Bermulanye latihan jitu
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/30/2009 07:52:00 AM 3 gile kat aku
Kategori arm wrestling
Revenge of the fallen
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/29/2009 07:33:00 AM 3 gile kat aku
Kategori filem
Yeah i`ll come back!
Inilah lengan aku yang gagah perkasa. Sekarang dah kecut sikit. Tapi takpe aku akan train lagi. Gamabr ni mase aku tengah aktif kat gym kg pandan di kuala lumpur. Seingat aku mase tu tahun 2007.
Sekarang dah dua tahun berlalu. Tapi jangan ingat aku akan stop selamanya. Aku sudah mula training sejak bulan 4 lagi hari tu. Jai au kan teruskan .
Ini gamabr ketika aku training di gym bukit beruang. Gym inilah gym yang pertama aku masuk. Sejak dari sekolah aku berlatih di sini, sehingga kini kalau aku balik melaka aku mesti melawat gym ni.
Trainer aku masih ada di situ. Aku amat kagum dengan dia. Susuk badan tidak langsung berubah.
Teringin train kat melaka lagi...
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/27/2009 08:21:00 PM 0 gile kat aku
Kategori arm wrestling
Menuju Kejuaraan Gusti Lengan 2010
Aku ada impian untuk tahun depan. Keinginan meluap-luap untuk masuk contest gusti lengan ni datang apabila aku menyaksikan contest ni di melaka. Rasenya tak salah aku masuk. Aku minta dalam dunia bina badan ini sejak dari kecil lagi.
Dulu aku mula masuk gym ketika aku berumur 16 tahun. Tapi hanya sekadar suka-suka. Tapi bila nampak ada perubahan tubuh badan aku mula anggap sukan ni hobi tetap.
Tetapi aku berhenti selama 2 tahun. Tahun ini aku sudah mula kembali aktif. Latihan untuk kali ni lebih berat sedikit. Banyak aku kene buat. Lebih lebih lagi berat badan aku sudah bertambah.
Mengenai sukan gusti lengan ini, di dalam dunia bina badan ada tiga acara yang popular. Bina badan, gusti lengan dan angkat berat. Aku pernah menjalani ketiga-tiga acara latihan. Tetapi hanya sekadar untuk ilmu saja.
Gusti lengan merupakan acara yang paling mudah. Berbanding acara lain, gusti lengan tidak perlu berbogel di pentas seperti bina badan, tidak perlu ikut law yang tinggi seperti angkat berat. Cuma jatuhkan lengan laan saja.
Minggu depan aku akan memulakan latihan yang berdisiplin. Latihan aku lebih kepada body builder. Disamping itu dapat membina kekuatan lengan. Ramai yang silap tentang pembinaan otot lengan.
Workout untuk lengan memepunyai 3 bahagian. Belakang lengan, bahagian tei atau sisi, dan juga bagian depan lengan. Kebanyakan mereka hanya latih arm curl. Bicept dan tricept tidak di latih. Jadi untuk melatih dengan betul lengan ini, perlulah ikut course yang betul. Jika tidak sia-sialah jawabnya.
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/27/2009 07:59:00 PM 0 gile kat aku
Kategori arm wrestling
durian oh durian!

Hari ni masuk hari kedua aku di Perak. Hahaha baru sekarang aku tau name tempat kakak aku duduk ni namenye Meru. Kalau dulu aku sendiri pun taka tau.
Aku ke Perak sebab along eksiden. Pagi tadi pergi tengok along. Teruk juga la. Tapi luke semua dah jahit. Tapi muke tu dah jadi macam doraemon. Membengkak bulat. Kaki aku tak tgk sangat.
Tujuan aku kedua, nak cari durian. Abang Shidi kate ade durian kunyit? Durian tembaga la..
Durian Kunyit ni pasal isinye kale macam kunyit. Aku baru balik beli durian. Banyak juga. Dalam 20 biji. Rasenye satu bakul.
Ni sekarang aku tengah terfikir macam mane nak makan. Esok sanak sedare ramai, kalu aku tak belasah sekarang nanti kempunan pulak. Tak aku budget malam ni 5 biji dah komferm aku yang tarah..
Haha..memang aku ni hanu durian. Tapi aku ingat lagi member kolej aku ikram, die kate boleh makan sampai sebakul. Sebakul tu 20 ke 25 biji tau tak!
Tipu kottt...
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/26/2009 08:15:00 PM 0 gile kat aku
my father is a hero
Last aku jumper abah bulan lepas..pertemuan kali ni aku habiskan mase dengan abah. Aku pergi kenduri kahwin dengan abah dan acik. Bende yang dah lame gile tak buat.
Pertemuan kali ni, abah tinggalkan aku pesanan. Tapi pesanan ni agak tak best.
Kalau abah meninggal:
- Buat 7 gumpalan tanah dibacakan surah al-qadr pada gumpalan tu.
- setiap malam jumaat baca yasin
- Tiap-tiap lepas maghrib baca surah al- fatiha dan surah al-ikhlas.
Panjang juga malam tu aku bincang dengan Abah.
Semepena hari bapa ni, aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada manusia yang terhebat dalam hidup ku ini. Semoga abah sentiasa sihat sejahtera. Kalau ada anugeraha bapa cemerlang, abahlah orangnye.
Aku dah msg abah da...
gambar curi dari blog along
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/23/2009 08:15:00 AM 1 gile kat aku
Aku pernah jadi 2nd head prefect tuh~!
Sumer orang tak percaye aku penah jadi 2nd head prefect dulu. Adoiii..aii..takde muke ke aku ni. Ingat aku kat sekolah dulu penyangak ke. Ni ha bukti aku pakai baju prefect dulu. Aku ade satu rahsie..
Dulu mase aku sekolah rendah aku prefect juga. Start dari darjah 5 dulu. Mase darjah 6 ade stu kes, aku main2 la dekat tepi surau sekolah aku dulu. Nasib tak baik aku nakal sangat, aku terbaling batu kat member aku. Tapi member aku ni lincah. Die elak batu tu, batu tu kene la cermin tingkap surau yang beru dibina sebulan.
2 hari kemudian, semue budak skolah agama sbelah petang kene panggil. Mampus...cikgu kadir merangkap guru pengawas aku tu cari sape yang pecahkan tingkap tu. Hawau member aku tu die pecah lubang. Kantoi aku mase tu.
Hukumannya, anda dipecat dari badan pengawas sekolah kebangsaan bukit beruang...huhu..
Nasib dah bulan 8 mase tu, aku pakai juga baju pengawas tu. Takut kantoi ngan ibu..hahaha..akhir tahun ibu tanye mane sijil pengawas? Aku jawab tetinggal kat kelas..
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/22/2009 10:34:00 AM 3 gile kat aku
Komik Hong Kong
Pedang Setiawan, Alam Perwira, Dendam Kesumat, Juara Wira, Raja Rimba dan macam-macam lagi komik hong kong yang satu ketika dahulu menjadi kegilaan aku. Seingat aku komik hong kong yang pertama adalah pedang setiawan.
Mase tu aku beli jilid 2 dan 3. Jilid 1 aku tertinggal. Lepas aku layan komik ni, antara kegilaan aku tu alam perwira. Inilah satu-satu komik yang layan sampai habis. Memang best cerita dia. Kalau nak cari cerita yang macam tu memang susahlah.
Ingat lagi mase aku darjah dua sanggup naik basikal pergi pekan Muar, tengah on da way balik terserempak dengan Abah, balik rumah abah marah.hahah..tapi komik punyer pasal apa ada hal..
Aku pelik karya-karya Tony Wong dan Ma Wing Sing ni memang best. Alam Perwira aku puji bab penceritaan diela. Tapi Pedang Setiawan dari segi lukisan. Memang lawa.
aku mengharapkan adalah kartun-kartun orang Malaysia yang macam ni. Aku memng peminat cerita sejarah. Kan best ada kartun cerita Hang Tuah ke, seingat aku kartun macam ni yang ada uteri gunung Ledang, Lembing Awang pulang ke Dayang. Tapi satu jilid saje. Buat lah macam alam perwira, sampai 163 jilid. Pedang setiawan tak payah cerita la, last sekali aku tengok sampai 200 lebih.
Aku ingat lagi disebabkan aku minat cerite2 sejarah along pernah belikan buku malim dewa dengan malim deman. Best cerita tu. Beli kat Tai Kuang.
Teringin juga aku nak kumpul balik komik-komik macam ni. Boleh memupuk kembali tabiat membaca aku ni.
Balik ni nak pergi tengok kat alamanda la..
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/19/2009 03:55:00 PM 3 gile kat aku
Kursus Biro Tatanegara
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/18/2009 11:35:00 AM 2 gile kat aku
Kategori kursus
Best ar..
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/17/2009 07:24:00 AM 6 gile kat aku
Kategori kawan baru
Bumblebee dah menjadi
Ni ha kerete tranformers yang si acik punye. Punyelah susah nak jadikan dia robot. Bumblebee ni sekarang dah senang dah nk transform jadi robot. Aku ambil mase 2 minit je nak jadi robot.
Inilah bentuk kalau dah jadi robot. Aku saje wat kaki die kepit. lawaknye robot ni boleh keluar macam-macam lagu. Kalau jadi kerete lagi la. Lagu2 old skool memang banyak. Berbaloi la beli.ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/17/2009 07:13:00 AM 4 gile kat aku
Aku rase sume dah lupe dah..
Gambar ni aku paling suke tengok. Sebab dalam banyak-banyak manusia dalam gambar ni, aku paling comel. Giler perasan aku ni. Dah lame sangat orang-orang dalam gambar ni tak dapat duduk semeje. Agaknye kenape ye..
Aku tengok drama kat tv semalam. Cerita satu keluarga. Mereka ada 7 orang ahli semuanya. Same macam dalam gambar ni. Parents ngan 5 orang anaknya. Parents diorang dah tua. 3 dari anak-anak mereka dah kahwin. Seronoknya aku tengok, mereke duduk sebumbung. Walaupun anak-anak mereka dah kahwin tapi semuanya duduk sebumbung.
Nampak macam happy family je. Seronok, memang ade konflik. Tapi dorang setel same-same. Kenape orang zaman sekarang tak suke macam tu? mungkin sebab orang sekarang sukekan privacy. Yup privacy yang selalu buat orang jadi sombong.
Agaknye bile kali terakhir aku dapat makan sekeluarga? lupa dah agaknye...
Aku pun jarang balik rumah melaka. Along, angah pun jarang balik. Nasib acik memang duduk melaka. Agak-agak kenapa semua taknak balik rumah melaka ye..
Satu persoalan juga tu...
Abah pun jarang balik rumah Melaka. Semua orang jarang balik. Bila aku duduk sorang-sorang aku cuba kaji kenape sume ni terjadi. Aku takut sangat kalau nanti kalau aku ade family jadi macam ni juga. Tak suke balik rumah sendiri.
Kat mane silapnye, ingat lagi acik pernah set name kat hp no rumah name die baiti jannati. Aku tau itu cume motivasi untuk cintai rumah sendiri.
Kadang aku cemburu dengan budak rumah aku yang tiap-tiap minggu balik. Aku bukan tak boleh balik. Boleh juga, tapi aku memilih untuk lepak di equine je. Sebeb lagi tenangku kat sini. Boleh rehat. Kenapelah aku tak boleh reat kat rumah melaka.
Aku tengok along dan angah cube ubah gaya hidup family yang dorang pernah alami dulu. Happykan anak-anak. Selalu dengan dorang. Manjekan dorang. Caring betul-betul. Nanti mesti mase diorang dah tua anak-anak dorang melekat dengan dorang.
Sebenarnye aku cemburu melihat family orang yang selalu berkumpul, makan same-same, bercuti same-same. Aku tak tahu bilakah kali terakhir aku dapat rase semua ni. Mungkin raya tahun lepas kot.
Aku rase tak best ibu buat reunion keluarge warisan ape tah aku pun tak tahu. Sebenarnye aku tak berminat semue tu. Kan bagus kalau buat reunion anak-anak jalil. Lagi bagus, agaknye aku lebih berminat.
Keluarga-keluarga....keluhan perantau...
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/16/2009 09:43:00 AM 6 gile kat aku
Jangan Pandang Belakang Congkak
Hujung minggu ni aku agak kebosanan juga lah. Disebabkan itu, aku ajak Nono pergi tengok movie. Semalam alamanda tak ramai. Jadi aku pun tanpa teraga-agak beli tiket Jangan Pandang Belakang Congkak.
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/15/2009 07:29:00 AM 2 gile kat aku
Kategori filem
ASB Loan
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/11/2009 07:32:00 AM 0 gile kat aku
Takbestnyedemam !
Hampir seminggu aku macam orang gile . Kejap demam, kejap baik. Boleh di katakan satu hari tu adela sampai 2,3 kali demam, baik. Semalam aku telah amik keputusan yang drastik. Aku pergi ke hospital putrajaya. Sampai hospital pukul 10pg. setelah 4o minit aku tunggu barulah aku daftar. Mase daftar aku amek darah sekali.Lepas tu tugguuu....
Tepat sejam aku menunggu, aku rase lapar.Mane tak lapar, makan malam pun tak semalam. Aku pun pergilah cafe kat hosptal tu. Nampak nasi ayam terus berselere aku.
Balik je bro sebelah aku tadi cakap name aku dah dipanggil. Kelam kabut aku pergi jumpe dokter tu. Dokter tu cakap aku ni suspect denggi. So kene masuk air pastu amek darah sekali lagi. Aku terus dibawa ke observation wad.
Lepas sejam bdan aku dimasukkan air, nurse nak amek darah pula. Mase tu Nono dengan farid datang. Aku tanye senang ke cari tadi. Diorang cakap senang je, nurse yang kat depan tu kate "zulfikri yang lari tadi ek.."
Bodoh punye nurse. Aku pergi makan la!
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/08/2009 11:24:00 AM 4 gile kat aku
Penuh jadual semalam
ntahapapaenta dari Mr feckry at 6/01/2009 12:05:00 PM 1 gile kat aku
Kategori filem






