap takkan lupe pla kepade yang Pemberi Rezeki. Terase bende ni tak pernah buat seumur hidup ku, aku pun penuhkan malam aku tadi dengan sambutan nifsyu sya'ban.

Harap-harap permulaan buku aku pada tahun permulaan yang baik. Sempat juga aku buat tahlil arwah, satu lagi yangak tak pernah buat sorang-sorang. Kalau majlis tahlil tu selalu la.

Jadual semalam adalah lain dari yang dalam tahun ni. Aku rase puas semalam. Mungki pada orang lain bende ni simple, bagi aku , aku dah berjaya mewarnai aktiviti dengan lain dari yang lain.

Habis je tahlil aku terus baring. Sedar-sedar dah pukul 6 pagi!

1 buah fikiran!!!:

training lagi

ceh tengah kusyuk la tu

video

ha ni la aktiviti aku tiap-tiap petang aku belasah punch beg..Layan beb, cambest je training dengan bende ni. Dah lame tak training denganpuch beg.

Bile training dengan punch beg ni baru betul kite punye tendangan. Selame ni training sume tendang angin. Tak tau pun yang tendangan kte ni tak kuat. Aku sekang ni lebih pada training kat rumah. Sebab takla kelam kabut sangat. Penat je bleh rest.

Lawak juga budak rumah aku pun gian nak menyepak bende ni, yang bagusnye sampai bleh bengkak kaki diorang. Tak biase la tu.

Tapi aku rase la kene pergi gym la 3 kali seminggu. Cam tak best je tak pergi. Walaupun kat rumah aku ade dumble spasang, tapi macam tak berape puas la..

4 buah fikiran!!!:

setem


Setem,jilat lekat, pos. Itu yang aku tau. Semuanya bermula 24 jam yang lepas. Hahaha..semala aku layan setem kat TGV dengan Nono.

Best juga citer tu. Moralnye citer tu, tak semua perompak jahat, maca kate Bro mani dalam citer tu, kadang-kadang duit boleh bagi kebaagiaan. Sebab tu Sid dapat Suraya, tanpa stem 4 juta die comfirm tak dapat 4 juta.

Btul la perompak tak semstinye jahat macam LIm pirana. Dorang rompak pasal nak buat sesuatu yang baik. Macam Citer peter pen je..

1 buah fikiran!!!:

Pusaka Gayong dan Gayong Malaysia

Terkenang time wat persembahan mase dinner

Aku teringat hari borak dengan member aku Master kat melake. Sambil minum kopi tarik aku ternampak kad ahli gayong dalam wallet Master.

"Bile ko join silat gayong pusake ni bro..aku ingat ko tak minat dulu," saje bakar si master. Die ni memang tak minat dulu dengan silat ni. Sakit la, penat la.

"Hari tu aku tengok demo kat Kedah, gempak gile tu yang tertarik tu dengan Gayong ni, tapi ko tau tak Gayong Malaysia dengan Gayong pusaka tak ngam plak. Depan rumah aku aku Cikgu Gayong Malaysia, aku bagi la salam tegur die, die buat dek..je." komplen mamat ni.

"Aik? bukan dorang pun same-same mandi pakai gayong ke?hahaha.."gelak aku beramai-ramai. Tapi lepas gelap aku terfikir, kenape dorang ni tak ngam ek.

Memang sebelum ni aku ade dengar cerite pasal tu. Mungkin Bile persatuan dorang dah besar, dah banyak nak jadi otai kot. Alah buat la sparring, sape paling power die jadi ketua Kan senang.

Tapi aku baru tau berita sahih sebenar mengapa DSAI jadi Khalifah Imam Besar Pusaka Gayong, baru-baru ni die dapat keris wasiat dari Dato Meor , memang die ni dah diwasiatkan untuk jadi ketua Gayong Pusaka oleh Dato Meor.

Power beb!

1 buah fikiran!!!:

Penatnye semalam




Semalam ahari yang memenatkan. Pertamae kali aku menceburkan diri di dalam perhimpunan ramai. Tapi bukan yang haram. Perhimpunan keluarga Endin dan Hawa.

Bapak ramai gile. Hampir 2000 orang. Macam0macam jenis orang aku jumpe. Rupenye sedare mare aku ni seluruh Malaysia pun ade. Aku lepak sane lame juga la. Lepas ibu bace sajak aku terus blah balik rumah. Tak tertahan rasenye kepenatan ni. Dah la nak drive balik equine balik.

Rasenye macam nak minta cuti aje hari ni. Tapi pk2 baik aku pegi je keje. Mase gathering tu, aku tengok pakcik-makcik aku semue dah tua, ade yang tak larat nak jalan pun ade. aku pun dah umur dah hampir setengah abad. Tapi cam syok je family yang anak ramai. Aku rase nanti aku pun nak anak ramai. 10 orang ke..

Ramai-ramai tu aku perasan juga ade artis ni sedare aku. Satu generasi plak tu denga aku.Sasha elite. Sempat juga aku borak dengan die. Ingat suami de yang sedare dengan aku, rupenye die. Nasib dah pragnent, kalu tak nak juga aku ngorat.

Sampai equine, tepat pukul 9 terus tido..

0 buah fikiran!!!:

Hari sabtu di melaka


Minggu ni bercuti di kampung halaman aku. Bukit Beruang. lame gile tak lepak kat sini. semalam aku habiskan malam aku lepak dengan fariez ,hafiz, tesen dan kawan-kawann aku yang lain. lame gile tak jumpe dorang. Aku cakap kat dorang kalau aku tak jumpe dorang malam ni memang la aku tak jumpe. Pasal Sabtu aku bizi dengan family aku.

Macam biase, balik melake aku mesti gunting rambut. Tu rambut aku selepas potong. RM 20 beb kene. Salon ni cekik darah juga. Kat Melaka aku ade selalu pergi kedai gunting rambut kat Taman Mozac, tapi malangnye die tak buka hari ni. Huhu..p lakat salon mahal.


Pastu, p jalan-jalan dengan acik. Malam tu aku pergi la dewan kat MBMB, nak tengok juga persiapan gathering. Cambest je. Aku memang sebelum ni tak penah pun layan bende-bende ni. Tapi ku layankan jua..hahaha.

Kite tengok esok ape plak jadi..

Bile lame tak balik melaka rase macam teringat banyak kisah lame...

1 buah fikiran!!!: