Jumaat, 29 Januari 2010

Abah cakap..

Januari 29, 2010
Lama tak dengar cerita abah.

Hari ni abah balik rumah melaka. So tadi, aku decide nak ajak abah, ibu dan acik pergi makan ikan bakar kat muara Sg Duyong.

Lama juga tak layan ikan bakar dengan dorang. Macam biasa la, order punya la banyak. Sebab acik dok ngada-ngada nak makan ayam pandan bakar. Kalau tak aku rasa memang habis semua. Ibu kata," nanti along balik melaka kita makan kat sini lagi la."

On the jalan balik, abah suka cerita pasal isu semasa dengan aku. " Kecoh betul sekarang dengan isu kepala babi."

"Agaknya, surau taman kita tu anytime je boleh kena macam tu," tambah aku pada abah.

"Memang la, kawasan perumahan taman kita kan tak banyak orang Islam. Jadi tak ramai la yang pergi surau," jelas abah.

"Tapi kalau kena baling dengan kepala babi nanti, tak siapa tahu?" tanyaku spontan.

"Kalau jumpa kepala babi, angkat je. Pastu kita samak. Bersihkan betul. Guna tanah dengan air. Dah bersih boleh la sembahyang. Tak payah kita pergi kecoh sampai nak bergaduh. Zaman nabi s.a.w, orang kafir kencing kat madrasah, tak pula nabi s.a.w pergi marah atau bakar rumah orang tu. Cuma bersihkan balik. Sama juga masa tentera abrahah nak serang kaabah, orang ramai semua lari. Cuma doa minta Allah selamatkan kaabah saja. Pastu Allah perintahkan burung ababil serang tentera abrahah," ulasan abah yang cukup dalam bagi aku.

Betul juga, kita tak perlu ikut perasaan. Tuhan suruh kita imarah rumah-Nya. Contoh nab s.a.w yang abah bagi pun jelas. Cerita Abrahah dengan burung ababil tu boleh digunakan untuk situasi yang berlaku sekarang. Kita minta pada Allah.

Mungkin ada orang kata, "kita ni asyik minta pada Allah. Tapi usaha taknak. Mana nak jadi."

Bodoh betul orang yang kata macam tu, sebab dia lupa agaknya yang kita ni hamba Allah. Tak punya apa. Kudrat nak usaha pun tuhan bagi. Apa salahnya kita nak doa.

Ada pula orang kata," doa ni , orang alim boleh la makbul. Macam kita ni tak alim mana nak makbul."

Doa bukan penentu orang alim. Nak doa makbul buat lah perintah Allah. Ni tidak, nak jadi tu, nak jadi ni, nak itu nak ini, merungut susah, tapi minta pada Allah pun taknak. Yang jenis ada yang minta tapi biadap pun ada juga. Jenis yang tak solat. Nak macam-macam tapi Allah minta dia solat, dia buat bodoh je. Bila azan, baring je. Silap-silap azan subuh pun dah tak pernah dengar.

Itulah kata Abah.

Kata-kata tu buat aku terkedu kejap. Fikir balik pasal diri aku. Jauh dah aku ni.
Orang lama, penuh dengan pengalaman. Kita ingat dorang senyap macam tak bermaya.

Tapi, diam itu tanda berisi.

Best 99(hoping story)-1

Januari 29, 2010

Setiap tahun aku akan update game Fifa aku. Seingat aku, aku mula main game ni masa tingkatan 1. Ingat lagi, dulu sekolah petang . Pagi je mesti lepak kat rumah Izhar(jongang) dengan Amin(normah).

Sampailah bila rumah aku ada PC. Aku install game ni. Pastu aku akan create team. Nama team tu Best 99.

Barisan pemain semua teridiri dari nama manusia yang ada dalam gambar kat atas tu, ada juga aku top up dengan nama member lain. Dalam gambar kat atas tu, ada beberapa pemain bola yang dahsyat. So, dalam game aku bagi credit kat mereka-mereka tu.

Sampai sekarang aku still edit dan guna nama Best 99. Tapi sekarang aku selalu create team dalam Fifa Manager je.

Apa significant mereka dan Best 99.

1st, di dalam gambar tu, ada seorang pemain bola sepak sekolah aku time tu. ( Dalam gamabr tu aku dengan dia je yang wakil).

2nd, aku start anggap dorang macam brotherhood pada tarikh 1999. So just imagine, dah berpa lama aku kenal dorang.

Sebab tu aku selalu abadikan doranng dalam game fifa aku. Sebab pada aku dorang hidup dalam otak aku, juga di dalam PC aku. So, bila aku tak jumpa, then on PC nampak nama-nama dorang pun jadilah.

Tahun 1999. Segalanya bermula pada tahun tu, sebab ada budak baru masuk dalam kelas 2 canggih...

"Amin budak baru," sound sikit kat amin.

"Peh! bapak sombong budak ni. Tak pandang aku pun," balas amin.

" Kau sape dia nak pandang," jawab ku lagi.

"Wei, aku ni bekas ketua kelas 1 Delta tau," nak tergelak aku dengar ulasan dari AMin (normah)

tobekotoniut-hopefully

Selasa, 26 Januari 2010

1st day after 3 moon

Januari 26, 2010
Letih giler .

Semalam 1st day pergi gym. Check berat. Sahih, dah naik. Walaupun semacam tidak mahu percaya, namun aku akui jua.

Semalam aku warm up balik semua part. Aku buat 1course beginner. Main pun ambil yang light je. Evry part main 4 set.Every part aku buat 10 to 12 repeatation. Tapi semalam aku tak jog, sebab trackmil tu memang sentiasa jadi rebutan. Terutamanya perempuan.

Tak apa, aku teruskan buat beginner course.

Beginner course ni aku belajar masa aku form 4. Gym dekat rumah. Ingat lagi uncle DJ ajar aku masa tu. Sebab aku minat giler, aku main gym 30 hari berturut-turut tanpa stop. Tapi bagus giler benefit.

Uncle DJ tu banyak jasa kat aku. Dia la yang perkenalkan aku dengan bina badan. Lama juga aku menuntut dengan dia. Sampai 3 tahun. Dia ajar bukan setakat cara trainning, sampai cara permakanan yang berkesan.

Uncle DJ ni dulu dia bekas Mr melaka. So banyak giler ilmu pasal bodybuilder dia ada.

Actually, masa study di KL. Aku dah train sendiri. Kat Kg Pandan. Style dorang train memang berbeza dengan apa yang aku belajar dekat Melaka. Diorang lebih kepada nak build badan. So aku pun masa tu terpengaruh. Nak build kena ambil protien lebih.

Spoilly, masa aku ambil protien kaki aku injured pula. Tu yang sampai sekarang badan aku besar je.

Semalam main sejam lebih je. Memang niat aku untuk buat beginner course tu je. Dalam masa bulan satu, aku hanya main untuk fitnes sahaja. Masuk bukan dua baru aku buat cutting.

Pagi ni, aku rasa chest aku sakit giler..ni

Mesti korang tak tahu kan camner rasenya? pernah krem tak kaki korang. Bayangkan krem tu berada di bahagian dada.,

Lu pikir la sendiri.

-terkejut dengar pasal blog aduka, takde benda lain ke nak tulis!-

Isnin, 25 Januari 2010

Akunakkegym

Januari 25, 2010

Malam ni aku nak pergi gym.

Lama gila tak pergi. Agaknya, lepas raya aku cuma jejak kaki 2 kali je. Ok, aku perlukan semangat untuk istaqamah ke gym setiap hari.

Aku menyeru semua pembaca blog aku memberi aku semangat yang tahap gaban supaya aku akan kuat semangat untuk muncul kembali seperti 2 tahun lepas. Nanti bila aku dah dapat balik power aku, aku akan masuk program contender mewakili pasukan rumah merah sekolah kebangsaan bukit beruang.

Eyyyaaaah!!

Nak pergi gym ni memerlukan semangat yang amat luar biasa. Sebab, kalau aku main hari ni, comfirm esok aku akan sakit badan.

Cerita pasal sakit badan, dulu masa duduk kat PV 225. Abe nak ikut aku pergi gym. Aku cakap," kau tahan ke main gym?"

" Tak ada hal la," jawab abe dengan penuh keyakinan.

Sampai kat gym aku suruh dia follow apa yang aku buat. Saja aku letak yang berat-berat.

"Push lagi be, push lagi!" jerit aku dengan harapan dapat bagi semangat masa Abe buat bench press.

"Eyahhhhhhh!" dah macam nak beranak aku tengok muka dia masa nak angkat bar tu.

Keesokan harinya, fana awek abe call aku." Zul ni semua ko punya pasal abe tak boleh keluar.

Aku tanya balik," apa hal pula pasal aku?"

" Abe kata badan dia sakit pergi gym dengan kau semalam . Kau suruh dia angkat berat-berat. Kesian dia tau. Melepas aku nak tengok wayang petang ni," luah fana dalam bunyi membebel.

Aku toleh sebelah, Abe tengah syok makan cendol dengan aku. "Cinabeng, lu kencing awek lu pakai nama gua pula."

Tapi betul juga, sesiapa yang follow aku pergi gym, mesti merungut badan sakit. Antaranya, ali, tesen, ajoy, abe, capik dan juga eman manan.

-tadi lunch balik rumah, terkejut tengok musa sembahyang zohor-

Ahad, 24 Januari 2010

Asyik hang!

Januari 24, 2010
Aku ada hp nokia E66.

Hari ni aku rasa macam nak baling je ke luar tingkap kereta. Sejak dua menjak ni hp ni dah mula nak hang je. Tengah syok call, tetiba senyap. Line dia drop. Pastu aku letak balik dia jadi hang. Memang mendatangkan marah.

Aku terlalu pentingkan design dan juga kegunaannya. Masa beli hari tu, aku tertarik dengan bentuk dia yang cun. Warna putih. Pula tu, boleh masuk GPS.

Serius, GPS sangat berguna. Before ni aku memang tak pikir sangat nak try guna. 1 day, dalam kelam kabut aku kena cari PCMC. Puas aku call member aku cari tempat tu. Haram sorang pun tak tahu mananya PCMC.

Tetiba aku teringat pasal GPS.

GPS tu bawa aku betul-betul sampai depan PCMC. Baru aku tau betapa pentingnya GPS tu. Sejak dari hari tu, aku tak risau pun kalau sesat.

On je GPS..

Super Sun - Day

Baru balik dari presint 16, memang mengantuk. Sebab hari ni aku menghabiskan masa aku dengar cerita pasal program penghalalan hubungan kelamin.

Sabtu, 23 Januari 2010

Orange County

Januari 23, 2010
Satu-satunya cerita yang aku layan kat astro channel Starmovies satu ketika dulu.

Bukan aku nak story pasal cerita ni. Walaupun dalam pc aku ada drama siri ni season 1 and 4, tapi sumpah aku tak pernah sempat nak layan.

Semalam cita-cita aku tercapai nak tengok papadom. Lepas aku tengok cerita tu, aku rasa menyesal gila tak tengok dekat wayang. Dah lama aku tak teresak-esak disebabkan layan movie. Tapi sebab papadom, mata aku dengan spontan mengeluarkan sesuatu yang di panggil air.

Lu memang dahsyat la afdlin!

Aku rasa kalau aku dapat anak perempuan, then tunggal pula tu aku akan buat sama macam Dom buat. Bapak touching giler ada seorang bapa yang sanggup menyamar jadi pekebun. Shit, adakah seorang bapa perlu jadi begitu?

Wajib! just for make sure anaknya selamat.

Sekarang baru aku faham, kenapa tuan haji Ismail bagai nak gila pertahankan anak dia 12 tahun lepas. Cerita pasal tuan haji Ismail ni tak ada kaitan dengan cerita papadom.

Mesej aku untuk WSR pasal tuan haji Ismail tu bapa dia," budak kecik, hang kena tengok cerita ni,"

Salah satu sebab aku agak touching tengok cerita tu sebab, afdlin betul-betul ketengahkan tanggungjawab sebenar seorang manusia di panggil lelaki. Kena berkorban untuk keluarga.

Cerita tu ada kesinambongan dengan cerita aku hari ni.

Hari ni aku pergi kursus. Kursus ni bukan kursus blog party kat JB. Di sebabkan kursus ni juga aku terpaksa menolok pelawaan budak office aku untuk main tournement futsal open Putrajaya. Kursus ni juga pada aku adalah wajib pergi untuk semua umat Islam.

Kursus ni menekankan supaya aku harus banyak bersabar dan kena kuat beribadat. Kursus apa ni? Dah la mengantuk dengar penceramah tu membebel.

Kursus Penghalalan Hubungan Kelamin.

Jumaat, 22 Januari 2010

hodoh ke kalau aku botak?

Januari 22, 2010
gambar ni masa awal 2006

Aku tak suka muka aku bila time kepala aku botak.

Sebab nanti nampak terserlah teluk ramunia kat kepala aku. Tapi aku suka dengan fesyen botak. Sebab nampak garang dan ganas. Kepala pun ringan. Tak nampak serabut. Nampak bersih je.

Aku selalu fikir, " kalau botak mesti aku tak ada ong."

Sebab masa form 3 aku pernah botak. Aku dengan geng aku botak bersama . Ali, kulop, kimi haizat dan aku. Dalam semua ni aku rasa, muka aku yang paling hodoh bila botak. Dan ia di akui oleh seorang cikgu aku," kamu nampak macam budak jahat la kalau botak."

Masa kat kolej dulu, aku pernah botak. Masa tu aku baru lepas gunting rambutku menjadi botak. Aku kat dapor, masak meggy kari letak bawang besar pastu tumis dengan sambal.

Tetiba member aku nik menegur dengan teguran yang aku rasa macam nak tempah cili boh ke mulut ," zul, bila ko potong botak? macam sial doh muka ko botak." Dalam hati masa tu macam tuhan saja yang tahu.

Aku tak puas hati, masa tu aku ambil keputusan yang agak agresif untuk mms gambar aku ni kat along. Jawab dia," macam baru balik haji, lari la awek ko."

Gambar ni adalah kali terakhir aku botak. Sampai sekarang aku tak pernah botak. Tapi dalam hati aku memang teringin giler. Kata orang tua-tua, rambut ni mahkota lelaki. Tapi aku tengok kat luar ramai je yang nampak cool dengan berfesyen botak.

Tapi tak kurang dengan yang memang tak padan dengan diorang.

Aku tulis ni sebab aku macam rasa rimas dengan rambut aku yang cam dah mula panjang. Tapi bila tanya pendapat orang, dorang mesti kata," rambut ko pendek lagi la."

Nasib aku tak ada gambar aku botak dengan member2 aku masa form3 dulu. Kalau ada cofirm aku dah frem kat belakang pintu bilik aku.

-oh tidak! rambutku gugur lagi sehelai-

Khamis, 21 Januari 2010

adus..dah lupa la..

Januari 21, 2010

Serius aku dah lupa..

Aduh ruginya..

Tadi member aku tanya pasal akaun. Basic je, cam posting dari journal ke ledger pastu buat trial balace.

Aku pun review la soalan tu. Sekali tengok memang rasa cam senang je. Ala, debit cerdit je. Memang mainan aku la masa sekolah dulu. Masa kat kolej kalau paper tu memang aku dapat A punya.

Tapi bila aku pegang pensel, rasa macam lambat pula aku nak tulis jawapan. Dalam kepala otak aku rasa macam ada banyak tanda tanya dan keraguan. Takut salah masuk la, takut nanti tak balance la. Aduh macamana boleh jadi macam ni.

Dulu ni semua aku buat macam mainan aku je. Pelupa betul aku .

Rasanya dah dekat 3 tahun dah tak buat semua tu. Memang la tak lupa semua. Tapi aku banyak ingat pada teori je.

Practical memang hancus.

tetiba aku rasa macam nak belajar balik benda ni. Tak boleh jadi ni. Takkan nak biar lupa macam tu je. Ni la orang kata, ada ilmu tak amal. Maka jadilah tergolong dalam golongan orang yang rugi.

Cis...Ruginya aku...( aku nak belajar balik benda ni..!)

-USB kat tranformers tu lawa tak?-

Isnin, 18 Januari 2010

Diskusi aku dan lynda peter-4

Januari 18, 2010
Lynda Rose Peter 18 January at 14:22
Sebab tu sy katakan sy tidak kisah jk undang2 melarang penggunaan perkataan tersebut. Kmi hny mengikut peraturan yg diberi. Buat la undang2 dunia supaya Kristian d seluruh pelusuk dunia termasuk kristian d arab, indon dan sbgnya diharamkan menggunakan perkataan tersebut. Jk hnya semenanjung Malaysia shj mengharamkannya adalah tidak msuk akal.

"Kristian tidak menyembah Allah. Jadi mengapa mahu guna nama Allah."

Betul jg kan.. knp guna perkataan itu ek.. knp ulamak2 d Arab tidak bertanya begitu kpd penganut2 kristian d sana sejak dulu lg.. Kan bagus jk Malaysia buat undang2 trsbt kpd smua negara d seluruh dunia. Bg sy, sy x kisah pn.. tak kira la salah ke btl, yg pnting sy dgn cra sy sndri. Kita berada pada agama yg benar pn kalau tidak dapat patuhi dgn btl tak guna jg.

Tjuan sy share video trsbt adalah: kan sy ckp kat situ, [ bru sy tahu rupanya bukan kristian d Malaysia shj mengunakan perkataan trsbt, rupanya prkataan trsbt telah digunakan oleh kristian d arab sjak dlu lg. mungkin itu kot sbab malaysia membolehkan pengunaan perkataan trsbt d malaysia. bg sy, sy tak kisah pn.. kalo undng2 melarang kmi mengunakan prkataan trsbt kmi hnya mengikut apa yg dibataskan.. Itu yg sy ckp kat vdo tu, tak fhm ker? sy bukan tnjuk vdo tu nak ckp kmi nak juga guna perkataan tu, sy bukan tnjuk vdo tu nak kata agama kristian tu benar atau salah, kan bnyk kali sy ckp sy tak kisah langsung.. tak ape la kalo sy salah pn, biar je la.. sy tak pernah ckp agama islam tu salah, samela jg dgn agama hindu n budha.. sy tak pernah ckp agama tu salah.. biarla dorg dgn cra dorg, sy dgn cra sy. Jk sy salah sy minta maaf tp jk sy salah pn, org lain tak rugi ckit pn.. so biarla sy dgn dri sy.
Mohd Zul Fikri 17 January at 22:56
you are right..semuanya pada kita kan.My sugestion, why not Lynda study pasal christian. Then usha skit kat agama lain.

Lynda, pada kami, dunia ni hanya bersifat sementara. Macam kita, besifat sementara. Kita akan mati. Cuma bagaimana kita selepas kita mati. Saya sentiasa berfkir, apa akan jadi selepas mati. Dan bagai mana kalau kejap lagi saya mati.

Kita bersifat sementara.

Kata2 Lynda betul. Orang lain tak rugi kalau kita salah. Yang rugi hanya diri kita yang tidak mahu ambil tahu dan sentiasa salah.Bila kita hanya memikirkan diri kita, sebenarnya kita hanya ikut nafsu.

Macam disiplin, tanpa disiplin maka out lah perangai. Lynda, video tu hanya dari pandangan sesetengah orang arab saja. Sebenarnya tidak. Bukan saya tidak percaya, sebab pernah tak Linda pergi ke arab? Kalau tak, lynda cuba tanya kawan-kawan yang pergi. Kalau ada cuba bagitahu arab sebelah mana yang ada, dan apakah agama rasmi negara arab itu. Actually tak pernah pula dengar Vatican guna Nama Allah. Kalau ada mungkin saya terlepas pandang.

Saya faham maksud linda bagi clip tu cuma saya hanya menerangkan mengapa kami menentang kehendak penganut Kristian.

Actually, saya ada baca bible. Tapi masih belajar lagi tentang bible.
HopeFully apa yang saya tak faham dalam bible, boleh la saya bertanya pada Lynda.


Cuma saya sedang buat perbandingan tentang Nabi Isa dan Jesus Christ.

‘Isa versi Islam merupakan seorang manusia 100%. Baginda hanya merupakan seorang nabi. Baginda tidak dibunuh dan disalib. Al-Quran telah menjelaskan hal ini dengan nyata:

“Dan kerana ucapan mereka : ‘Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, ‘Isa anak Maryam, Rasul Allah’, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya…” ( Surah An-Nissa: 157)

‘Isa versi Kristian adalah manusia/tuhan Yesus yang telah mati dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Kitab Injil ada memberitakan hal ini:

“Tetapi ketika mereka sampai kepada Yesus dan melihat bahwa ia telah mati….” (Yohanes 19:33)

“Ia pergi menghadap Pilatus dan meminta mayat Yesus. Pilatus memerintahkan untuk menyerahkannya kepadanya. Dan Yusuf pun mengambil mayat itu….”(Matius 27:58-59)

Dan saya masih mengkaji asal usul ayat ini di dalam bible.

Kerana begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.

Yohanes 3:16

Adakah ayat ini direka atau di cipta.

Jika tuhan ada anak, maka samalah macam manusia, baik tak payah jadi tuhan. Jadi manusia, sebab manusia boleh beranak juga.

Tapi dalam Al-quran

Surah al-ikhlas ayat 1-4
1. Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Illah yang bergantung kepada-Nya segala urusan.
3. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
4.dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.

Lynda, pendapat saya, kalau tuhan pun buat apa yang kita buat, maknanya dia setaraf dengan kita. So tak layak di sembah.

Apa pendapat Lynda?
Reply:

Ni aku baru update. Sebab tadi Lynda baru balas. Harap ada sesiapa yang membaca, tidak buat andaian tertentu. Kalau nak bagi pendapat, adalah sangat di alukan.

Gua tak nak tido di hotel besi!

Diskusi aku dan lynda peter-3

Januari 18, 2010
Lynda Rose Peter 17 January at 16:30
aloo.. this is 4m youtube 101 East: Aljazeera
http://www.youtube.com/watch?v=zDac5GXjLMo&feature=player_embedded
Now i know that Christian People in Arab also use "Allah" from a long time ago. I thought this is the cause that Malaysia agreed using "Allah" by other religion. But 4 me, if a Christian in Malaysia cannot use that words "Allah", it doesnt matter. We just follow the rules, we dont like to quarrel with other people... We like peace. I apologize 4 the thing happen in Malaysia now. So if the rules said cannot, we will follow the rules.
www.youtube.com
Religious tensions are rising in Malaysia following a High Court ruling which declared non-Muslims could use the Arabic word 'Allah' when referring to God. [14 Jan 2010]
Mohd Zul Fikri 17 January at 19:31
hye linda..

Isu nama Allah.

Kenapa, penganut agama Islam di Malaysia menentang penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Saya cuba jawab ye,

Di dalam al-Quran, ada menyebut,

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam ( dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya, dan jangan engkau menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.“
surah al Baqarah ayat:208

”Pada hari ini telah Ku(Allah) sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah Ku cukupkan kepadamu ni’mat Ku,dan telah ku redhai islam itu agama bagi-mu.”
Surah al-Maidah ayat 3

”Sesungguhnya agama (yang redhai) di sisi Allah hanyalah Islam”
Surah Ali- Imran ayat 19.

”Dan sesiapa yang mencari selain dari Islam (pegang hidup) maka tidak sekali-kali akan diterima (oleh Allah) daripadanya, dan dia pada hari akhirat akan tergolong dari kalangan orag-orang yang rugi.”
Surah Ali-Imran ayat 85

Tiga bukti jelas Allah hanya meredhai agama Islam. Di dalam Bible tidak kira samada oldtestament atau newtestament tidak ada menyebut Allah meredhai ajaran kristian.

Di dalam original injil, yang di amalkan oleh Ahli kitab, dah mention yang Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah yang terakhir. Dan di suruh umat manusia mengikut ajaran itu.

Tetapi penganut kritian tidak peduli pun perintah Allah. Jadi untuk apakah orang kristian mengaku yang Allah itu tuhan?

Jika penganut kristian mengaku dan menyembah Allah, mengapa tidak mengikut perintah Allah di dalam Injil? Pelik kan.

Jadi apa motif penganut kristian ingin menggunakan nama Allah. Lebih baik guna saja nama Merry, atau Jesus. Sebab penganut kristian secara terang-terang menolak perintah Allah.

Kwejudan Nabi Isa a.s adalah sama dengan kewujudan Nabi Adam a.s. Semuanya dengan kuasa Allah.

Lynda, ALLAH adalah tuhan yang maha agung. Dia tidak perlu anak kerana Dia adalah Pencipta alam ini. Jika Allah mahu mengaku Jesus Christ sebagai anak, lebih baik dia mengaku Nabi Adam a.s juga sebagai anak.

Kami menentang, kerana Allah hanya mengaku Islam sebagai agama-NYa. Bukan agama lain. Jika ada sila buktikan.

Cuba penganut Cristian mengantikan nama god tu dengan nama Budha, atau penganut hindu mengantikan nama tuhan mereka dari Mariaman kepada Mariam atau pun Jesus Christ. Kita lihat pada natijahnya.

Kristian tidak menyembah Allah. Jadi mengapa mahu guna nama Allah. Contohnya macam, rakyat Malaysia guna undang-undang jepun. Pelik bukan.

Lynda isu ini telah jelas sebabnya, namun saya masih musykil mengapa penganut kristian mahu menggunakan nama Allah. Sedangkan mereka tidak menyembah Allah.

Jika penganut kristian menurut perintah Allah, sudah pasti mereka tahu tentang suruhan supaya mengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w yang terang dan nyata di dalam Injil yang sebenar.

Thanks share video tu..
Reply:
Hari ini kami melanjutkan diskusi kami. Dan kali ini Lynda bagi sekali clip ini. So, aku rasa elok la benda ni di kongsi bersama. Tapi, plez jangan buat andaian melulu. Sebab blogger sekarang di pantau oleh PDRM.

Gua tak nak bermalam di hotel besi..

Coca-cola

Januari 18, 2010
sumpah aku tak edit gambar ni

Adui..

Makin tua makin malas exercise. Hujung minggu, aku hanya abadikan tubuh badan aku di rumah, sambil berehat-rehat gile babas punya. Agak sebab A.G.A.B kot.

A.G.A.B-dulu di kenali sebagai All Goverment Are Bastard. Tapi aku dah tukar. Sebab tak elok words yng digunakan. So aku tukar jadi, All Goverment Are Broke. Haha. Pagi ni Rasief mention kat aku lagi.

Cola kena tarik?

Tepatlah selogan, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan.

Weh, cola tarik balik tu belum sure lagi. Jangan pula ada yang dah niat nak baring atas jalan pula lepas ni.

Jumaat, 15 Januari 2010

Bizi betul waran ni

Januari 15, 2010


Tension buat waran ni. Sekali datang, banyak giler. Aku pula boleh tersalah key in. Entah apa yang aku ingat masa aku key in benda ni.

Dorang ni, petang baru nak hantar waran. Pastu benda tu nak kena cepat pula proses. Memang la aku taip dengan laju macam super saiyan. Kepala aku pula cam agak tak beberapa nak betul. Balik je pening.

Cik su kata sebab aku dengar radio. Kepala hotak. Simbah cat merah kat bilik dia baru tahu.

Hari ni aku ambil keputusan tak nak dengar lagu. Nak boikot speaker aku. Biar speaker tu tak berbunyi hari ni.

Hari ni hari jumaat. Hari ni ada gerhana matahari. Dah lama aku tak tengok gerhana. Dalam hidup aku , cuma sekali aku dapat tengok gerhana matahari.

Masa tu, aku tak ingat umur aku berapa. Rasanya sekolah rendah kot. Abah tanya aku," Adik nak tengok gerhana matahari tak?"

"Nak2," jawab ku dengan muka yang agak comel kot.

Abah bawa baldi letak kat laman rumah aku. " Adik tengok air dalam baldi ni, nampak bayang-bayang matahari," kata abah.

"Nampak la, macam matahari kena makan je," jawab aku.

Matahari tu lama kelamaan jadi macam cincin. Punya la heppy aku masa tu dapat tengok gerhana matahari .

Hari ni aku tak dapat tengok, sebab takkan aku nak bawa baldi letak kat depan ofis aku. Comfirm kena gelak punya.

So, solat sunat gerhana je la..

Khamis, 14 Januari 2010

Rafiq Uban- ya allah nape ko trunkan dugaan ko camni ke atas ku

Januari 14, 2010

Aku mula perasan, kawan-kawan aku selalu mengeluh. Keluh nasib. Mengeluh ni dalam ertikata macam rasa sedih dengan nasib sendiri.

Entry atas ni aku copy dari profile facebook kawan lama aku. Dah jarang sangat aku jumpa budak ni. Mungkin dia dalam kesusahan. Aku rasa aku tak nak tulis panjang lebar. Kepada kawan-kawan aku yang sedang mengeluh dengan nasib, jawapannya adalah gambar di atas.

Memang susah nak mula, maklumlah nak letakkan dahi ke bumi. Jatuh lah maruah kan. Tapi ingat lah kita, kita jatuhkan dahi kita ke bumi untuk Pencipta kita. Bukan untuk yang lain. Cogan kata di atas sangat berguna untuk korang.

Salah seorang member aku pernah cakap," nak buat jahat, buatlah. Tapi solat jangan lupa. Lambat laun solat tu akn menghakis perangai jahat kita."

Aku bukan ustaz, dan entry ni bukan nak tunjuk aku poyo atau pun berlagak baik. Aku pun macam orang lain. Buat jahat, buat dosa. Tapi apa salahnya aku nak share benda ni dengan korang yang usha-usha blog aku.

Lantaklah orang nak cakap " peh berlagak baik la zul ni, poyo sial mamat ni, alah dulu ko pun macam tu juga."

Ya dulu aku macam tu. Tapi sampai bila aku mesti macam tu. Terpulang korang nak cakap apa pun.

(aku tuju khas entry ni pada member-member aku yang asyik mengeluh dengan nasib)



Rabu, 13 Januari 2010

Lanjutan Diskusi dengan Lynda Peter-2

Januari 13, 2010
Lynda Rose Peter 12 January at 13:34
Secara peribadi sy tidak pernah smakan smua org scara menyeluruh, sebab tu sy katakan lain org lain presepsi. Adik-beradik sekalipun rmi yg tidak sma dr segi pendapat dan tafsiran terhadap sesuatu. Sy fhm sensitiviti org melayu, tetapi kebanyakan mereka yg kuat berckp pasal agama adalah mereka yg sbnarnya lebih teruk dpd diri sy sndri. Bbrp org melayu pmpuan n lelaki pernah berckp tentang kesucian, kebaikan dan sebagainya, tutup aurat la, pki tudung la, mcm2. Tp tau tak aku menyampah sngt bila 1 msa smsa dlm bilik locker, pmpuan trsbt buka tudung ade pla lovebite bnyk kat leher. Padahal die tu tak kawin lg. Pas2 yg lelaki pn same jg, mentang2 aku dngr je nasihat die..bole pla ajak jumpe kat taman petang2. tak ke aku takut org cm2, aku ckp dgn lelaki tu, oh pegi jumpe kat taman gelap2 pas2 buat maksiat! ini kes2 yg tak baik, kes2 yg baik lg bnyk.. sbb tu sy tak pernah smakan org. Sy sudah 9 thn lebih d semenanjung, mcm2 org telah sy temui, tp syukur sbb sy boleh berinteraksi dgn mereka dan tiada masalah. Semasa belajar d UKM sy tinggal serumah dgn 5 org muslim selama 3 thun. Aku nak gtau, mereka merupakan muslim terbaik pernah sy jumpe. Smpi skg pn, kmi masih berhubung dan kmi memang btl2 mcm adik-beradik. Hormat dan ambil berat antara kmi bnar2 membuatkan hubungan kmi sngt baik. Aku rsa kalo nk cri isteri soleha memang 5 org ni la paling sesuai. Dorg tak pernah tinggal sembahyang, tak pernah dedah aurat. Bila dorg penat, sy akan kejutkan jk smpi wktu smbyang. Sama la jg dgn sy, smpi msa utk ke church, dorg akan kejutkan sy jk masih tdur. Tau tak sy sayangkan mereka smpi sy tak mkn bnda haram sepanjang sy tinggal dgn mereka. kalo dgn kwn2 kristian makan kat kdai cina pn, sy akn order nasi aym je. Hal ni sy x pernah ckp dgn sesiapa sblm ni, tp seriously sy memang sayang mereka. Mereka menghormati sy sehingakan sy sngup mengikuti apa jg yg mereka buat termasuk puasa, kmi bngun sma2, masak sma2, buka puasa n sungkai sama2. Mereka x pernah memberikan pengajaran tentang islam kpd sy, tp dgn melihat sikap mereka yg benar2 tulen pada sy, pernah tergerak utk mengikuti mereka. Sejak sekolah rendah sy bnyk mendngr tentang islam dpd guru2 termsuk al-arqam. tp dgn mendengar shj hati sy x pernah tergerak, hnya melihat perbuatan dan sikap ssorg itu yg boleh mengerakkan hati sy. Dan itulah yg pernah terjadi sbnarnya. Tp myb takde jodoh kot sbb tu sy masih dgn amalan skg. Dlm kluarga sy tiada halangan dalam beragama, mungkin org tua sy sudah lebih terbuka dan mereka mengatakan bhw, lebih baik ada pegangan tak kira agama apa pn yg pnting beragama, tiada agama yg mengajar kejahatan. Dlm kluarga sy seorg adalah muslim, kmi tiada masalah. Tp mungkin d Sabah & Swak hal spt ini x sensitif langsung. berlainan dgn org melayu, soal agama merupakan isu sensitif d sini. Soal ajaran agama kristian, sy bukanlah yg arif sngt dlm agama. Jk ada perubahan dlm bible sy x brani berckp kerana sy sndri x tahu kesahihannya. Sy hnya melihat perbuatan org dan akan bercakap tentang sikap mereka dan bukan mengaitkan agama mereka semata2. Ramai yg tidak beragama tp baik perbuatannya, ada pla yg beragama tp buruk perbuatnnya.. sbb tu sy lebih selesa begini, sy bukanya alim dlm agama sy, tp ckupla dgn tidak berbuat jht, tidak memburuk2kan agama lain, tidak mencuri, cari rezeki cara halal, tolong org.... sy tak nak aktif sngt dlm agama, krna akan lebih besar cobaan dan dugaan Tuhan, Tambahan lg agama kristian terlalu bnyk cabang2nya dan tafsiran pn berbeza2, ada cabang kristian yg lebih besar peraturannya berbanding Islam, myb Zul pernah dngr agama kristian yg mengharamkan babi, alkohol, rokok, ikan, sotong,udang,kerang dan sbgnya.. agama2 spt itu memang wujud, salah satu penganutnya adalah marsha AF. Sbb tu sy lebih selesa begini. Sy dgn hidup dan cara sy sndri, org lain dgn hidup dan cra dorg sndri..
Mohd Zul Fikri 12 January at 15:46
Salam sejahtera Linda,

Benar apa yang dikatakan. Tidak semua manusia yang berpakaian dan lagak seolah orang yang alim dan warak itu baik, dan tidak semua orang yang tidak menutup aurat itu mempunyai perangai yang buruk. Fenomena ini terjadi kerana mereka tidak menghayati gaya hidup islam yang sebenar . Mereka mungkin terpengaruh dan terlepas pandang dengan hukum hakam agama.Saya puji sikap linda yang amat bertolenransi di dalam hubungan sesama manusia. Benar, kata-kata tidak dapat membuktikan apa-apa. Hanya prilaku dan tindakan seseorang itu saja yang membuktikan bagaimana hatinya. Linda, sebagai seorang manusia kita perlu panduan hidup yang lengkap. Saya tidak kata yang saya ini lengkap. Tetapi pegangan saya (ajaran Islam) adalah lengkap.
Buktinya adalah di dalam al-Quran ada menyebut

”Pada hari ini telah Ku(Allah) sempurnakan untuk kamu agama-mu, dan telah Ku cukupkan kepadamu ni’mat Ku,dan telah ku redhai islam itu agama bagi-mu.”
Surah al-Maidah ayat 3

Manusia dan agama tidak dapat di pisahkan. Cuma yang membezakan adalah samada manusia berjaya pencarian agama yang benar atau tewas di dalam usaha pencariannya di sebebkan faktor-faktor yang melingkumi kehidupan. Tanpa agama manusia akan sentiasa di dalam keadaan rugi.Islam merupakan agama yang sempurna. Bagi orang Islam yang menghayati ajaran Islam, semakin bertambah keimanan mereka kepada Allah jika mereka mendalami ajaran Islam. Seperti kata linda,

”sy tak nak aktif sngt dlm agama, krna akan lebih besar cobaan dan dugaan Tuhan, Tambahan lg agama kristian terlalu bnyk cabang2nya dan tafsiran pn berbeza2, ada cabang kristian yg lebih besar peraturannya berbanding Islam”

Penghayatan Islam adalah lebih kepada mencari keredhaan Allah. Saya percaya ajaran kristian yang sebenar ada menyebut tentang kehidupan selepas kematian. Kemanakah kita akan pergi selepas mati?Ajaran Islam adalah cukup di dalam segalanya. Bermula dari kita di lahirkan, hingga kita mati dan kehidupan selepas kematian. Allah hanya mengakui Agama Islam. Buktinya seperti

”Sesungguhnya agama (yang redhai) di sisi Allah hanyalah Islam”
Surah Ali- Imran ayat 19.

”Dan sesiapa yang mencari selain dari Islam (pegang hidup) maka tidak sekali-kali akan diterima (oleh Allah) daripadanya, dan dia pada hari akhirat akan tergolong dari kalangan orag-orang yang rugi.”
Surah Ali-Imran ayat 85

Linda percaya ALLah itu satu, dan ia tertulis di dalam injil yang sebenar. Di dalam ajaran kristian sebenar ada mengatakan tentang kedatangan Muhammad s.a.w sebagai Nabi ( utusan Allah yang terakhir). Dan di dalam injil yang sebenar ada juga ada menyuruh supaya ahli kitab mengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Ingin saya bertanya, mengapa Linda katakan semakin aktif linda di dalam ajaran kristian semakin banyak dugaannya? Apakah kristian tidak membawa ketenangan kepada penganutnya?. Dan saya harap sangat linda dapat menceritakan tentang Jesus Christ(Nabi Isa a.s) di dalam kontkes kristian. Hopefully Linda dapat berkongsi dengan saya. Thanks sebab sudi discuss dengan saya.
Reply:


Lynda Rose Peter 13 January at 14:08
Dlm agama kristian memang banyak haram halalnya yg sebenarnya. sebab tu sy katakan sy bukanlah org yg terlalu extreme dlm beragama, ckupla dgn tidak berbuat jahat kpd org lain. Terus ternag sy katakan memang ada ketenangan dlm kristian, tp cuma sy sndri yg tidak begitu serious dlm beragama. Zul boleh samakan sy dgn org2 melayu yg hanya bertopengkan islam tp x mengamalkannya. contohnya org islam yg minum arak.. mereka myb mempunyai agama yg benar tp tidak diamalkan, maka lebih berdosala org itu krana mereka tahu minuman itu haram tp tetap diminum. Begitula sy dlm agama kristian, bnyk peraturan yg tidak dpt sy penuhi. tambahan lg dlm kristian tiada pihak yg menjaga tingkah laku umatnya spt Islam, d sini ada pihak syariah yg akan menangkap mereka2 yg buat kesalahan syariah, tp agama kristian tiada badan yg bertugas spt itu. Itulah yg sy maksudkan bahawa lebih baik begini, lebih selesa begini. Tidak terikat kuat dgn mana2 peraturan. Semua persoalan yg zul utarakan tidak layak utk sy menjawab krn sy bukan pakar dan alim dlm agama kristian. Sy berani berckp tentang pengalaman yg pernah sy lalui sahaja melalui sikap dan perbuatan org lain yg sy lihat sndri. Tp walau apa persoalannya, sy x pernah mengangap pkara2 trsbt pnting dan tidak pernah terfikir utk mencari jwbn tentang hal spt itu. Ini pn sy da malas nak menaip, sy nak main game hehe.. terbatas pengunaan FB dlm ofis. Kt rumah je bole berFB tnpa batas..;)
Reply:
Rasanya aku tak tahu nak jawab apa dengan reply dari Lynda Rose Peter ni. Dalam hati ini bercampur baur, adakah patut aku meneruskan diskusi dengannya atau pun tidak. Mungkin adalah lebih baik aku berdiam sambil membetulkan diriku yang masih serba kekurangan ini.

Kepada Lynda Rose Peter, thanks sebab sudi discuss dengan saya. Amat bermakna kerana kesudian anda.

Kepada pengunjung, di harap tidak ada andaian yang sembarangan tentang diskusi kami.

Selasa, 12 Januari 2010

Lanjutan Diskusi dengan Lynda Peter-1

Januari 12, 2010
Between Lynda Rose Peter and You
Mohd Zul Fikri 11 January at 17:26
Linda, comment kat profile ko ni aku paste dekat blog aku. Just untuk sharing dengan blogger yang lain. Thanks for the discussion.
Hopefully u tak tersinggung.

If u want, bila-bila kita boleh discuss tentang ni.banyak lagi aku nak tanya kau ni.

Juz for sharing.

kalau nak tengok blog aku mrfeckry.blogspot.com
Lynda Rose Peter 11 January at 19:18
its ok.. Sy fhm dgn sensiviti org skg ni.. Pd sy, sy x kisah jk dibenarkan atau x pengunaan kalimah trsbt. Jk dilarang its ok, cuz i can pray in other language. 1 je yg tak sdap skg ni, "serangan ke atas gereja". thats all.. Terus terang sy katakan, smsa dlm gereja..smua umat kristian dilarang membalas perbuatan tersebut. Kmi disuruh berdoa shj, & dilarang sama sekali melawan. Pihak gereja x mahu sejarah antara org Melayu dan India berulang. Kmi hnya menurut perintah, jk keputusan mengatakan TIDAK, maka kmi pn akan menurut perintah. Golongan kmi d Malaysia tidak sama dgn d luar negara. Kmi d sini begitu menghormati undang2 Malaysia.. Malah golongan kami jarang membuat huru hara dlm negara jk dibandingkan dgn golongan lain. Jk ada yg kmi x puas hati, kmi tidak pernah merusuh dan memaki2 spt org lain. Kmi jg stiap tahun ada mengadakan sembahyang khas utk Hari Kemerdekaan. Kmi berdoa utk Keamanan negara. Sekian lama sy mendengar ajaran gereja, tidak pernah sy mendengar pengajaran yg memburukkan agama lain. Itu yg membuatkan sy lebih lama dgn ajaran ini.
Mohd Zul Fikri 12 January at 08:35
Morning..Lynda Peter

Isu serangan gereja. Persepsi mengatakan umat Islam di Malaysia bertanggung jawab kerana marah dengan permohonan nama Allah oleh akhbar Katholik "The Herald". Persepsi ini dikuatkan lagi dengan demonstarasi yang diadakan oleh segelintir umat Islam.

Namun, sehingga kini masih menjadi tanda tanya adakah benar serangan ke atas gereja itu di lakukan oleh umat islam.

Sama juga cerita kepala babi di campakan di dalam masjid dan isu pembunuhan muallaf. Masih lagi menjadi tanda tanya.

Jika benar serangan gereja itu di lakukan oleh umat islam, sy mohon maaf bagi pihak umat islam.

Sy puji sifat penganut kristian seperti linda yang mengamalkan ajaran dengan baik. Namun , saya harap linda tidak menganggap keganasan ke atas gereja oleh segelintir umat islam mewakili sifat semua umat islam. Ini lah di katakan nila setitik habis susu sebelanga.

Kerana kami juga tidak menganggap serangan ke atas umat Islam di ambon, thailand, filiphina di mana umat Islam di sembelih itu mewakili ajaran agama kristian. Ini kerana di dalam Islam ada mengajar tentang khusnuzon ( bersangka baik). Kami tidak menganggap serangan itu adalah sifat semulajadi ajaran kristian. Kerana di dalam al-quran ada menyebut tentang ajaran kristian.

Nabi Isa a.s ada berdoa," ya Allah, sesungguhnya jadikan manusia sekeliling sebagai aset untuk aku beriman kepada Mu."

Lynda, saya cuma ingin bertanya. Kami umat Islam di landa persepsi di mana kami di khabarkan bahawasanya bible itu telah di ubahsuai. Ini kerana Injil yang sebenar yang di amalkan Ahli kitab ada menulis tentang kedatangan Muhammad dan Islam. Malah di dalam Injil juga ada menyuruh supaya ahli kitab yang mengamalkan injil yang sebenar mengikut ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Mengapa Bible ada old testament dan new testament.?
Bukankah Umat kristian percaya ajaran Allah, tetapi mengapa ayat Allah di dalam injil yang sebenar di ubah?
Apakah umat kristian tidak yakin dan percaya pada ayat Allah dan menganggap ayat Allah tidak sesuai dengan peredaran zaman?

Umat Islam mengamalkan rukun Iman.

1-percaya pada Allah
2-percaya kepada malaikat
3-percaya kepada Kitab-(zabur, taurat, injil, Al-quran.)
4-percaya pada Nabi dan Rasul
5-percaya kepada hari qiamat
6-qada' dan qadar (ketentuan Allah)

Al-quran tidak dapat di ubah walau satu huruf sekalipun kerana, rukun iman yang pertama. Allah itu tuhan yang tiada tolok banding. Kami percaya penganut kristian juga percaya tentang itu. Di sebabkan itu mana mampu kita sebagai manusia menandingi ayat-ayat Allah.

Secara logiknya, mampukah kita melawan pencipta?

Lynda renunglah ayat ini.
Taa Haa.

[2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

[3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah

[4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

[5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

[6] Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

[7] Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

[8] Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.

Thanks sudi discuss dengan saya. Saya harap linda dapat menjawab beberapa soalan saya tadi. Soalan itu amat penting.

Semoga kita dapat berbincang lagi. Tanyalah apa yang linda ragu tentang Islam dan saya juga mahu bertanya dengan linda tentang ajaran Jesus Crist (Nabi Isa a.s Al-masih).
Reply:
Tujuan aku show diskusi ni hanya untuk berkongsi saja. Hopefully pembaca tidak membuat andaian sebarangan.

Isnin, 11 Januari 2010

Diskusi aku dan lynda peter

Januari 11, 2010
Lynda Rose Peter

Lynda Rose Peter 7 gereja menjadi sasaran dlm cubaan membakar: Pesanan buat semua umat Kristian, janganlah kita membalas kejahatan dengan kejahatan, dalam doa bapa kami megatakan "ampunilah kami seperti kami juga megampuni orang lain"...

Today at 01:11 · ·
Wayrel Yong
Wayrel Yong
agree..
Today at 01:12
Julian McDonald Angian Jr
Today at 01:20
Raymes M Atong
Today at 01:37
Pearl Roni
Pearl Roni
yess..
Today at 12:25
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah. ” (Ali-Imran, 3:64)
Today at 13:18 ·
Lynda Rose Peter
Lynda Rose Peter
Thanx Zul.. memang btl Tuhan cuma 1, yg membezakan hnya cara & pengantara masing2. Tp yg dsembah adalah sama iaitu Tuhan yg maha Esa.. Tpi lain org lain tafsiran.. Kite x nak dua2 pihak betelagah, kmi fhm sensitiviti org Islam. Tp kmi tidak menyebut kalimah trsbut untuk main2. Dlam Hukum Taurat yg Pertama mengatakan: Janganlah menyebut nama tuhan(kalimah tersebut) dengan sia2. Kmi jg menghormati dan menyanjung kalimah tersebut, dosa besar jika kami menyebut kalimah tersebut untuk main2.
Today at 13:46
Amang Tatul
Amang Tatul
si linda bole jadi padri sudah....amin
Today at 15:07
Lynda Rose Peter
Lynda Rose Peter
kuang asm ko herman.. nanti ko sana haha
Today at 15:14
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]... See More
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
Today at 15:24 ·
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
surah al-ikhlas.
Today at 15:28 ·
Lynda Rose Peter
Lynda Rose Peter
Tiada agama yang mengajar kejahatan, melainkan umatnya sendiri..
Today at 15:37
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (QS. 1:1)
2. Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam , (QS. 1:2)
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (QS. 1:3)
4. Yang menguasai hari pembalasan . (QS. 1:4)
5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan . (QS. 1:5)... See More
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (QS. 1:6)
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat . (QS. 1:7)

(Tafsir)al-faatihah. ayat 1-7
Today at 15:42 ·
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
Yang dimaksud dengan "mereka yang dimurkai" dan "mereka yang sesat" ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Today at 15:42 ·
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
# Katakanlah: "Hai orang-orang kafir!" (QS. 109:1)
# aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (QS. 109:2)
# Dan kamu bukan penyembah Ilah(Allah) yang aku sembah (QS. 109:3)
# Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (QS. 109:4)
# dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Ilah yang aku sembah (QS. 109:5)... See More
# Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku (QS. 109:6)

surah al-kaafiruun
Today at 15:46 ·
Lynda Rose Peter
Lynda Rose Peter
Pengajaran hanya dengan kata2 tidak ckup untuk menunjukkan kebaikkan seseorang itu, tetapi keikhlasan dari segi sikap dan perbuatan barulah menjadikan orang itu dihormati dan barulah kita percaya bahawa ajarannya memang benar dan barulah kita tergerak utk mengikuti amalan org itu..
Sbg Cth: Jika kita menasihati org lain supaya bersih dri segi fizikal, sedangkan diri sendiri pengotor, pakaian pn tidak bercuci.. tidak akan ada org yg mendengarkan org itu..
Today at 15:59
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
# Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, (QS. 96:1)
# Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. (QS. 96:2)
# Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, (QS. 96:3)
# Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam . (QS. 96:4)
# Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (QS. 96:5)... See More
# Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, (QS. 96:6)
# karena dia melihat dirinya serba cukup. (QS. 96:7)
# Sesungguhnya hanya kepada Rabbmulah kembali(mu). (QS. 96:8)
# Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang, (QS. 96:9)
# seorang hamba ketika dia mengerjakan shalat , (QS. 96:10)
# bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran, (QS. 96:11)
# atau dia menyuruh bertaqwa (kepada Allah) (QS. 96:12)
# Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? (QS. 96:13)
# Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya? (QS. 96:14)
# Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya , (QS. 96:15)
# (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (QS. 96:16)
# Maka biarkanlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya), (QS. 96:17)
# kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah , (QS. 96:18)
# sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Rabb) (QS. 96:19)

Surah Al-'Alaq
Today at 16:07 ·
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
linda, perbuatan adalah fizikal. Yang penting akal fikiran. Namun akal fikiran harus di isi dengan ilmu sebagai panduan hidup. Lalu di pandu melalui hati dan kemudian di serlahkan oleh perbuatan.

Gagalnya perbuatan adalah kerana kesilapan hati yang dipandu oleh ilmu yang tersimpan di akal fikiran.

Telah di nyatakan di dalam al-quran Muhammda s.a.... See Morew adalah penghulu segala nabi. Malah di dalam injil juga ada menyebutnya. Kitab lain banyak yang di ubahsuai. Tetapi al-quran tetap tidak berubah. Masih kekal 6666 ayat kesemuanya.
Today at 16:15 ·
Lynda Rose Peter
Lynda Rose Peter
Alangkah baiknya jika org2 yang selalu melampaui batas faham dan reti perkara2 seperti ini.. dan sedar bhwa segala perbuatan mereka diperhatikan oleh Tuhan..
Today at 16:22
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Rabb manusia". (QS. 114:1)
2. Raja manusia. (QS. 114:2)
3. Sembahan manusia, (QS. 114:3)
4. dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, (QS. 114:4)
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, (QS. 114:5)... See More
6. dari jin dan manusia (QS. 114:6)
Today at 16:31 ·
Lynda Rose Peter
Lynda Rose Peter
1 lg cubaan serang Gereja SIB, .why keep on attacking the churches...it wouldnt weaken us...it makes us grow stronger in HIM (^.^)
Today at 16:34
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
Ayat ini jelas menunjukkan siapa musuh manusia. Kerana ia manusia menjadi sesat. Disebabkan itu ilmu dan pegangan yang benar perlu di jadikan panduan bagi menewaskan musuh yang sebenar. Manusia menjadi silap apabila tiada pegangan dan mereka pula dengan sengaja meREKA-REKA pegangan mereka.

Jadi perbuatan mereka yang tidak baik adalah datang dari hasutan syaitan dan hawa nafsu yang tidak dibendung oleh pegangan hidup.
Today at 16:35 ·
Mohd Zul Fikri
Mohd Zul Fikri
serangan ke atas gereja di lakukan oleh orang yang tidak ada pegangan. Mereka bertindak atas nafsu amarah mereka sendiri.

Sama seperti kezaliman di Palestin.
Today at 16:36 ·
Lynda Rose Peter
Lynda Rose Peter
Sebab tu alangkah baiknya jk suma org fhm dgn ajaran masing2. tiada agama yg mengajar kejahatan, tiada agama yg mengajar utk berbuat keganasan. Kpd umat kristian, jngnlah kita menambah api yg tengah marak, jngnlah kita membalas sgla prbuatan mereka yg x btngjwb. Kita diajar mengampuni org lain supaya dosa kita sndri akn diampuni, sesunguhnya mengampuni adalah suatu kemenangan utk kita..
Today at 18:56
Older Posts


Entry ni aku update pagi ni sebab nak share diskusi ni dengan semua blogger. Jawapan komen dari linda yang last sekali tak sempat aku update kat sini sebab semalam aku dah balik. Kat rumah tak sempat pula.

Kepada sesiapa yang membaca entry ini di harap tidak membuat andaian sebarangan. Diskusi ini hanya sekadar berkongsi pendapat.

Terima Kasih kepada Lynda Peter kerana sudi berkongsi pendapat. Semoga kita dapat berdiskusi lagi.