Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Agak2, bile last kita baca Al-quran?

Zaman sekarang, anak muda dah gile minat dekat ceramah agama. Kalau cakap ustaz Azhar Idrus nak datang, boleh gegar masjid atau surau tu. Punya berderu orang datang nak dengar ceramah.

Bukan Ustaz Azhar je yang hadapi fenomena ni, Ustaz lain pun cam tu juga. 

Dulu anak muda gile kat konsert, la ni depa dah gile kat ceramah agama. Alhamdulillah. Rugi la kalau ada anak muda yang tak suka dengar kuliyah agama. Golongan ini boleh la di takrifkan sebagai golongan muda yang ketinggalan zaman.

Jom kita laya ceramah Ustaz Don ni.

part 1

Part 2

Lu orang dengar dulu. Try click dulu. Gua pasti, pasti tak lari atau tak teringin nak click button X. Semoga lu , gua dan semua dapat maanfaat dari kuliya ini.

0 buah fikiran!!!:

Gua di tanya," orang tu solat, tapi kenapa tak pakai tudung ?"

Gua di tanya," orang tu solat, tapi kenapa tak pakai tudung ?"

Sebelum tu meh kita rujuk dulu al-quran. Dalam surah al-ankabut ayat 45 bermaksud," sesungguhnya solat itu mencegah fahsya' dan mungkar."


Pendek je wa jawab pada orang yang bertanya gua. Agak-agak la kan, orang yang tak pakai tudung tu tahu makna setiap ungkapan dalam solat tu, agak-agak die nak tak  kekal dalam keadaan tidak bertudung. Paling tidak la, bila dia baca surah al-fatiha ayat ke 4 yang bermaksud, " yang mengusai hari pembalasan," agak-agak gerun tak hati die nak langgar perintah Allah?

Jadi, mari kita sesama faham akan setiap ucapan kita di dalam solat.

0 buah fikiran!!!:

chopper 1 malaysia



Steady la chopper 1malaysia tu.

Wa memang minat gile dengan motor ni. Kalau ade rezeki lebih, tak tau nak buat ape nak je gua penuhi nafsu gua ni dengan membeli motor chopper tapi bukan yang 1 malaysia punya la. Wa nak yang cam spiderweb punya. Sebab rasanya lagi cun design die.

Jangan tanya wa ape motif malaysia adenya motor ni kat malaysia. Lu orang tafsir ikut hati lu orang.Tapi bagi peminat motor chopper, mesti mengidam nak motor ni kan. . Kalau tak silap harge motor ni USD150,000 je. Convert sendiri la dengan Ringgit Malaysia.


Setiap orang ade keinginankan. Teringin juga tengok  motor ni park kat surau rumah gua. Pasal rumah Najib ni sekangkang kera je dengan rumah gua.


Ha ni, la design spider. Cun kan. Memang garang gile la.

Wa tengok siri american chopper masa depa buat motor. Memang teliti. Hagak2, anak malaye boleh buat tak motor ni.

Pade wa, ape ade hal. Sedangkan menara jam yang kat mekah yang dahsyat gile tu pun sebenarnya di buat oleh engineer Malayu sendiri, ini kan pula motor cam ni je. Lu orang tau kan yang buat menara jam tu anak melayu?

Tak salah beb kita nak beli2 benda-benda macam ni. Cuma kita kena prepare untuk jawab depan Allah nanti , kita buat ape dengan benda yang kita beli ni.

1 buah fikiran!!!:

Setel juga akhirnya


Alhamdulillah...

Dah lame gua plan nak buat benda ni. Memang macam-macam godaan la nak buat benda ni. Biasala nak buat sesuatu yang bagus bukan mudah kan. Ade je benda yang menghalang.

Semoga wa istiqomah dalam buat benda ni.

Lepas ni nak saving sampai cukup. Rasanye tak banyak lagi nak cukup amount yang di perlukan. Tapi kenapa kat surat pendaftaran tu tulis wa akan ke sana tahun 2047? No flight ke tarikh wa punya turn untuk ke sana? Lame tu..kalau tak silap umur gua 62.

Nanti wa nak buat rayuan  la , kasi die bagi cepat wa punyer turn. Kan best wa dapat kerja jadi sukarelawan jemaah haji kat mekah..insyaallah ade rezeki tu..(kata hati kecil gua).

Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.( surah al-Taalaq ayat 2 dan 3)

1 buah fikiran!!!:

Stop ke ?

Lame la gua dah tak pergi gym...

Kenapa ek..? Setiap kali nak pergi je, rase macam malas. Mesti akan pikir, "ah buat benda yang sama je. Nak badan tough, dah dapat dah. Dan sudah mula kembali tak tough. Rasa macam puas dengan gym pun ade juga.

Full stop ke gym?

Sejarah gua main gym lame sangat. Dari umur gua 16..hingga 27. Dalam sepuluh tahun tu, wa pernah gemuk, kembali kurus, pastu jadi tough, macam-macam bentuk badan gua dah rasa. Sebab tu wa sangat sangkal fakta susah nak jadi kurus. Selagi ade kemahuan, selagi tu ade jalan. Pada wa tak susah. Apetah lagi kalau guna kaedah makan ubat. Lagi la cepat.

Makin tren gym, wa makin rasa tak puas. Badan belum power ni. Tren lagi...sampai satu tahap, wa rasa kosong. Kosong sangat.

Kenapa ek?

Akan ke gym lagi kah..?
Manusia akan sentiasa cari kepuasan dan kesempunaan. Tapi bila dah tercapai akan kesempurnaan dan kepuasan itu, apa lagi yang mereka cari?

Itu la yang gua fikir..

Bila kita sentiasa rasa kuat, kita akan lupa akan yang maha kuat, tapi bila kita sentiasa rasa lemah, kita akan sentiasa berfikir akan yang Maha Kuat..

1 buah fikiran!!!:

Terasa rindu nak ke kuliyahnya..


Pagi ni gua terasa sangat rindu untuk mendengar kuliyah Ustaz ni.

Ustaz ini cuma ustaz biasa saja. Namun pada gua dia adalah salah seorang cikgu gua yang paling gua hormati. Sampai hari ni tak pernah jemu wa dengar akan nasihatnya. Ya, terasa rindu sangat nak pergi kuliyahnya secara live.

Gua doakan dia akan di beri kesihatan yang baik. Marik kita hayati nasihatnya ini..

1 buah fikiran!!!:

#Wordless#


Allahurabi..zaman cinta ilmu Allah sudah kembali..bila kah UAI aka mengajar kuliyah di PUTRAJAYA? 

2 buah fikiran!!!:

My father in law got sakit headache and depress

Thats my father in law..

Kelmarin, my Father in law datang kajang. Wa lepak sane bawa nono jumpe die. Nampaknya kali ni die  tak segagah before.

Pening kepala die wa tengok macam terlalu berat. Sempat juga wa picit kepala die. Mudah-mudahan reda la sakit kepalanya. Risau juga, melihat seorang cool bersemangat dan heppy tetiba tak sihat. Setahu gua dia amat ambil berat akan kesihatanya. Selalu bersukan.

Actually, selapas abah gua, dia adalah bapa gua yang paling gua sayang. Sebabnya, setiap kali wa tengok wajah die, wa terbayang wajah abah gua. Selalu dia bagi nasihat kat gua. Ye la, gua masih mentah dalam mengharungi cabaran hidup, sebab tu gua perlukan seorang yang amat berpngalaman untuk di jadikan role model.

Gua rasa , gua cam faham akan perasaan dan apa yang menyebabkan die depress macam tu. Tak ape la biar gua simpan apa yang gua rase.

Mari kita doakan untuk abah mertua gua sembuh dengan sempurna dan masih terus sentiasa memberi nasihat pada gua dan nono.

1 buah fikiran!!!:

Miskin ke kita kalau evry month kita sumbang rm 10 pada mereka?


Jom support depa!

Nama AkaunMAAHAD TAHFIZ AN-NUR
No Akaun562478123076
Emailsupport@tahfizannur.com
Tel013-3990239


Meh kita kenali MAAHAD TAHFIZ AN-NUR


1.0 MUQADDIMAH
Usaha-usaha untuk melaksanakan sistem Pendidikan Islam yang syumul berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah memerlukan kesepaduan dan kerjasama semua lapisan masyarakat samada pemimpin agama, pemimpin negara, ahli ekonomi serta para cendekiawan ke arah menyokong cita-cita dan semangat perjuangan Islam.
Pada Januari 2007, AJK Pentadbiran dan Pengurusan Maahad Tahfiz An-Nur (MaTan) telah menyusun peranan dan fungsi bagi merangka sistem pengajian yang cekap ke arah melahirkan sebuah Pusat Pengajian Islam yang terbaik dari aspek pengajian dengan mengambil kira pandangan daripada penasihat-penasihat yang dilantik. Di samping itu, MaTan juga telah merangka sisten pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz Al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya melalui teknik pengajian "Talaqqi dan Musyafahah" serta "Tarannum" yang kurang dititik beratkan dalam kebanyakan sistem pendidikan moden.
Bermula dengan keperihatinan inilah terbinanya MaTan dengan harapan akan lahir generasi Al-Quran di celah-celah kemerosotan akhlak dan nilai di kalangan remaja masa kini sebagaimana yang berjaya dilahirkan oleh Rasulullah SAW pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan pelbagai pihak.

2.0 MATLAMAT MAAHAD TAHFIZ AN-NUR
  • Melahirkan generai Ulama' dan Hafiz Al-Quran yang berketrampilan, mahir dan beramal dengan isi Al-Quran.
  • Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh bermandiri dalam menghadapi arus modenisasi.
  • Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
  • Menjadi pusat penghayatan Al-Quran yang bersepadu.
  • Ke arah membentuk generasi Al-Quran yang syumul.

3.0 OBJEKTIF
  • Membasmi buta Al-Quran di kalangan kanak-kanak sebelum baligh.
  • Melahirkan pelajar yang dapat menamatkan hafazan dalam masa 3 tahun.
  • Melahirkan para Hafiz yang serba boleh.
  • Menghidupkan tradisi pengajian Al-Quran berasaskan Sunnah Rasulullah SAW yang menekankan 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayati)

4.0 SEJARAH RINGKAS
Pada Januari tahun 2008 AJK Pentadbiran dan Pengurusan Maahad Tahfiz An-Nur (MaTan) telah memutuskan untuk menubuhkan pusat pengajian berkenaan serta menyusun peranan tugas dan fungsi bagi merangka sistem pengajian cekap ke arah melahirkan sebuah sekolah tahfiz yang terbaik dari aspek pengajian dengan mengambil kira pandangan daripada penasihat-penasihat yang dilantik. Di samping itu, MaTan juga merangka sistem pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz AL-Quran dan ilmu-ilm yang berkaitan dengannya, di mana ianya amat kurang dititik beratkan dalam kebanyakan sistem pendidikan moden.

5.0 MAKLUMAT MAAHAD
Nama MaahadMaahad Tahfiz An-Nur
AlamatNo 21, Jalan 11,
Desa Subang Permai,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Emailsupport@tahfizannur.com
No Telefon013-3990239
Tarikh Bermula Operasi1 Januari 2008

6.0 KURIKULUM
Kurikulum Maahad Tahfiz An-Nur adalah mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada sebelah pagi para pelajar dipertuntukkan masa untuk pelajaran Hafazan dan Agama, manakala pada sebelah petang pula para pelajar akan mempelajari subjek akademik mengikut sukatan matapelajaran yang ditetapkan oleh KPM. Ini bermakna di samping para pelajar menghafaz Al-Quran, mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti pendidikan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM selaras dengan kehendak KPM.
Berkut adalah jadual waktu pengajian:

JADUAL WAKTU HAFAZAN
JAM
6.30-
7.30am
7.30-
8.30am
8.00-
10.00am
10.00-
10.30am
10.30-
12.30am
12.30-
2.00pm
8.00-
11.00pm
HARI
ISININ
H
I
N
G
G
A
JUMAAT
HAFAZAN
AL-QURAN
(BARU)
REHAT/
SARAPAN
PENGULANGAN
HAFAZAN
(LAMA)
MINUM
PAGI
QIRAAT
&
TAJWID
REHAT
HAFAZAN
BARU &
LAMA

JADUAL WAKTU AKADEMIK
WAKTU
2.00-
3.45pm
3.45-
4.15pm
4.15-
4.45pm
4.45-
5.15pm
5.15-
6.00pm
6.00-
6.45pm
HARI
ISNINB.MELAYUSAINSRB.INGGERISPENDIDIKAN ISLAMRIADHAH
SELASAMATEMATIKB.ARABEB.MELAYUSAINS 
RABUB.INGGERISPENDIDIKAN ISLAMHMATEMATIKB.ARABRIADHAH
KHAMISB.MELAYUSAINSAB.INGGERISPENDIDIKAN ISLAM 
JUMAATMATEMATIKB,ARABTB.MELAYUSAINSRIADHAH

0 buah fikiran!!!:

Sihat juga motor gua ni

motor wa berpotensi di modified begini

Yes motor dah siap untuk di bawa travel ke Melaka esok. Hampir seminggu tersadai, akhirnya hari ni dia bergerak segar bagaikan ikan jerung membelah laut.

Rasa puas, hepy. Kalu tidak camno la gua nak pi kelas sok.. Mulanya wa bercadang nak beli tiket je tadi nak balik melaka. Tapi wa nekad, doa pada Allah, pastu terus tolak ke kedai motor. Berat beb motor gua. Bukan motor kecik, macam tolak kereta je.

Tak sampai suku jalan, terserempak member gua. Alhamdulillah, dia towing gua sampai ke kedai.

Siap motor gua di repair dengan harga yang sangat murah. Alhamdulillah.

So esok pepagi gua akan travel ke Melaka . Gua akan gerak seawal pagi. Lebih kurang pukul 5 a.m la. Actually memang setiap dua minggu sekali gua akan ke melaka untuk attend kelas gua kat sana. Cuma minggu ni agak cuak sikit sebab motor gua buat hal sikit.

Haruslah bersemangat ke kelas esok..!

0 buah fikiran!!!:

#Thursdey@spontenous#

Lame tak tulis pasal spontan. Bile tengok sebut spontan teringat siri komidi spontan yang afdlin buat dulu kat astro warna. Sekarang ade lagi ke?

Ok, satu hari tu wa solat maghrib kat masjid. Setel solat, tetiba ada jenazah  di usung. Terharu gua tengok imam yang kendalikan solat jenazah tu dengan tertib. Dia minta adakan 3 saf, lepas tu dia brief sikit pasal jenazah tu jenazah lelaki.

Lepas setel solat jenazah, Imam pun doa. Gua aminkan je. Lepas doa dia cakap pada jemaah," apa tuan-tuan pandang pada jenazah?"

Makmum kat belakang jawab ," Baik"

Wa tersentuh ketika ayat tu. Sebab, bayangkan kita jadi imam solat jenazah ayah kita sendiri. Pasti akan terkeluar ayat ini," apa tuan-tuan pandang pada ayah saya.........?

Agak-agak kalau lu jadi imam solat jenazah parents lu, berapa laama lu nak doa depan jenazah?

Itu yang gua terbayang secara spontan masa tu...

2 buah fikiran!!!:

Guna jari pun boleh...


Wa baru jumpe benda ni kat FB.

Bagus juga orang yang post pasal ni. Gua sebelum ni tak pernah dengar atau belajar kaedah ni. Sebelum biasa kita tengok orang guna tasbih yang macam rantai tu. Lepas tu yang advance dorang guna tasbih digital. Tapi kaedah ni wa rasa cam lagi feel plak.

Mengikut hadith ni, inilah kaedah yang Nabi muhammad s.a.w guna untuk berzikir. Cuba la try, memang feel. Guna jari pun boleh.

2 buah fikiran!!!:

Kenapa tetiba terjebak dengan badminton?


Sekarang ni tiap-tiap minggu, wa akan ade satu hari main badminton. Ni bebudak opis gua la yang ajak. Dorang memang setiap minggu booking court untuk main badminton.

Actually dewan yang dorang booking tu betul-betul depan umah gua. Cam tak patut pula wa tak join.

Best juga main badminton ni. Bila wa smash je terasa yang wa ni macam Lin Dan ek. Kenapa ek. Dulu masa kecik-kecik memang wa aktif main badminton depan rumah. Sekadar depan rumah je la. Tu pun ber net kan selipar jepun atau kalau lagi advance letak basikal.

Kalau kereta lalu mesti selalu kena alih basikal tu...huhu...

1 buah fikiran!!!:

Sekejap di melaka


Ini abah gua..

Tuan-tuan, apa yang anda pandang pada abah saya.....?

Apa yang anda pandang. Itu hak anda, apa yang anda kata, terpulang pada apa yang anda rasa. Tapi jika di tanya apa pandangan gua pada Abah gua?

Orang tua ini nampak selekeh dan tidak kemas. Orang tua yang selekeh dan tak kemas ini lah yang ajar gua cara solat dengan betul. Orang tua ini lah yang ajar gua kenal huruf dalam al-quran. Untuk apa dia ajar gua. Bukan untuk die dapat apa-apa pun. Tak dapat ape pun, cuma dia nak gua jadi umat islam.

Lately ni abah selalu minta wa baca yassin untuk abah. Abah pernah cakap sebelum die kena sawan hari tu, die suka gua baca yassin kat die. Die rasa tenang plus sedap. Gua tak jawab apa-apa, tapi dalam hati wa kate, " abah, adik pandai baca yassin ni sebab abah. Di sebabkan itu abah berhak minta adik bacakan yasiin untuk abah bile-bile je abah suke."

Ya Allah, semakin hari makin uzur gua tengok abah gua...

1 buah fikiran!!!:

Mana nak cari pulut lepa ek...


Adui..bini wa nak pulut lepa.

Kalau kat terengganu banyak la. Kat sini semuanya rata-rata pulut panggang je yang dorang jual. Adakah ini yang di katakan mengidam?

Ade tak GPS yang boleh search kuih ni?

4 buah fikiran!!!:

Kejap je hujung minggu ni


Mungkin sebab gua penuhkan masa gua kat kelas ahad ni kot. Tu yang rasa cam kejap je masa berlalu. Tak sabar nak tunggu bulan 7 ni. Belaja habis, nono pun habis belajar time tu. Pastu insyaallah, bini gua pula bersalin time tu.

Huhu. Semakin hari makin cepat masa berlalu. Bile balik melaka untuk ke kelas, gua mesti comfirmkan gua akan singgah kat rumah ibu dan abah gua. Rindu nak tengok dorang. Beb, sayu je bile wa tengok ketuaan memamah usia mereka. Tak kekal kita kat dunia. Dulu dorang pun macam gua, gagah je kudrat. Tapi, bila di hujung usia, segalanya mereka tak larat.

Paling sedih bile orang cakap," ibu sorang boleh jaga 10 anak, 10 anak belum tentu boleh jaga ibu sorang."

Semoga Allah beri gua kudrat untuk sentiasa membantu mereka.

1 buah fikiran!!!:

Agak-agak boboy ke gegurl?


Macam tengah sujud pula baby gua ek dalam gambar ni..

3 buah fikiran!!!:

Tawakal burung...


Manusia kata, dorang selalu bertawakal. Kadang-kadang cakap pasal tawakal, berdentam-dentum. Termasuk diri gua juga.

Tapi, percayalah. Tawakal insan ini, kalau sampai ke tahap burung, itupun dah memadai. Tawakal tahap burung. Ape cer? Burung kot.

Ye la, seokor burung, bangun tido dengan perut kosong. Bukan ade ape-ape simpanan. tak macam kita, at least 3 in 1 dah standby kat dapur. Dalam peti ais dah ready macam-macma. Tapi burung mane ade kan. Bangun je dari tidur, burung tu akan terbang untuk cari makanan dengan berserah pada Allah untuk bawa balik secebis rezeki untuk anak-anak burung. Jika ada rezeki, ade la. Jika tidak, die akan terus mencari dengan penuh tawakal...

Betapa berserahnya seekor burung pada Allah..kita..no...gua..lu dan semua...?

1 buah fikiran!!!: